Assalamualaikum w.b.t
Nak sharing dengan semua.
Dalam banyak-banyak laman yang aku selalu 'godek-godek'. Tentulah laman aku yang paling aku sayang. Tapi korang tahu atau tidak, ada dua lagi laman yang aku sayang. Alhamdullilah, kedua-dua laman ini masih 'hidup' sehingga kini walaupun telah bertukar tangan sehingga tiga generasi.
Even, dua-dua laman aku sayang itu, usianya lebih 'tua' daripada laman aku sendiri.
Laman 1: CHEMICAL ENGINEERING SOCIETY (CHEST)
Credit aku bagi kepada MT CHEST 06/07, Exco Publisiti & Dokumentasi Saudara Muhammad Asraf bin Ab Rahim (Yapau). Hasil tekanan yang aku berikan, beliau berjaya menyiapkan laman ini. Akhirnya, sikit demi sikit aku bangunkan dan update latest isu berkenaan dengan CHEST ketika tampuk kepimpinan kami.
Bayangkan, aku ketika itu memang 100% tidak mahir dalam aktiviti mem'blog'. Tapi aku usahakan sehingga akhirnya aku sendiri yang mempunyai blog akibat ketagihan ketika itu.
Akhirnya, laman ini kami serahkan pada pewaris MT CHEST dan alhamdullilah, walaupun templetnya berubah mengikut citarasa MT semasa, namun laman ini masih kekal sehingga sekarang. Syabas untuk semua.
Sayang, jika aku terfikir untuk menyimpan templet asal laman tersebut, tentu dapat menyimpan memori yang lebih manis.
p/s: laman ni dah tiga kali bertukar kepimpinan
laman ni dibangunkan ketika MT 06/07. Time tersebut aku as President CHEST.
Laman 2: KELAB ORATOR UMP (ORATOR UMP)
Laman ini aku bangunkan sepenuhnya atas usaha aku sendiri. Sebab masa tu dalam committee tersebut, tidak mempunyai exco yang berkaitan. Jadi aku bangunkan sendiri.
Alhamdullilah, kini laman ini menjadi laman rasmi kepada kelab kesayangan aku. Segala informasi berkaitan kelab boleh di rujuk dilaman ini.
Seperti biasa, walaupun templet sudah jauh berbeza daripada asalnya, namun aku tetap berbangga. Masih ada usaha yang aku hasilkan digunakan sehingga kini. Terima kasih semua.
p/s : laman ni dah dua kali bertukar kempimpinan
laman ni dibangunkan ketika MT 07/08. time tersebut aku as President Kelab Orator
Kelab Orator formally known as Kelab Penukir Ilmu.
khai. M
No comments:
Post a Comment