Sunday, May 2, 2010

Kisah Di Sebalik Percintaan - AKHIR

My Room @ TTP 1.05 pm 18 Jamadil Awal / 2 Mei 2010 Assalamualaikum w.b.t
Akibat simpanan yang dilakukan oleh Azhari berlebih-lebih, beliau terpaksa mengekang semua perbelanjaannya. Bukan sahaja tidak dapat bersosial bersama rakan-rakan sekerja, lebih teruk lagi, beliau sanggup mengikat perut tidak makan atau hanya makan maggi sahaja setiap hari sehingga pendapatan bulan berikutnya. Begitulah keadaan beliau setiap bulan. Azhari bernasib baik kerana rakan-rakan seapartment beliau juga jenis yang berjimat cermat. Mereka telah merancang untuk masak sendiri di apartment mereka untuk lebih berjimat. Namun dek kerana kepenatan bekerja, ada masa-masa mereka tidak dapat untuk menjalankan aktiviti memasak dirumah dan makan diluar sahaja. Bagi Azhari makan diluar itu menyakitkan. Kerana beliau benar-benar tidak mampu. Dalam wallet benar-benar 'kering'. Apakan daya dek kerana berjimat tanpa rela. Oleh sebab yang demikian, beliau sering memaksa rakan-rakan untuk turut makan dirumah. Ini kerana beliau sebenarnya kurang mahir untuk memasak. Akhirnya, rakan-rakan beliau kurang senang dengan tindakan sedemikan kerana beliau seperti turut memaksa rakan-rakan yang lain untuk serta dalam process 'mengikat perut' tersebut. Rakan beliau sememangnya faham akan keadaan beliau yang ingin melangsungkan perkahwinan dengan segera. Namun apa yang menyebabkan rakan-rakan lain kurang senang ialah tindakan Azhari yang terlampau mendengar kata-kata Humairah dalam sebarang tindakan yang diambil. Azhari dan Humairah sering kali juga bergaduh di atas talian. Semata-mata mengenai duit simpana antara mereka. Humairah seringkali meninggikan suara dan memarahi Azhari ikut hatinya. Azhari tetap bersabar. Mereka berdua ini juga tidak lepas daripada telefon masing-masing. Baharu sahaja 3 minit habis bercakap di talian, mereka akan kembali membuat panggilan. Adoyai apakan daya. Bab bil telifon sememangnya mereka tidak sedar yang mana mereka membazir puluahn atau ratusan ringgit dek kerana ber'gayut' saban waktu dan ketika. Begitulah kehidupan Azhari dan Humairah setiap hari. Apa yang pasti keadaan ini menyebabkan rakan Azhari tidak senang. Walaupun sudah banyak kali ditegur, namun masuk telinga kiri, mAsuk telinga kanan, keluar terus ikut hidung. Hanya buang masa bercakap dengan Azhari dan nasihat hanya umpama curah air ke daun keladi. ~~Sekian~~ Moral of the story: - Kalau ingin memilih bakal isteri pilihlah bagaimana yang telah digaris panduan oleh Islam. Perempuan yang beragama lagi Solehah Sabda Rasul ALLAH:

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لارْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Seorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya atau agamanya, maka hendaklah kamu mengambil yang beragama jika tidak binasa tangan engkau yakni jadi papa lah engkau. Dalam Kisah Disebalik Percintaan, Humairah sering memaksa dan meninggikan suara terhadap Azhari. Cuba renung-renungkan, jika sebelum kahwin lagi, seorang bakal isteri sanggup untuk melakukan sedemikian, adakah selepas berkahwin nanti beliau akan meninggalkan akhlak tersebut? Jika sudah sebati dengan diri beliau susah benar untuk di 'remove' kannya. Percayalah, jika keadaan ini berterusan, rasa hormat wanita pada sang suami sudah terhakis. Si wanita sudah tidak hormat sang suami dan akhirnya, bermulalah bibit keretakan rumah tangga. Waizubillah. Mintak ALLAH jauhkan perkara tersebut daripada diri aku. Maka fikir-fikirkanlah. Apa sebenarnya tujuan kita mendirikan masjid. Adakah untuk sex semata? Atau belaian kasih sahaja. Adakah dengan adanya perkara ini sudah cukup membahagiakan semua manusia? Jika benar ini membahagiakan semua, kenapa perkara halal yang paling dibenci ALLAH terus berlaku? Maka balik lah kepada ISLAM. ISLAM sudah memberi panduan untuk kita semua. Ikutilah, InsyaALLAH masjid kekal selamanya. p/s: 1) kalau belum mampu jangan kahwin lagi 2) kalau dapat wanita yang mengongkong, memaksa dan suka meninggikan suara, akan aku sendiri lepaskanya. engkau pergilah cari lelaki lain. 3) Doakan aku dapat wanita yang faham hukum hakam dan mempunyai Iman yang teguh. Seperti si dia sekarang (M). Ameen. 4) Kisah ini rekaan sahaja. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Hanya untuk mengisi masa terluang. khai. M

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...