Saturday, February 14, 2009

Rangkuman Seminggu

GENG! Pengembaraan sudah bermula. Animasi ini benar-benar menarik perhatian aku. Pelbagai aspek menarik diaplikasikan dalam filem animasi buatan Malaysia ini. Aku tidak mahu mengulas panjang, nanti tidak menarik pula bagi yang belum menontonnya. Jadi apa tunggu lagi. Sokonglah animasi Malaysia. Debat Piala NC 2009 Pertandingan Debat Piala NC 2009 Edisi ke enam mula membuka tirainya hari ini. Disertai oleh 10 pasukan Bahasa Melayu dan 6 pasukan bagi Bahasa Inggeris. Antaranya ialah CHEST, MPP, PERKASA, UMUM, KEBUDAYAAN dan beberapa pasukan lagi. Kebanyakan peserta adalah muka-muka baharu yang mula berjinak dengan arena perdebatan di UMP ini. Harapnya selepas selesai sahaja pertandingan ini, tidak melupakan arena ini begitu sahaja. Tunggukan siapa pula juaranya tahun ini. (untuk rekod aku johan untuk edisi kedua.motif) Badan Tiba-tiba badan dijangkiti virus. Virus? Selsema + batuk + sakit tekak. Tidak mengapa aggap sahaja ini ujian daripadanya. InsyaALLAh ada hikmah darinya. Test Alhamdullilah, aku berjaya laluinya. Berkat kerajinan aku (lama dah aku tidak serajin ini) aku dapat menjawab penuh keyakinan. Moga ALLAH membantu untuk mendapatkan markah yang terbaik. Dua minggu lagi satu lagi ujian akan aku duduki. Kali ini aku tak tahu bagaimana pula. Belum study dan ditambah blur-blur.

Anda mahu meringankan beban ibu bapa / suami anda menyara keluarga tercinta? Rahsia PercumaBagaimana Membuat RM250 Sehari Dari Rumahmembongkar taktik dan strategi mendapatkan pendapatan lumayan dari rumah CARA TERMUDAH. Dapatkan Laporan PERCUMA ini dengan menghantarkan nama dan alamat anda kepada no berikut : 0132003951

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

3 comments:

Dyat said...

salam...
cepat-cepat jumpa doktor...
mana tau kena campak cam syadi...

susah plak...
moga cargas slalu!

Anonymous said...

geng memang menarik!!

khai. M said...

bd, ko punya tiket sama date n masa pulak time tengok GENG. cuma duduk ja berbeza..hahahahha..aku duk E 8..hahaha..ko baris belakang ja rupanya..hahah.xpa3.kita kan GENG..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...