Tuesday, March 23, 2010

Cuak Pulak

Kelas Instrument, Measurement & Control Technology 12.10 pm 27 March 2010 / 7 Rabiul Akhir 1431 H Assalamualaikum w.b.t
23 March 2010, Semua rakan-rakan datang dengan segak dan cantik. Lelaki memakai kemeja, bertali leher, memakai kasut hitam. Wanita pula memakai baju kebangsaan dan berkasut kemas. Semuanya kemas belaka. Oh rupanya, ade final presentation hari ini. Lama aku tidak 'mendondang sayang' di depan klayak ramai. Last aku 'mendondang sayang' time present PSM dan Plant Design. Cuak pulak rasanya. Aku menunggu giliran. Tak perlu-tak perlu, aku 1st team. Tiba-tiba announcement baharu keluar. Team yang present di pilih randomly. Yoi, kena menunggu pulak. Ini lah kerja paling malas aku nak buat. Menunngu. Kini sudah team ke lima. Nampak gayanya daripada 1st team, kini aku jadi last team. Mudah-mudahan, ALLAH memudahkan presentation kami. Ameen. Selepas ini maknanya tinggal 15 hari lagi sebelum aku keluar dari sini. Selepas ini akan menjalani LI tiga bulan. Alhamdullilah tempat pun sudah dapat. Semoga ada rezeki disana. Ameen lagi. Jodoh? Kalau ada jodoh InsyaALLAH tak kemana? khai. M

Tuesday, March 2, 2010

Sedih dalam Syukur

Kelas Instrument, Measurement & Control Technology 3.51 pm 3 March 2010 / 17 Rabiul Awal1431 H Assalamualaikum w.b.t
Isnin, 1 March 2010. Jam 8.05 minit pagi. Agak lewat sampai hari ini. Biasanya sebelum jam 8 pagi aku sudah berada di sekitar kawasan ini. Tapi kalau ikutkan waktu masuk, itu masa paling awal dek kerana waktu masuk ialah jam 8.30 pagi. Aku berjalan laju masuk ke office untuk ambil punch kad yang baharu. Selesai punch aku pun seperti biasa ke file LI untuk cek kalau ada jawapan daripada company yang berkaitan. Selak punya selak, ternampak nama rakan-rakan sekelas. Satu persatu aku baca, namun semuanya not agree. Kecewa dengan jawapan daripada compant tersebut. Tapi tangan masih gatal untuk menyelak, ternampak nama aku pada helaian ke 10, AGREE. Perasaan gembira dan segar menyelinap ke dalam sanubari. Aku ucapkan Alhamdullilah. Selak ke belakang terdapat seorang lagi rakan sekelas yang berjaya di ber LI di tempat yang sama. Aku berjalan girang. Namun dalam girang ada kesedihan yang mengundang. Namun aku tidak bercadang untuk berkongsi bersama rakan. Mungkin biarlah ia menjadi simpanan. khai. M
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...