Showing posts with label BERSIH. Show all posts
Showing posts with label BERSIH. Show all posts

Wednesday, May 2, 2012

Tak BERSIH SangaT



Assalamualaikum w.b.t

Jarang aku rajin dalam waktu begini. Sebab tak nak tertidur dan terlepas fardhu Maghrib, kena la buat rajin macam ni. 

Sejak 28 April hingga la, status kawan-kawan aku di FB ramai berkisar pasal BERSIH. Ada yang menyokong dan ada pula yang menentang.

Walau apa pun, roh BERSIH itu sebenarnya bersih. Kenapa? 
Sebab tuntutan yang di buat oleh gabungan NGO ni sebenarnya adalah bagi membersihkan sistem Pilihanraya yang sedia ada.

Sistem yang ada sekarang kotor?

Bagi pandangan aku YA, kotor. Lihat sahaja pendedahan - pendedahan yang di lakukan.
1-  Ada yang dah meninggal pun masih ada dalam senarai pemilih.
2. Yang 1 rumah ada sampai 12 orang pengundi. Logik ke.?
3. Pertukaran tempat mengundi sesuka hati. Boleh ke?
4. etc.

Jadi la kan, lanjutan daripada benda alah di atas tu, terkeluarlah gabungan NGO ni membentuk BERSIH. Apa tuntutan BERSIH?

1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Ni je yang BERSIH mintak. Salah ke? Bangun beb..bangun.


 

Sunday, July 10, 2011

Jeng Jeng Jeng

10 July 2011
9 Syaaban 1423 H

Assalamualaikum w.b.t

Jeng3..lamanya aku tak menulis.

Owh..sudah lebih daripada sebulan. Tak pa lah nak buat macam mana. Tak ada mood. Bukan setakat aku tak menulis. Laman ikut suka aku pun aku tak jenguk. Punya la malas. Tetiba ada mood, lalu aku pun menulis.

1) Pra - Ramadhan.

Ye.ye.ye. Ramadhan dah nak datang. Barang di ingat bagi kengkawan wanita or ladys.cepat-cepat gantikan puasa last Ramadhan yang belum sempurna. Bagi aku dan kengkawan yang lelaki ni. harap puasa tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. 

Tahun lepas ketika Ramdhan, aku masih dalam probition, Ramadhan tahun ini pun sama, aku dalam probition kembali. Faham-faham lah kalau dalam probition, cuti susah sikit la. Kecewa kejap.

2) 6 July

Tanggal 6 July lepas ialah birthday boy. Birthday siapa? Birthday aku la. Thanks kepada semua kengkawan yang wish either via hp atau di muka buku. Aku doakan kalian sentiasa dirahmati ALLAH selalu. Ameen.

BTW, ada 3 lagi my sis yang birthday dalam bulan July. 
1 July : CT
2 July : Along
19 July: Kak Dah.

Happy birthday to all of you. Luve you so much. Muahhh.

3) 1 July

Date lagi. Date apa pula ni. Ha. kalau kengkawang nak tahu, 1 July lepas genaplah setahun aku bekerja d Shah Alam. Dalam masa setahun ni dah 2 company aku bekerja. Alhamdullilah, aku dapat bekerja dalam industri oil & gas. 10 bulan pertama aku berkerja buat Ball Valve. Sekarang aku buat Safety Valve pula. 
Safety Valve ni ngam sikit la dengan aku. Sebab final presentation time aku ambil sijil instrumentation di Pasir Gudang dulu memang aku buat PSV dan dapat best group presentation. 

4) Lagi.lagi

Tak dah yang lagi-lagi. Cuma aku nak wish Tahniah kepada kengkawan yang turun untuk walk for democracy -BERSIH 2.0- 

Chow...

Khai. M


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...