Monday, June 29, 2009

Pelbagai Posisi

Ramai, memang ramai. Baharu sahaja aku pulang dari UMP malam semalam. Buat pertama kali aku berniaga di Karnival Minggu Induksi Siswa (MINDS). Alhamdullilah sambutan begitu menggalakan daripada para pelajar dan ibu bapa yang datang hadir pada hari tersebut. Apa yang menarik di MINDS pada aku ialah kepelbagaian posisi aku setiap kali MINDS berlangsung. 2003 - Aku tidak sempat untuk mengikuti MINDS kali pertama pada sidang satu. Aku telah dibawa oleh HEPA untuk MINDS di Tamu Kami Resort Balok untuk sidang 2. Memang seronok. Posisi aku kali pertama ini ialah sebagai mahasiswa yang baharu pertama kali menjejakan kaki di menara gading. 2004 - MINDS ke dua. Nama UMP masih lagi sebagai KUKTEM. Kali ini aku sebagai pelajar dan aku tidak pun melakukan apa-apa kerja. Posisi aku kali ini ialah mahasiswa yang berehat sahaja di rumah. 2005 - MINDS ketiga. MINDS paling seronok dalam sejarah di KUKTEM aka UMP. Tidak dapat dinafikan oleh staf atau fasi yang mengikuti MINDS kali ini. Para fasi telah dilatih di PUPUK, Kemaman. Aku ketika ini berada di tahun 3 pengajian Diploma Kejuruteraan Kimia. Posisi aku ketika ini menjadi Ketua Unit Penempatan bagi menyelaraskan penempatan bagi pelajar yang baharu mendaftar ketika itu. 2006 - Kali ini memang tidak seronok bagi aku. Sekali lagi aku di MINDS setelah aku meMINDSkan junior sebelumnya. Aku menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia. Junior pulak yang jadi fasi kepada aku. Mereka pulak yang segan-segan. 2007 - Aku sekali lagi menjadi fasi MINDS. Kali ini aku tidak mengikuti Pro MINDS disebabkan oleh beberapa masalah teknikal keluarga. Walaupun MINDS ini tidak beberapa seronok bagi aku, namun jawatan sebagai fasi disiplin memang mencabar untuk melakunkan watak garang, menjerit, memberi denda dan sebagainya. Tapi aku kira, lakunan aku menjadi dek kerana sehingga hari ini masih ada junior yang menyimpan dendam pada aku kerana kejadian-kejadian yang berlaku pada minggu MINDS tersebut. Posisi aku sebagai fasi garang dan jahat. 2008 - Kali ini aku tidak sebagai fasi. Aku merubah posisi kepada Skim Pelajar Bekerja. Kurang sibuk daripada biasa. Cuma aku menyiapakan kerja-kerja di HEP seperti design dan sebagainya. Jadi posisi aku ialah Skim Pelajar Bekerja. 2009 - 28 Jun 2009, seperti yang storykan diatas, kali ini aku berjaya menjadi seorang usahawan pula. Maknanya aku sudah membuat anjakan-anjakan bagi menimba pelabagai pengalaman dalam menceriakan resume aku. Posisi aku sebagai usahawan photostat dan barangan runcit. Buat rakan-rakan yang bersama aku dalam semua posisi tersebut. Aku ucapkan terima kasih daun keladi. Untuk Board BEST, kita usahakan sehingga kita berjaya menjadi usahawan suatu hari nanti. InsyaALLAH. khai. M

Friday, June 26, 2009

Ujian ALLAH

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 156:

"(Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata, "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"

Ujian daripada ALLAH sentiasa datang. Tidak kira kecil atau besar, susah atau senang, sikit atau banyak, tapi apa yang penting kita tabah dan berusaha untuk menghadapi ujian tersebut dengan penuh usaha dan bertawakkal kepadaNYA yang Maha ESA. Begitulah kehidupan kita sebagai manusia. Segala ujian adalah adil dan tidak mengenal kaya atau miskin, berpangkat atau tidak dan sebagainya. Ya ALLAH tabahkan hati aku untuk menerima ujian kali ini. Mampukah aku untuk menanggungnya buat kali kedua. Sudah sehabis baik usaha yang aku lakukan tapi belum menemui jalan kejayaan. InsyaALLAH peluang terakhir ini aku akan gunakan sebaik mungkin.
khai. M

Wednesday, June 24, 2009

Rahmat Kembali Lagi

Detik- demi detik terus berlalu. Meninggalkan masa yang tidak mungkin kita mencapai apa yang telah pergi. Alhamdullilah. Bulan Rejab kembali lagi. Ini bermakna tinggal dua bulan sahaja lagi bulan yang amat barakah iaitu bulan Ramadhan akan menemui kita. Aku menyeru rakan-rakan sekalian untuk kita menambah amal ibadat kita dalam untuk menuju ke bulan Ramadhan yang mulia ini. Kita melatih diri untuk kurangkan segala perbuatan dan 'amalan kosong' yang selalu kita lakukan. Bulan Ramadhan yang mulia ini banyak kelebihannya. Antaranya bulan Rejab adanya peristiwa Isra' Mikraj.
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). * Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. * Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan). * Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat. * Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. * Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka. * Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka. * Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga. * Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga. * Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat. * Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga. * Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s. * Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
REJAB bulan menabur benih. SYA'ABAN bulan menyiram tanaman. RAMADHAN bulan menuai. REJAB menyucikan badannya. SYA'ABAN menyucikan hatinya. RAMADHAN menyucikan rohnya. REJAB bulan taubat. SYA'ABAN bulan muhibbah. RAMADHAN dilimpahi pahala amalan
khai. M

Monday, June 22, 2009

Selsema Babi @ Influenza A H1N1

Kes H1N1 di Malaysia semakin meningkat. Hari ini sahaja jumlah penyebaran atau penularan telah mengjangkiti seramai 58 orang iaitu 7 penularan tempatan dan 51 lagi adalah kes import. Apa yang ingin aku tegaskan di sini ialah agar kita semua menjaga tahap kesihatan kita agar wabak ini tidak terus menggila di bumi Malaysia. Berita atau informasi terkini mengenai wabak ini boleh dikatahui melalui laman web Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebagai warga negara Malaysia yang beragama Islam, aku menyeru semua muslimin dan muslimat untuk bersama-sama kita melakukan solat sunat hajat dan juga menolak bala' yang sedang melanda negara. Pada ALLAH juga lah tempat kita memohon pertolongan agar diri kita yang sihat ini tidak dijangkit wabak yang sedang mncari mangsa di serata dunia.
Kami berlindung dengan Mu Ya ALLAH! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan, kami berpaut pada Mu Ya ALLAH tuhan pemilik sekian alam yang ghaib dan kami bertawakkal kepada Mu Ya ALLAH Tuhan yang hidup lagi tidak mati. Wahai tuhan kami! jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada segala penyakit yang berjangkit, taun dan bala bencana dengan ihsan MU wahai tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui sesungguhnya Mu Ya ALLAH Maha berkuasa ke atas segala sesuatu . Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya. segala puji bagu Mu Ya ALAH tuhan pemilik sekalian alam.
Semoga berkat usaha ikhlas kita, ALLAH memudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat. InsyaALLAH. khai. M

Mengisi Masa

Sekadar membuang masa, bagi mengisi masa terluang dek kerana mata aku hampir tertutup. Mengantuk benar hari ini. Mungkin cuaca yang tidak menentu mempengaruhi tahap kesucian mata aku ini. Betul kah? Mungkin juga badan masih lagi belum cukup rehat setelah berhempas pulas bagi menduduki ujian getir baru-baru ini. Gambar-gambar di atas merupakan gambar yang sempat ditangkap sewaktu Majis Sambut Menantu, Bro Hosni (supervisor een) di Bentong Pahang. Aku doakan beliau bahagia sehingga ke akhir hayat. Ameenn. Selamat menikmati gambar tersebut. khai. M

Thursday, June 18, 2009

Tuanku Tidak Bersetuju

Pada 11 June 2009 lalu aku ada keluarkan entry berkaitan jambatan ketiga yang menghubungkan Malaysia dan Singapura. Antaranya, aku kemukan yang mana aku tidak bersetuju untuk membina jambatan ketiga tersebut. Dan hari ini dalam dalam Dewan Undangan Negeri Johor, Sultan Johor sendiri tidak bersetuju untuk membina jambatan ketiga tersebut.
Sultan Johor hari ini menolak cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura seperti saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lalu. Titah Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan persidangan penggal kedua DUN Johor pagi ini. "Beta dititahkan oleh Sultan Johor bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu," baginda dipetik bertitah oleh akhbar Berita Harian.
Aku kira pasti Tuanku Sultan lebih mengetahui kenapa jambatan itu tidak perlu untuk dibina.
khai. M
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...