Friday, May 28, 2010

2012

My Room @ PBI 945 pm 14 Jamadiiakhir 1431 H / 28 May 2010 Assalamualaikum w.b.t
Sedang kita diasyikkan menanti tayangan filem 2012 di pawagam, ada cerita disebaliknya yang kita (MUSLIM) tidak mengetahuinya... Tolong sampaikan pada saudara seIslam kita... semoga menjadi peringatan dan kita kembali pd jalan yg lurus...amin Cuba lihat kalendar di bawah untuk tahun 2012... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 July hari Jumaat,jadi 3 August 2012 bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat.Sama dengan hadis Nabi pasal huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadan di bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika ada beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas di bumi)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja Maha Mengetahui.. .......... .. cuba kita tengok Hadis Nabi di bawah ini dan kenyataan pasal Kalendar Islam 2012 Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa" khai.M

Cuti Oh Cuti

My House @ PBI 920 am 14 Jamadilakhir 1431 H / 28 May 2010
Assalamualaikum w.b.t. Cuti. Alhamdullilah akhirnya ada juga cuti yang dapat untuk aku menenangkan diri. Kalau ikutkan hati, ingin aku menambah cuti lagi. Nasib baik company bukan bapak aku yang punya. Adoi. Penin kepala Kesempatan ini aku ucapkan takziah untuk sahabatku, Azizan Abdul Rahman atas pemergian Ayahanda tercinta. Moga kalian sekeluarga tabah dan banyak bersabar. Sama-sama kita doakan agar allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. khai. M

Saturday, May 15, 2010

JUDI: MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA

My Room @ TTP 8.07 am 1 Jamadilakhir 1431 H / 15 May 2010 Assalamualaikum w.b.t Kita selalu mendengar nasihat atau ceramah daripada ustaz mahupun pakar motivasi supaya sentiasa berbuat baik terhadap ibu bapa. Jangan ingkar perintah mereka dan turuti mereka selagi apa yang mereka suruh tidak meLANGGARI hukum SYARAK. Kini aku rasa, ayat tersebut masih lagi releven untuk kita semua guna pakai. Tapi kita terpaksa tukar ibu-bapa kepada pemimpin. Kita boleh mentaati pemimpin selagi segala perbuatan mereka tidak melanggari hukum syarak. Tapi sudah terang lagi bersuluh untuk kita sama-sama menolak pemimpin-pemimpin yang menghalalkan segala perkara yang haram. Semoga kita tidak sama bersubahat dengan pemimpin bergini. Tentu semua tahu kenapa aku menulis perkara ini. Ini semua angkara pemimpin yang meluluskan lesen judi . Mereka semua telah menghalalkan yang haram. SHORT MEMO UNTUK PEMIMPIN MALAYSIA: MATLAMAT TIDAK PERNAH MENGHALALKAN CARA. LEBIH-LEBIH LAGI PERKARA YANG TERANG-TERANG SUDAH DITULIS DI DALAM AL-QURAN. Fikir-fikirkanlah. Adakah kita sanggup menangung seksa neraka ALLAH. Ingat, hidup dunia hanya sementara. Bercucuk tanamlan dengan perkara-perkara kebaikan agar dapat menuai hasil tebaik 'disana' nanti. InsyaALLAH.
LARANGAN MINUM KHAMAR DAN BERJUDI
(90). Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan.Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (91). Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). (92). Dan ta'atlah kamu kepada Allah dan ta'atlah kamu kepada Rasul-(Nya) dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya kewajiban Rasul Kami, hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.
al-maidah ayat 90,91 dan 92
khai. M

Monday, May 10, 2010

Aku Suka

My Room @ TTP 7.08 pm 26 Jamadil Awal / 10 Mei 2010
Assalamualaikum w.b.t Nak sharing dengan semua. Dalam banyak-banyak laman yang aku selalu 'godek-godek'. Tentulah laman aku yang paling aku sayang. Tapi korang tahu atau tidak, ada dua lagi laman yang aku sayang. Alhamdullilah, kedua-dua laman ini masih 'hidup' sehingga kini walaupun telah bertukar tangan sehingga tiga generasi. Even, dua-dua laman aku sayang itu, usianya lebih 'tua' daripada laman aku sendiri. Laman 1: CHEMICAL ENGINEERING SOCIETY (CHEST) Credit aku bagi kepada MT CHEST 06/07, Exco Publisiti & Dokumentasi Saudara Muhammad Asraf bin Ab Rahim (Yapau). Hasil tekanan yang aku berikan, beliau berjaya menyiapkan laman ini. Akhirnya, sikit demi sikit aku bangunkan dan update latest isu berkenaan dengan CHEST ketika tampuk kepimpinan kami. Bayangkan, aku ketika itu memang 100% tidak mahir dalam aktiviti mem'blog'. Tapi aku usahakan sehingga akhirnya aku sendiri yang mempunyai blog akibat ketagihan ketika itu. Akhirnya, laman ini kami serahkan pada pewaris MT CHEST dan alhamdullilah, walaupun templetnya berubah mengikut citarasa MT semasa, namun laman ini masih kekal sehingga sekarang. Syabas untuk semua. Sayang, jika aku terfikir untuk menyimpan templet asal laman tersebut, tentu dapat menyimpan memori yang lebih manis. p/s: laman ni dah tiga kali bertukar kepimpinan laman ni dibangunkan ketika MT 06/07. Time tersebut aku as President CHEST. Laman 2: KELAB ORATOR UMP (ORATOR UMP) Laman ini aku bangunkan sepenuhnya atas usaha aku sendiri. Sebab masa tu dalam committee tersebut, tidak mempunyai exco yang berkaitan. Jadi aku bangunkan sendiri. Alhamdullilah, kini laman ini menjadi laman rasmi kepada kelab kesayangan aku. Segala informasi berkaitan kelab boleh di rujuk dilaman ini. Seperti biasa, walaupun templet sudah jauh berbeza daripada asalnya, namun aku tetap berbangga. Masih ada usaha yang aku hasilkan digunakan sehingga kini. Terima kasih semua. p/s : laman ni dah dua kali bertukar kempimpinan laman ni dibangunkan ketika MT 07/08. time tersebut aku as President Kelab Orator Kelab Orator formally known as Kelab Penukir Ilmu. khai. M

Tuesday, May 4, 2010

Al-Fatihah !!

My Room @ TTP 8.00 pm 20 Jamadil Awal / 4 Mei 2010
Assalamualaikum w.b.t Jam 10.51 pagi, dalam sibuk menyiapkan urusan dunia, pehaku terasa geli dek vibrate hp sendiri. One new message masuk ke dalam inbox hp ku. From: Mamat. Selepas membaca semua ayat yang di garabkan. Aku terkejut dan terkedu. Aku menjadi kelam kabut. Niatku ketika itu hanya satu, aku mesti menziarahi beliau. Sudahlah aku tidak memenuhi undangan perkahwinan beliau beberapa bulan yang lepas, ini kan pula untuk kali terakhir. Aku mesti pergi. Ligat tangan ku memutar punat SE 810i. Mencari rakan kenalan yang mahu pergi bersama. Alhamdullilah, niat suci ku ALLAH makbulkan. Terima kasih Aizat Faiz. Allahyarham Syafiq seorang yang baik. Baik beliau tidak dapat aku gambarkan. Sebagai senior ketika itu, seringkali juga aku merujuk perkara yang aku kurang arif kepada beliau. Perkara yang paling aku tidak lupa, kegigihan beliau berniaga. Berniaga kerepek. Setiap kali bawa balik ke UMP, sebiji Unser penuh dengan kerepek. Kini aku masih terkejut, ALLAH sayangkan beliau lebih daripada kita semua. Semga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Kepada kak Syakira, aku melihat engkau begitu tabah menghadapi ujian ALLAH. Begitu kuat untuk menghadapi dugaan yang maha besar. Aku percaya, selagi ada Iman di dalam hati kita, kepada ALLAH juga kita berserah. Takziah aku ucapkan kepada kak Syakira, keluarga Tuan Haji Msduki dan Keluarga Mertua nya. Al-Fatihah! khai. M

Sunday, May 2, 2010

Kisah Di Sebalik Percintaan - AKHIR

My Room @ TTP 1.05 pm 18 Jamadil Awal / 2 Mei 2010 Assalamualaikum w.b.t
Akibat simpanan yang dilakukan oleh Azhari berlebih-lebih, beliau terpaksa mengekang semua perbelanjaannya. Bukan sahaja tidak dapat bersosial bersama rakan-rakan sekerja, lebih teruk lagi, beliau sanggup mengikat perut tidak makan atau hanya makan maggi sahaja setiap hari sehingga pendapatan bulan berikutnya. Begitulah keadaan beliau setiap bulan. Azhari bernasib baik kerana rakan-rakan seapartment beliau juga jenis yang berjimat cermat. Mereka telah merancang untuk masak sendiri di apartment mereka untuk lebih berjimat. Namun dek kerana kepenatan bekerja, ada masa-masa mereka tidak dapat untuk menjalankan aktiviti memasak dirumah dan makan diluar sahaja. Bagi Azhari makan diluar itu menyakitkan. Kerana beliau benar-benar tidak mampu. Dalam wallet benar-benar 'kering'. Apakan daya dek kerana berjimat tanpa rela. Oleh sebab yang demikian, beliau sering memaksa rakan-rakan untuk turut makan dirumah. Ini kerana beliau sebenarnya kurang mahir untuk memasak. Akhirnya, rakan-rakan beliau kurang senang dengan tindakan sedemikan kerana beliau seperti turut memaksa rakan-rakan yang lain untuk serta dalam process 'mengikat perut' tersebut. Rakan beliau sememangnya faham akan keadaan beliau yang ingin melangsungkan perkahwinan dengan segera. Namun apa yang menyebabkan rakan-rakan lain kurang senang ialah tindakan Azhari yang terlampau mendengar kata-kata Humairah dalam sebarang tindakan yang diambil. Azhari dan Humairah sering kali juga bergaduh di atas talian. Semata-mata mengenai duit simpana antara mereka. Humairah seringkali meninggikan suara dan memarahi Azhari ikut hatinya. Azhari tetap bersabar. Mereka berdua ini juga tidak lepas daripada telefon masing-masing. Baharu sahaja 3 minit habis bercakap di talian, mereka akan kembali membuat panggilan. Adoyai apakan daya. Bab bil telifon sememangnya mereka tidak sedar yang mana mereka membazir puluahn atau ratusan ringgit dek kerana ber'gayut' saban waktu dan ketika. Begitulah kehidupan Azhari dan Humairah setiap hari. Apa yang pasti keadaan ini menyebabkan rakan Azhari tidak senang. Walaupun sudah banyak kali ditegur, namun masuk telinga kiri, mAsuk telinga kanan, keluar terus ikut hidung. Hanya buang masa bercakap dengan Azhari dan nasihat hanya umpama curah air ke daun keladi. ~~Sekian~~ Moral of the story: - Kalau ingin memilih bakal isteri pilihlah bagaimana yang telah digaris panduan oleh Islam. Perempuan yang beragama lagi Solehah Sabda Rasul ALLAH:

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لارْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Seorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya atau agamanya, maka hendaklah kamu mengambil yang beragama jika tidak binasa tangan engkau yakni jadi papa lah engkau. Dalam Kisah Disebalik Percintaan, Humairah sering memaksa dan meninggikan suara terhadap Azhari. Cuba renung-renungkan, jika sebelum kahwin lagi, seorang bakal isteri sanggup untuk melakukan sedemikian, adakah selepas berkahwin nanti beliau akan meninggalkan akhlak tersebut? Jika sudah sebati dengan diri beliau susah benar untuk di 'remove' kannya. Percayalah, jika keadaan ini berterusan, rasa hormat wanita pada sang suami sudah terhakis. Si wanita sudah tidak hormat sang suami dan akhirnya, bermulalah bibit keretakan rumah tangga. Waizubillah. Mintak ALLAH jauhkan perkara tersebut daripada diri aku. Maka fikir-fikirkanlah. Apa sebenarnya tujuan kita mendirikan masjid. Adakah untuk sex semata? Atau belaian kasih sahaja. Adakah dengan adanya perkara ini sudah cukup membahagiakan semua manusia? Jika benar ini membahagiakan semua, kenapa perkara halal yang paling dibenci ALLAH terus berlaku? Maka balik lah kepada ISLAM. ISLAM sudah memberi panduan untuk kita semua. Ikutilah, InsyaALLAH masjid kekal selamanya. p/s: 1) kalau belum mampu jangan kahwin lagi 2) kalau dapat wanita yang mengongkong, memaksa dan suka meninggikan suara, akan aku sendiri lepaskanya. engkau pergilah cari lelaki lain. 3) Doakan aku dapat wanita yang faham hukum hakam dan mempunyai Iman yang teguh. Seperti si dia sekarang (M). Ameen. 4) Kisah ini rekaan sahaja. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Hanya untuk mengisi masa terluang. khai. M
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...