Tuesday, April 12, 2011

Dedahkan Maklumat Loji Lynas: Pakar Geologi

8 Jamadil Awwal 1423 H
837am



Assalamualaikum w.b.t
Aku petik, from Topeng Perak Unmask

Kedua-dua kerajaan Australia dan Lynas Corporation digesa tampil menjawab banyak... soalan yang masih belum dijawab berhubung loji pemprosesan nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng dekat Kuantan, kata seorang bekas pakar geologi kanan kerajaan.


Bekas pegawai Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia (GSM) itu juga berkata, ketiadaan ketelusan bermakna sukar bagi pihak ketiga dengan kepakaran teknikal untuk menawarkan pandangan mengenai kemungkinan bahaya alam sekitar ekoran kerja-kerja pemprosesan itu.

“Ada banyak soalan tanpa jawapan,” kata Wong Yew Choong kepada The Malaysian Insider semalam.


Wong berkata beliau telah menjalankan siasatan mengenai radiasi kepada GSM, yang kini sebahagian daripada Jabatan Mineral dan Geosains lewat 1980-an bagi loji Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah. Loji itu kemudian ditutup pada 1992 ekoran protes awam.


Hampir dua dekad kemudian loji itu yang dikaitkan dengan lapan kes leukemia di kalangan penduduk tempatan masih berhadapan dengan kerja-kerja pembersihan yang menelan kos RM303 juta.


Lynas berharap untuk memulakan operasinya di Gebeng menjelang September ini, untuk bersaing dengan China yang menguasai 95 peratus pasaran nadir bumi. Syarikat itu menjangkakan pulangan hampir RM8 bilion setahun bermula 2013.


Bagaimanapun di sebalik krisis nuklear di Jepun ekoran bencana berganda baru-baru ini, laporan New York Times mengenai operasi itu awal bulan ini menyebabkan kebimbangan dan mencetuskan polemik baru mengenai isu tersebut.


Sehubungan itu, Wong berkata, seolah-olah kelihatan sebagai “rahsia kerajaan tidak membolehkan rakyat mengetahui butiran projek yang sedang dibangunkan itu.”“

Rakyat seharusnya boleh memperoleh pandangan pihak ketiga, bukan daripada kerajaan ataupun Lynas, mengenai kesemua aspek,” kata beliau.Lynas berulang kali menegaskan, logam nadir bumi yang akan diproses di Gebeng hanya mempunyai dua peratus elemen radioaktif, torium yang wujud dalam bahan mentah digunakan di Bukit Merah.


Bagaimanapun, Wong berkata menurut tulisan akhbar Amerika Syarikat itu loji tersebut akan memproses 10 kali ganda nadir bumi dan boleh menyebabkan jumlah sisa pembuangan radioaktif dalam jumlah yang banyak.


“Sementara saya ragu-ragu dengan respons bahawa bahan mentah hanya akan mempunyai 0.16 peratus kandungan torium, ia masih satu kadar yang besar jika mereka hendak memproses beratus tan bahan mentah,” katanya lagi.


Malah kata beliau, bahaya radiasi akan terus mengalami pertumbuhan daripada himpunan sisa buangan dan juga debu yang dilepaskan ketika pemprosesan.


Pakar alam sekitar dan penduduk di Kuantan menuntut butiran operasi loji itu daripada Lynas dan pihak berkuasa tempatan.

 -khai. M-


Saturday, April 9, 2011

Gempa Sana Gempa Sini


5 Jamadil Awwal 1423 H
104pm

Assalamualaikum w.b.t

Sekarang ni di bumi ALLAH gempa seperti saling 'sahut menyahut'. Masih belum stop sejak kejadian Tsunami di Jepun tempoh hari. Kalau bukan Islam mereka akan percaya itu adalah lumrah alam, mungkin.

Tapi kita sebagai umat Muhammad yang beragama Islam dan mempunyai Iman, perlualah percaya dan beringat. Itulah tandanya kiamat makin dekat. 

Sudah banyak tanda-tandanya ALLAH tunjukan. Tapi sejak akhir-akhir ini petunjuk tersebut makin jelas. 

Jom kawan-kawan dan sahabat-sahabt sekalian. Kita kurangkan dunia, lebih kan akhirat. Selagi belum terlambat ni kan. Semoga ALLAH menerima amalan-amalan kita yang ikhlas terhadapNya. Ameen.

Abu Hurairah berkata, “Nabi bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara yaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.’”




 -khai. M-


Thursday, April 7, 2011

PRR2

823am
3 Jamadil Awwal 1423 H 
 

Assalamualaikum w.b.t
 
Alhamdullilah, penat otak aku memikirkan pasal projek PRR2 akhirnya berhasil bila MV berjaya mendapatkan projek tersebut. Nama penuh projek ni kalau dalam Bahasa Melayu ialah Projek Peremajaan & Pembaikan di Petronas Gas Kerteh.
 
256 biji valve. Memang pening kepala juga aku buat projek tu. Tapi bila dah dapat ni lega rasanya hati.
 
10 bulan aku di MV ni, aku dah berjaya mendapatkan dua projek besar. Tapi MV tak kenang pun jasa staf yang bekerja berat untuk dapatkan projek-projek ni. Terutamanya kami di Engineering Department. 

Kesian kan. Alright. Roger.

 -khai. M-
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...