Wednesday, January 27, 2010

Masa Meninggalkan Kita

Kelas Instrument, Measurement & Control Technology 11.45 pm 27 January 2010 / 12 Safar 1431H
Assalamualaikum w.b.t Termenung panjang. Fikiran terus melayang. Hati tidak keruan. Otak bercelaru. Mengenang nasib masa depan. Detik, saat, minit, jam, hari, minggu dan bulan terus berlalu. Pejam celik, sudah 3 bulan aku di Pasir Gudang. Kursus makin sampai ke penghujungnya. Persediaan rapi perlu untuk aku lakukan. Bersedia untuk menempuh alam pekerjaan. Bantuan rakan-rakan memang sangat diperlukan. Kawan baharu dan lama menjadi tempat rujukan. Alhamdullilah. mereka semua tidak lokek berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Terima kasih kalian. Aku berdoa suapay ALLAH memudahkan perjalanan hidup ini. Amen. khai. M

Wednesday, January 6, 2010

Kecoh Nama ALLAH

Kelas Instrument, Measurement & Control Technology 12.27 pm 06 January 2010 / 20 Muharram 1431H
Assalamualaikum w.b.t Kecoh.Kecoh dan Kecoh. Satu Malaysia pun kecoh. Apa? Tak tahu pasal apa. Teruk benar korang ni. Tentulah pasal penggunaan ALLAH yang dibenarkan oleh Mahkamah baharu-baharu ini. Aku tentu sekali tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan konterversi berkaitan isu tersebut. Mahu tahu kenapa. Sebab aku bukan pandai mahu ijtihad untuk keluarkan hukum hakam yang berkaitan. Ilmu agama pun cukup untuk diri sendiri sahaja. Sebenarnya aku masih keliru. Bukan keliru dengan keputusan hakim tersebut. Sebab hakim tersebut memang sah-sah bukan Islam. Jadi memang beliau tidak akan consider tentang apa-apa sensitiviti dalam ISLAM. Aku keliru disebabkan oleh kenyataan orang-orang agama yang tidak sekata. Ada yang kata boleh, ada pulak yang kata tidak. Macam-macam. Macam iklan astro pulak. Macam-macam ada. Aku suggestkan kepada pihak kerajaan (ada pulak org beso2 nk bc laman aku ni) supaya selesaikan permasalahan ini dengan berbincang dengan ulama-ulama yang ada. Sebab ini berkaitan dengan hukum(agknyala). Mereka lebih areff tentang perkara-perkara ini. Panggil mereka duduk semeja untuk berbincang. Jemput ulama sama ada daripada pembangkang mahu pun mufti negeri-negeri. Itu yang terbaik. Pasal keputusan mahkamah, KDN kena campur tangan sikit. Aku tidak kata penggunaan tersebut boleh atau tidak, tapi cuma kita cari jalan penyelesaian terbaik bukan hanya untuk diri kita tapi untuk masa depan generasi akan datang. InsyaALLAH. khai. M
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...