Monday, November 2, 2009

Pasir Gudang

Entry pertama dari Pasir Gudang, Johor Bharu.

Sungguh mencabar mental aku. Keadaan benar-benar tidak sempurna. Tiada pengurusan yang ambil tahu pasal kebajikan kami. Tidak seperti di GEMs. Kawan-kawanku melaporkan mereka semua duduk di chalet-chalet selesa. Dalam aircond dan sebagainya. Tidak kira mereka berada di lumut, PD mahu pun cherating. Mereka tetap dalam keadaan selesa.

Aku tidak minta itu semua. Cuma fikirkan dan berikan sedikit kebajikan pada kami disini. Ditempatkan disekolah tinggalan, denga kemudahan yang serba serbi kekurangan. Dengan keadaan air yang berbau dan kurang bersih. Bilik yang tidak langsung mempunyai ciri-ciri keselamatan. Sangat menggusarkan aku. Itulah cabaran di sini. Gambaran untuk rakan-rakan se KUKTEM, keadaan tempat ini lebih teruk daripada KUKTEM 2003. Tidak mengapa, perjalanan aku seorang pelajar KUKTEM dan UMP memberi aku kekuatan mental untuk terus bertahan disini.

Seperti biasa mendapat rakan-rakan baharu. Kebenyakannya lebih tua daripada aku. Bukan aku perasan muda. Tapi itu hakikatnya. Tapi yang aku paling tidak percaya, ada yang sudah bekerja 4 hingga 5 tahun sanggup berhenti kerja untuk mendapatkan sijil ini semata-mata. Besar pengorbanan mereka.


Aku ada lebih kurang 8 bulan lagi di sini. ALLAH kurniakan kekuatan pada diri hambaMU yang lemah ini untuk terus berjuang demi masa depan yang cerah. Amen.

Tapi.aku rindukan perniagaan aku.





khai. M





Read more...

Tuesday, October 27, 2009

Tenang + Celaru = ?

Alhamdullilah. Semuanya berjalan dengan lancar. Sepanjang aku menguruskan company sendiri ini merasa tenang sahaja dalam diri. Tidak terikat dengan lain manusia. Boleh buat keputusan sendiri. Tak perlu rasa geram dan marah. Apa-apa pun masa memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan diri dalam apa-apa bidang sekalipun.

Duduk dan tinggal bersama mesin-mesin ini menyebabkan aku kadang-kadang terfikir benda ini semua seperti transformer. Boleh bertukar bentuk dan sebagainya. Khayalan yang melampau dari aku untuk sementara.

Peralatan semua sudah bertambah baik. Semua keperluan yang dikehendaki lengkap. Insyaallah kalau ada modal lagi, boleh untuk menambah lain-lain barangan keperluan student. Tambah-tambah untuk jual prepaid.

Tapi sedikit sedih mahu meninggalkan business sendiri. Walaupun berkongsi bersama dengan rakan-rakan yang lain, namun aku telah diamanahkan oleh mereka untuk menguruskan perniagaan ini sebaik mungkin. Ini lah part celaru pada aku. Celaru untuk terus belajar atau mahu menumpukan full time in business. Mana tidaknya, kalau sudah pendapatan perniagaan pun boleh capai basic N44/bulan. Kalau bincang-bincang dengan daniel mahu sahaja aku teruskan menguruskan sendiri. Tapi aku juga mahu masa depan aku lebih cerah.

Bukan untuk meninggalkan selama-lamanya. Tapi untuk meneruskan sesi pencarian ilmu. Aku akan digelar pelajar lebih kurang setahun lagi sebelum aku mencebur diri dalam kerjaya atau aku akan tekad dan bulatkan hasrat untuk menjadi businessman full time.

Aku ucapkan terima kasih kepada Unit Usahawan & Inovasi JHEPA yang membantu dalam menjayakan hasrat aku & rakan-rakan untuk menjadi seorang usahawan. Untuk En. Reduan, Kak Lia kami amat berterima kasih kepada kalian.


khai. M




Read more...

Thursday, October 22, 2009

Sepi & Haji

Malam ini aku rasa sepi. Jarang rasanya ada perassan begini. Mungkin ada sedikit gundah gelana menyelinap dalam diri.

Buang, buang, buang. Buang jauh-jauh. Tidak perlu layan perasaan begitu. Nanti rasa sayu sendiri. Cuma aku harapakan doa rakan sekalian untuk mudahkan perjalanan hidup ku ini.

Teringat aku, ada satu entry yang aku belum publish pagi. Sudah lama ter'draft' dalam edit post. Nanti kalau aku rajin, aku publish kan entry tersebut.

Musim haji sudah terasa. Berangkat lah saudara-mara, rakan taulan, sahabat handai memenuhi jemputan Maha Esa ke rumahnya disana. Aku doakan kalian mendapat haji mabrur dan diterima ALLAH. Doakan aku juga berpeluang untuk memenuhi jemputan tersebut suatu hari nanti.

Itu sahaja untuk entry kali ini. Good luck untuk rakan-rakan yang sedang mem'projek' kan diri di PD, Cherating atau mana-mana kawasan yang sewaktu dengannya.


khai. M


Read more...

Thursday, October 15, 2009

Akhirnya....

Akhirnya...

Setelah mengasak menggunakan pelbagai cara dan teknik, akhirnya mereka bersetuju juga untuk melepaskan aku. Alhamdullilah. Bukan kerana tindakan aku semata-mata, namun berkat pertolongan ALLAH yang makbulkan segalanya.

Maka, ini hari terakhir aku menulis dari office kesayangan Een . Seingat aku hanya dua kali sahaja pernah aku menulis laman dari office. Itu pun setelah bosan yang melampau. Kadang-kadang bosan juga kalau asyik menghadap muka yang bersegi empat ini. Kata orang boleh baca banyak perkara. Boleh surf perlabagai cerita.

Tapi aku bukan begitu. Puas aku serasikan diri untuk duduk diam sahaja. Tidak menjadi. Aku orang yang bergerak kesana sini. Mencari kerja yang boleh di buat bagi menambah ilmu di dada. Enam bulan aku berdiam diri atas kerusi. Bagai mahu patah rasanya kaki. Macam nak tercabut rasa hati. Akhirnya, apabila klimaks menghampiri, pelbagai dugaan datang dan pergi. Pelbagai kerenah aku hadapi. Itulah namanya manusia yang kurang bermuhasabah diri. Aku atau mereka?

Hari ini aku ada sedikit lagi kerja yang perlu diselesaikan. Walaupun memang kerja yang tidak berkenaan, namun tidak mengapa sebab hari terakhir lah katakan. Seronok memang tidak terkira.

Mengapa seronok sebegitu rupa. Mana tidaknya. Perit dan perih aku 'berjuang' mohon pergi akhirnya berhasil jua. Lebih kurang macam kita study la. Susah payah kita study akhirnya dapat segulung ijazah (even degree yg kita dapat tidak bergulung pun). Susah payah rasa terlerai daripada tubuh badan ini.

Untuk next entry, aku akan cuba masukan pic hari terakhir aku di PLC International Sdn. Bhd.

Salam perjuangan.


khai. M



Read more...

Sunday, October 11, 2009

Jilat+Bermuka=Pengampu

Minggu ini adalah kemuncak segalanya. Aku belum pasti apakah tindakan aku berlembut dengan pihak tersebut menyebabkan mereka naik kepala.

Kerahan tenaga bakal berlaku. Ini yang aku pasti. Aku akan tunjukan kepada kalian semua. Sebagaimana biasa kebanyakan pihak-pihak tersebut di Malaysia sememangnya suka menggunakan aku atau yang sewaktu tempat dengan aku bagi memaksimakan pendapatan mereka. Bagi mereka yang pernah berada di tempat aku memang memahaminya.

Aku bukan seorang penjilat. Aku bukan bermuka-muka. Aku bukan pengampu. Aku akan berterus terang dengan semua. Kalau itu salah aku katakan salah. Kalau itu benar aku katakan benar. Kalau mereka merasa pahit untuk menerima, maknanya mereka sememangnya melakukan perkara tersebut.agaknya

Seorang penjilat, seorang yang bermuka-muka, seorang yang kuat mengampu bagi aku tidak akan maju. Aku faham akan nasihat lecture kesayangan aku dan rakan-rakan. Terima kasih atas nasihat yang diberikan. Tapi aku juga manusia biasa. Ada tahap kesabarannya apabila ada orang yang sebegitu rupa.

Aku juga seorang yang demokrasi. Perbincangan sentiasa aku buka. Jika ada perkara-perkara perlu penyelesaian bersama, datanglah bersemuka. Jangan manis didepan sahaja. Belakang engkaulah yang paling berkuasa.


p/s:ini laman aku punya. kamu, kamu dan kamu jangan nak terasa. jangan nak terbawa-bawa. sebab aku takut kamu,kamu dan kamu gila meroyan jadinya. maaf jika terkasar bahasa.


khai. M



Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP