Sunday, February 19, 2012

7 Perkara Penting.


Assalamualaikum.

Dalam hidup ini nasihat menasihati adalah perkara penting. Dalam pelbagai cabaran hidup masa kini, kekuatan iman dan pegangan agama adalah penting. Walau apa jua keadaan kita perlu lah menjadikan ISLAM sebagai teras kehidupan.

Di bawah ini suka aku mengingati diri sendiri dan kawan-kawan berkenaan 7 sunnah yang RasulALLAH tinggalkan untuk kita amalkan sebagai umat baginda.

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. 

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. 

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: 

Pertama:  
TAHAJJUD. Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.  

Kedua:  
MEMBACA AL-QURAN SEBELUM TERBIT MATAHARI. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. 

Ketiga: 
JANGAN TINGGALKAN MASJID TERUTAMA WAKTU SUBUH. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 

Keempat:  
JAGA SOLAT DHUHA, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 

Kelima:  
JAGA SEDEKAH SETIAP HARI. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.  

Keenam:  
JAGA WUDHU TERUS MENERUS kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".  

Ketujuh:  
AMALKAN ISTIGFAR SETIAP HARI. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


Renung-renungkan dan selamat beramal.

credit: Rakan Masjid UTP 



Sunday, February 12, 2012

Pasir Gudang Sudah

Assalamualaikum

Hari ni sudah 12 hari aku kembali ke Pasir Gudang. Nak kata apa. Memang rezeki aku di sini. Alhamdullilah.

Kini waktu kerja dah berubah. Selama aku masuk alam pekerjaan, this is my 1st time aku bekerja hari Sabtu. Tak pa. Pengalaman mangajar erti kehidupan. Along cakap, "Abang Long dah 20 tahun bekerja hari Sabtu. Masuk tahun ke 21 ni baru merasa cuti Sabtu". 

Maknanya banyakla pengorbanan pengorbanan yang dengan rela hati nya aku tinggalkan. Terutama keluar bersama teman-teman. 

Kini baru aku faham kenapa Mr. Wan Mohd Hafizuddin, lecturer ketika aku aku Diploma dulu berubah angin daripada Engineer to Lecturer. Beliau pernah cakap yang Engineer tak da life.

Selama dekat dua tahun aku ber tittle kan Engineer ni, part mana yang tak da life.Aku pun tak jumpa. Sebab aku rasa macam kerja kerajaan je. Hehehe. Tapi bila masuk MMHE, baru tahu sebenarnya apa itu erti kehidupan. 

Tapi jangan bimbang, aku akan usahakan untuk kuatkan azam dan tekad nak capai cita-cita dalam career aku. Selagi muda dan bertenaga, I'allah aku boleh berjaya. 

Orait la. Stop sini dulu. Laen hari story lagi.



Monday, February 6, 2012

Makan Last Day



Assalamualaikum.

Jarang aku nak story mory pasal makan-makan ni. Sebab aku bukan kaki makan sangat.

Tapi makan ni agak special sebab makan last day untuk aku menetap di Shah Alam. 








Aku makan ni before aku gerak ke Psir Gudang on 30 January 2012 yang lalu. Aku makan di Dataran Glomac Kelana Jaya.

Itu je yang aku nak story. Pasal hidup di Pasir Gudang aku story laen entry.


Friday, February 3, 2012

Tamat Khidmat di Transwater


Assalamualaikum

Sorry kawan-kawan. Lambat sikit entry ni. Sepatutnya a week ago dah kena la tulis, tapi masa tidak mengizinkan.

Kini tamat lah perkhidmatan aku di Transwater API Sdn. Bhd. Aku memberi khidmat di company yang berumur 31 tahun ini hanyalah selama 9 bulan 2 hari dan tamat pada 27 January 2012.

Tidak dapat aku sangkal, kali ini lebih banyak kenangan terindah tercipta di TW. Walaupun kerja lebih bz daripada tempat sebelumnya, namun hubungan dengan kawa-kawan dan bosses lebih mesra dan rapat. Banyak juga aktiviti yang kami jalankan bersama.

Memang aku pun confius untuk buat decision pada mulanya. Sebab boss minta sangat-sangat untuk aku pertimbangkan. Aku pun fikir. Fikir punya fikir punya fikir. Eh sebenarnya tak sempat nak fikir pun, sebab memang benar-benar bz. Last aku decide untuk resign di TW. 

Ada dua sebab untuk aku resign. Satu of course la pendapatan kan. Kedua sebab aku nak cari experience secara hands on pula. Selama ni hanya teori yang aku dapat applied.
So jangan lah kata aku tak suka TW. Aku sayangkan kawan-kawan n bosses di sana. BTW, aku ucapkan semoga terus berjaya untuk kawan-kawan TW. Banyak kenangan bersama yang tidak akan aku lupakan bersama kalian. 9 bulan 2 hari, sudah cukup untuk kita menjadi mesra.

Alright, kalau ada kawan-kawan yang baca entry ni, jangalah lupa nak roger aku via fb, twitter atau email. Kan aku dah bagi to everyone on my last day. 

Akhirnya, terima kasih daun keladi dengan hadiah yang diberi. Halalkan segala ilmu dan juga makan minum selama di TW.

Daaaa~~~~.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...