Showing posts with label Pasal Aku. Show all posts
Showing posts with label Pasal Aku. Show all posts

Sunday, January 6, 2013

Apa Dah Jadi Ni

Assalamualaikum.


Welcome welcome welcome 2013. Dah enam hari menjengah ke tahun baru ni. Erm..macam macam la aku dengar azam baru. Layan aku nak azam-azam. Ade azam pun belum tentu buat pun. Nanti cakap je lebih tapi tak buatkan.

Kerja, kerja, kerja. Itu je yang aku buat di Pasir Gudang ni. Bagus juga. Kurang entertainment, kureng la sikit duit di cairkan. Tapi aku tak sangka, inilah company yang paling lama aku bekerja. In Sha Allah sehingga siap Tapis R ni. Resume pun belum update lagi sejak aku d MMHE ni. Maksudnya lama lagi kut aku kat sini. Bukan kata kerja seronok sangat. Tapi sebab lead and boss aku ni jenis yang tidak mengongkong apa-apa decision yang aku buat. Mereka bagi pandangan dan raikan. Bagus kan. Hehehe.

Oo, pada sub contractor aku yng selalu 'kena' dengn aku tu ampun ye. Ikhlas ni. Aku nak kerja jalan je. Kalau keje tak jalan memang tiap-tip hari la kena datang ngadap aku lepas ni. Pada kekawan di engineering yang selalu mendapat email 'karangan' daripada aku sejak akhir-akhir ni pun aku minta maap le. Tapi selagi project jalan, memang ade la email 'karangan' yang korang akan dapat. Macam nak raya pulak minta maaf ni. (pemikiran melayu nak raya baru nk mintak maap kn.hehehe)

Aku pun sekarang ni tak tahu sangat nak tulis apa. Cuma nak wish selamat tahun baru 2013. Tingkatkan amalan pada ALLAH. Barang siapa mengejar akhirat, maka dunia akan mengejarnya. SubhanALLAH.

CHEERS (eh pinjam ayat boss aku ni)

KHAI HARUN.

Monday, October 8, 2012

Pesanan untuk kita

Assalamualaikum.

Pesanan dari saya.


Jom simpan EMAS

Sunday, September 30, 2012

Akimura Chan & Reimei Chan

Assalamualaikum.

Jumaat malam sabtu yang lepas sempat Zul arrange kan farewell party untuk Akimura Chan & Reimei Chan. Mereka berdua ni aku kenal time nk pergi hiking ke Gunung Kajang yang lalu. Tapi sebab Reimei Chan tak follow aku just rapat dengan Akimura Chan je la.

Start esok Akimura akan mulakan kerjaya baru di company keduanya setelah empat tahun meyambung bidang pengajian di MMHE. Empat tahun beb. Memang patut dah die bergraduasi daripada MMHE. Dah dapat degree kan. Nak tahu die ke mana. Nun jauh di sebuah pulau. Mana? Pulau Indah di Klang. THHE. TH Heavy Engineering. Rupanya die masuk competitor. Gaji boleh tahan masyuk. So sape rasa nak keje THHE, silalah hantar resume ke Akimura HR THHE sendiri.

Reimei? Die pulak berangkat ke consultant. Ke PRW. Masyuk juga kan. Reimei pun almost 4 yrs d MMHE. So kiranya die pun bergraduasi untuk dergree yang kedua la.Reimei aku pun nak masuk sana. Ko tolong adjust se meja untuk aku ye. Tapi aku nak habiskan Tapis R ni dulu.

Apa-apa pun, korang ingat pesanan Zul yang montel tu. "Kerja rajin-rajin. Aku yakin korang boleh. Jangan lupakan kami di sini".

Pesanan aku 'All the BEST bros'


Thursday, September 20, 2012

Oh Manpower

Assalamualaikum.

Masalah manpower makin menjadi semenjak dua menjak ni.

Macam mana la mereka ni nak siapkn keje on time.

Senak kepala hotak aku nak tolong fikirkan. Sampai aku pulak nampak buleh buat biss sapply manpower.

Tak pe.Relax dulu. Kita fikir benda laen je la.

Chow..

Monday, September 17, 2012

Jangan BESAR Kepala

Assalamualaikum.

Aku doakan kita (aku dan semua kawan-kawan) tidak melukakan hati kedua ibu-bapa.

Ye. Aku faham susahnya nak puaskan hati mereka. Begitu juga susahnya mereka nak puaskan hati kita time kecil dulu.

Tapi pesan aku untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Silalah beri perhatian permintaan mereka selagi mereka masih bernyawa.

Ya ALLAH ampunkan dosa aku dan kawan-kawan ku yang laen.

Bagi ibu bapa yang terbaca entry ini, aku cuma berharap sama-sama bersyukur dengan rezeki yg ALLAH kurniakan.

Selamat Malam.

Sunday, September 16, 2012

Ustaz Boleh Pakai Kalu Macam Ni?

Assalamualaikun.

Pelik.Ilmu agama belajar katanya tinggi. Hingga ke Mesir. Tapi sayang bila ilmu yang di tuntut tidak di letak di kepala otak. Tapi letak di kepala lutut.

Ilmu agama ni kalau belajar tinggi pun tapi tak di amalkan.Memang boleh makan tuan sendiri. Itulah orang cakap 'ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON YANG TAK BERBUAH'. Maknanya memang tak guna langsung ilmu yang ada kalau tak di praktikan. Aku nak panggil ustaz/ustazah pun rasa geli bulu hidung.

Bab batasan lelaki dan perempuan perlu lah di jaga. Tak kira lah dengan orang luar atau ipar duai sendiri. Dah kalau ko senang masuk bilik perempuan tanpa rasa segan silu, aku nak panggil apa tu?

Adakah bila ade tittle ustaz yang haram jadi halal. Yang batal jadi sah. Yang tak sopan jadi sopan. Fikir lah sendiri.

Aku bukan nak ceramah petang-petang macam ni.Tapi melihat keadaan sekeliling menyebabkan aku muak dengan ustaz kalu tak boleh nak jadi contoh pada orang lain.

Tak gitu. Orait. Selamat beristirehat kawan-kawan.

Tangkap Muatla Tu

Assalamualaikum.

Nak jadi pengacara perlu ada asasnya. Tidak kira la d TV, radio, majlis- majlis dan sebagainya.

Bagi aku apa yang penting ialah banyakan membaca dan dan tengok pengacara professional yang biasa mengacara.

Daripada membaca (teori)barulah kita akan amalkan (praktikal) teori yg dh d baca. Barulah tak nampak sangat awak tu time jadi pengacara 'kurang cerdik'. Aku ni bercakap secara umum je la kan.

Walaupun aku bukan orang yang patut bercakap mengenai bidang ni. Tapi kalu 'kurang cerdik' tu jelas kelihatan. Orang mcm aku pun kena la bagi tahu. Nanti 'pa cheroh' syok sendiri.

Stesen yang nak ambik pengacara pun jangan la tengok muka je. Pengalaman dan basic tu penting jg. Nanti lama-lama orang pun muak dengan stesen tersebut. Sebab perkara remeh tapi tak patut d lakukan.

Orait. Selamat Hari Malaysia ke 49.

JOM UBAH.

Friday, September 14, 2012

SHAMEEE

Assalamualaikum.

Korang pernah rasa malu gile tak. Kalu ade try share ngan aku. Tapi sebelum korang nak share, aku pun nak story what happen to me just now.

Hari ni aku nak balik kuantan. Cari cari cari, tiket 630pm from Larkin. Drive la aku ke Larkin.

Sampai dah 615pm. Tu pun after isi perut kat KFC sebelah tu. Naseb ade voucher, jimat cikit.

So lepas makan nak la cari tandas. Huh, WTHouse, tandas dekat platform ni full bangat. Kena la aku jalan ke arah masjid sana. Tak tahan dah ni nak terkucil.

Aik, sampai tandas atas renovate pulak. Jadi aku pun ke bawah pulak. Seb baek tak full sangat. Cari duit dan bayar.

Aku dengan yakinnya melangkah masuk, dah nampak ada tandas kosong, sebaik nak meluru tetiba langkah terhenti. Ade seorang yang tengah pandang cermin sambil belek belek muka. Tambah pelik lagi senyum pandang aku. Lagi aku pelik die pakai tudung.

Aku cepat tersedar. Sedikit kuat aku kata, EH TANDAS PEREMPUAN KA? Cepat aku kuar n masuk tandas sebelah sambil tengok tanda. Dalam hati, aah la tandas perempuan, tadi nampak tanda lelaki.

Masuk je tandas lelaki datang sorang bro tu, baek2 kang ade pulak kena tibai. Aku senyum je. Masuk tandas sorang2, aku ketawa sorang. 1 st time benda bongok ni happen to me. Shammeeee!!!!.

Moral of the story. Walaupun nak kucil, mata buka luas-luas baca tanda tu.

Hahahaha.

Catatan dalam bas.

Monday, September 10, 2012

Ahad

Assalamualaikum.

Sepatutnya posting dh publish semalam. Tup tup tengok dalam draft masih. So kira dah terlajak sehari la untuk posting ni.

Subhanallah. Cepat betul masa berlari. Sekarang dah tak boleh kata masa berjalan. Sebab secara realitinya berlari lagi cepat daripada berjalan. Jadi kita semua kena cakap cepat sungguh masa berlari.

Ahad bertemu ahad umpama hanya sehari. Rasa seperti bau je semalam ahad last week.

Masa. Inilah antara perkara yang yang dah lepas dan tak dapat di kembalikan. Betulkan. Walau pun rutin kerja yang kita lakukan tiap-tiap hari sama. Tapi semalam yang sudah berlalu memang tak akan dapat di ulang lagi.

Ok lah. Kepada kawan-kawan,selamat beristirehat dan isi masa dengan perkara yang berguna.

Untuk jr. UMP yang bakal memulakan semester baru, aku doakan korang dapat habiskan pengajian masing-masing dan capai cita-cita kalian.

Friday, August 24, 2012

Lazatnya Cuti, Tapi

Assalamualaikum.

Seronokkkk weii cuti. Sape rasa cuti Idulfitri ni tak seronok, memang die sudah hilang nikmat dunia. Hahaha. 

Best sebab dapat duk rumah. Aman, tenang, angin sepoi-sepoi bahasa, air yang sejuk sampai menusuk ke tulang. Benda ni sume tak dapat tempat lain kecuali rumah abah ni je.

Yang paling penting, bila aku ke Kuantan jalan tak menggangu fikiran. Eh, tapi Pasir Gudang pun mana ade jam sangat. Ingat aku masih kerja di Shah Alam pulak.

Tapi, sedih, esok aku akan kembali ke PG. Meneruskan rutin pekerjaan seperti biasa. Pasti, sampai sahaja di PG, pasti hidung akan di tusuk bau-bauan dari kilang-kilang di sana. 

Baru rasa semalam sambut 1st day Idulfitri, tapi rupanya hari ni dah rupanya dah masuk hari ke tujuh. Cepatnya masa berjalan-jalan meninggalkan kita kan. 

Tu je aku nak bagi tahu. Jadi bagi kawan-kawan yang bakal memulakan perjalanan esok dan hari-hari berikutnya, drive carefully & safelly. Ingat nyawa tu satu je. Tak de jual di Tesco, Giant, Carrefour mahupun Mydin Supermarket. Sayangi yawa sendiri.

Salam Idulfitri semua.


Saturday, August 18, 2012

Raya Dah Tiba

Assalamualaikum.


Subhanallah. Cepat benar masa meninggalkan kita. Aku selalu teringat kata-kata ni. Benda yang kita akan terlepas dan tidak akan dapat dikembalikan ialah MASA. Itu lah dalam Melayu ada peribahasa cakap Masa Itu Emas.

Sebulan berpuasa aku memang tak rasa langsung. Macam keadaan tak puasa je. Tapi alhamdullilah aku berjaya mencapai target amalan dalam penghulu segala bulan ni. 

Dalam bulan puasa ni, minggu terakhir memang banyak mendapat jemputan untuk Iftar bersama sub-contractor. Tapi terima kasih la, aku tak dapat memenuhi jemputan korang selagi project kita lum habis. Aku tak nak ada nak terhutang budi, nanti tergadai body pula. Hahaha.

Walaupun sebelum ni aku pernah tinggal di Pasir Gudang, tapi inilah Ramadhan pertama aku di sini. Mula nya aku macam tak yakin dengan diri sendiri untuk bulan Ramadhan ni. Bukan tak yakin nk puasa. Tapi tak yakin akau boleh bekerja. Kenapa? Sebab first time aku bekerja di Yard. Kalu bulan tak biasa, penatnya tak boleh bla. Itu sebab aku kureng ckit. Tapi alhamdullilah. Semua ALLAH mudahkan. 

Kalu nak mengingati Ramadhan selepas habis study ni, tiap-tiap tahun aku beraya di lain-lain company. Jom terjah jap:-

2009- PLC Group, KL.
2010- MIR Valve, Shah Alam.
2011- Transwater API Sdn. Bhd. Shah Alam
2012- MMHE, Pasir Gudang.
2013- Tak tahu lagi rezeki ku dimana.

Habis cerita Ramadhan, kita masuk cerita raya pulak. Aku tak nak cerita panjang cuma nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN, HALALKAN ILMU DAN MAKAN MINUM.


Sunday, July 15, 2012

Track Perjalanan: Gunung Kajang Lagi



Assalamualaikum.

Ni sambungan kepada previous punya story la.

Pasal mengingau kan. Ade ke dia tutup mulut orang tu. Naseb baek la sempat kawan tu tersedar. Lalu terus mengucap. Aku yang tengah mamai2 ni terus sambung tido semula sambil dengar-dengar mereka borak pasal ngingau ni. ZZZZZZZZzzzzz. Ngantuk. Tdo je la.

Jam 5.30am, dah ada pak cik dan mak cik datang nak tunaikan solat Subuh. Kenapa ramai mak cik yang masuk kut pintu yang kami tido tu. La, rupanya pintu tempat solat muslimat. Apa lagi cepat-cepat bangun dan kejutkan yang lain. Alhamdullilah, dapat kami solat Subuh berjemaah di Masjid Jamik Mersing. 


Ok. Next ni aku just story based on pic la. Time ni after solat subuh, macam cantik je time tu kan. Sebab masjid ni atas bukit. So nampak la bandaraya KL Mersing.Ni la jejaka macho segak yang nak panjat Gunung Kajang  Banyak juga pic ambil time di Masjid ni. Memang rasa amat tenang di Masjid ni. Waktu ni kurang lebih jam 7.10am.



Ni tengah menunggu dak Akim. Lama betul die tukar pakaian.


Sambil menunggu ferry jam 9.00am. Kami pun melantak dulu la. Tak makan berat pun. Aku just makan roti kosong. Tapi dak Zul ni menkedarah roti kosong n roti telur. Adoii. Banyak kolestrol dia makan. Makanan kat kedai tepi jeti tu rasa nya biasa-biasa je. 




Ni dah time dalam ferry. Sempat la snap pic masjid tadi. Masjid ni memang betul-betul atas bukit. Naik ferry ke Pulau Tioman ambil masa 2 jam. So apa lagi yang boleh buat dalam ferry kan. Nak tengok stewardess tak dak. So tido je la. 

Next nanti kita tengok pulak pic-pic, time dah sampai Kg. Paya , Tioman.

Monday, July 9, 2012

Track Perjalanan: Gunung Kajang


Assalamualaikum kawan-kawan.

Lama aku biarkan tanpa ada isi untuk di tatapi. Mood kureng sikit bila buka, aku punya header tu macam hampeh je. Kena la kau tukar header lain.

Kali ni sekadar nota peribadi je. Perjalanan aku ke Kajang Mount. Agak-agak kat mana gunung tu. Mesti la di Kajang, Selangor kan. Silap, silap, silap. Gunung ni berada di Tioman Island. Mantap kan ciptaan ALLAH. Pulau pun ade gunung. Subhanallah.

Secara ringkasnya, gunung ni terletak 1038 m daripada aras laut. Tak tinggi sangat la kan. Eh, ke tinggi? Haha. Pandai-pandai la korang agak. Boleh naik sama ada dari Kampung Paya atau Kampung Tekek. Dua-dua kampung ni kat Tioman la. 

Malam ni aku tak nak story pasal daki mendaki ni. Nak share pasal perjalanan awal die je. 

Sebenarnya, bagi aku rancangan ni kurang lebih sebulan je kot. Sape yang ajak? Dak Zulfadli le, Lead Piping Engineer Design tu la. Aku pun ON jah. Sebab lama tak mendaki. So gian la sikit-sikit. Awal nya daripada PMT ada la 4 orang. Tapi beribu kali sayang, 'syahid' 2 orang d pertengahan jalan perancangan. So tinggal la Zulfadli, Paan, Akim, Hafiz & aku la.

Ding dong ding dong, eh dah nak dekat 7 July. Date yang kami rancang nak pergi gunung ni. (6 July birthday aku.) Kami pun bertemu mata di Sweet Cafe Taman Mawar. Susah beb kami nak jumpa (dgn zul & hafiz je selalu) sebba laen department & akim laen project pula. Discuss itu and ini, so settle.

6 July 2012, kurang lebih jam 10pm, aku nak memulakan perjalan kutip dak dak ni la. Hafiz datang rumah and park kete die kat rumah aku. Kutip kutip jam 11.30 pm baru berlepas gerak dari Pasir Gudang Megah Ria.

Jam 1.00am, kami pun sampai di Mersing. Malamnya kami cadang nak lepak masjid je. Semua setuju. Biasa la musafir kan. Masjid Jamek Mersing menjadi pilihan. Atas bukit dan cantik.Tapi sunyi sikit la. Yang penting ada tempat nak tido. 

Bila masing-masing dah tidur. Macam-macam bunyi keruhan la. Kejap kuat, eh kejap perlahan. Dah jadi macam irama dan lagu tak dapat di pisahkan. Yang aku nak story nye. Sampai lebih kurang jam 3am. Ada kawan tu mengingau (tahu ke), kuat die memekik aka menjerit, tolongggggg tolonngggg die nak curi barang. Apa lagi terkejut la yang lain. 

Tak boleh blahnya, kawan yang duk sebelah die tu bukan nak kejutkan, tapi die pergi tutup mulut orang tengah mengingau tu. Eee, geram pulak aku tengok kan. Ok ok..lepas tu.

Lepas tu kita sambung next la ye. Hehehe.

p/s: nanti aku uplodkan pic2 menarik untuk share dgn korang.

Thursday, March 15, 2012

Kini

Assalamualaikum.

1 bulan 15 hari. Angka aku berpindah ke Pasir Gudang. Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. Rumah sewa pun dah dapat yanglebih selesa.

So far, mula-mula dulu macam tak tahu nak manage beberapa perkara. Especially, waktu tidur, bangun tidur dan makan.

Masuk kerja jam 8 pagi. Tapi kena arrage masa untuk "berlumba-lumba" masuk yard. Satu hal lagi nak berebut parking. Nasib baik lah ada motor kakak ku yang cantik tu. Banyak membantu. So la ni, Alhamdullilah, aku dah boleh uruskan masa dengan lancar. Bangun pagi jam 5.30am and gerak dari rumah mesti before jam 6.45am. Alright lah kan.

Kalu nak story bab makan, memang teruk sangat. Sejak duk keje sini, perut aku tak habis-habis mintak di isi. Pelik. Sebelum tak macam ni. Aku pun layan kan perut ni. Perut besar, badan pun makin bulat. Tiap-tiap pagi makan nasi santan aka nasi lemak. Mana tidaknya. Namun, aku telah say bye bye to nasi lemak sebab perut aku dah boleh urus tahap kelaparannya. 

Alright la. Laen kali sambung lagi. Aku tulis ni ikut mood. Tetiba rajin malam ni.

Chowww.




Sunday, February 12, 2012

Pasir Gudang Sudah

Assalamualaikum

Hari ni sudah 12 hari aku kembali ke Pasir Gudang. Nak kata apa. Memang rezeki aku di sini. Alhamdullilah.

Kini waktu kerja dah berubah. Selama aku masuk alam pekerjaan, this is my 1st time aku bekerja hari Sabtu. Tak pa. Pengalaman mangajar erti kehidupan. Along cakap, "Abang Long dah 20 tahun bekerja hari Sabtu. Masuk tahun ke 21 ni baru merasa cuti Sabtu". 

Maknanya banyakla pengorbanan pengorbanan yang dengan rela hati nya aku tinggalkan. Terutama keluar bersama teman-teman. 

Kini baru aku faham kenapa Mr. Wan Mohd Hafizuddin, lecturer ketika aku aku Diploma dulu berubah angin daripada Engineer to Lecturer. Beliau pernah cakap yang Engineer tak da life.

Selama dekat dua tahun aku ber tittle kan Engineer ni, part mana yang tak da life.Aku pun tak jumpa. Sebab aku rasa macam kerja kerajaan je. Hehehe. Tapi bila masuk MMHE, baru tahu sebenarnya apa itu erti kehidupan. 

Tapi jangan bimbang, aku akan usahakan untuk kuatkan azam dan tekad nak capai cita-cita dalam career aku. Selagi muda dan bertenaga, I'allah aku boleh berjaya. 

Orait la. Stop sini dulu. Laen hari story lagi.



Monday, February 6, 2012

Makan Last Day



Assalamualaikum.

Jarang aku nak story mory pasal makan-makan ni. Sebab aku bukan kaki makan sangat.

Tapi makan ni agak special sebab makan last day untuk aku menetap di Shah Alam. 








Aku makan ni before aku gerak ke Psir Gudang on 30 January 2012 yang lalu. Aku makan di Dataran Glomac Kelana Jaya.

Itu je yang aku nak story. Pasal hidup di Pasir Gudang aku story laen entry.


Friday, February 3, 2012

Tamat Khidmat di Transwater


Assalamualaikum

Sorry kawan-kawan. Lambat sikit entry ni. Sepatutnya a week ago dah kena la tulis, tapi masa tidak mengizinkan.

Kini tamat lah perkhidmatan aku di Transwater API Sdn. Bhd. Aku memberi khidmat di company yang berumur 31 tahun ini hanyalah selama 9 bulan 2 hari dan tamat pada 27 January 2012.

Tidak dapat aku sangkal, kali ini lebih banyak kenangan terindah tercipta di TW. Walaupun kerja lebih bz daripada tempat sebelumnya, namun hubungan dengan kawa-kawan dan bosses lebih mesra dan rapat. Banyak juga aktiviti yang kami jalankan bersama.

Memang aku pun confius untuk buat decision pada mulanya. Sebab boss minta sangat-sangat untuk aku pertimbangkan. Aku pun fikir. Fikir punya fikir punya fikir. Eh sebenarnya tak sempat nak fikir pun, sebab memang benar-benar bz. Last aku decide untuk resign di TW. 

Ada dua sebab untuk aku resign. Satu of course la pendapatan kan. Kedua sebab aku nak cari experience secara hands on pula. Selama ni hanya teori yang aku dapat applied.
So jangan lah kata aku tak suka TW. Aku sayangkan kawan-kawan n bosses di sana. BTW, aku ucapkan semoga terus berjaya untuk kawan-kawan TW. Banyak kenangan bersama yang tidak akan aku lupakan bersama kalian. 9 bulan 2 hari, sudah cukup untuk kita menjadi mesra.

Alright, kalau ada kawan-kawan yang baca entry ni, jangalah lupa nak roger aku via fb, twitter atau email. Kan aku dah bagi to everyone on my last day. 

Akhirnya, terima kasih daun keladi dengan hadiah yang diberi. Halalkan segala ilmu dan juga makan minum selama di TW.

Daaaa~~~~.


Saturday, January 7, 2012

Transwater Got Talent

Assalamualaikum.

Hey korang. Selamat berhujung minggu. Apa la aktiviti weekend macam ni kan.

Macam biasa la. Aku masuk office. Kerja dah timbun-timbun. Mana nak siapkan dulu pun aku jadi pening.

13 Januari 2012 akan datang TW akan adakan Annual Dinner. Ala yang macam time kita study dulu kan. Tapi kali ini tak yah la aku nak cari sponsor bagai kan. 

Tema tahun ni., TW Got Talent. Aku pun cabar diri sendiri. Masuk la competition ni. Korang mampu. Hahaha. Aku try je buat apa yang boleh. Kami buat ala-ala teater muzikal. Ada la part yang aku kena nyanyi. Tapi suara tak sedap pun. Hahaha.

Tunngu kan performance nanti. Aku team dengan si yapau and nurul. Hope kami dapat buat yang terbaik. 

Ok. Jom sambung buat kerja sambil hafal-hafal skrip.



Wednesday, November 16, 2011

Stick With You

I don't wanna go another day,
So I'm telling you exactly what is on my mind.
Seems like everybody's breaking up
Throwing their love away,
But I know I got a good thing right here
That's why I say (Hey)

Nobody gonna love me better
I must stick with you forever.
Nobody gonna take me higher
I must stick with you.
You know how to appreciate me
I must stick with you, my baby.
Nobody ever made me feel this way
I must stick with you.

I don't wanna go another day
So I'm telling you exactly what is on my mind.
See the way we ride in our private lives,
Ain't nobody getting in between.
I want you to know that you're the only one for me (one for me)
And I say

And now
Ain't nothing else I can need (nothing else I can need)
And now
I'm singing 'cause you're so, so into me.
I got you,
We'll be making love endlessly.
I'm with you (baby, I'm with you)
Baby, you're with me (Baby, you're with me)

So don't you worry about
People hanging around,
They ain't bringing us down.
I know you and you know me
And that's all that counts.
So don't you worry about
People hanging around,
They ain't bringing us down.
I know you and you know me
And that's why I say

Tuesday, November 15, 2011

berSABAR



Semoga ALLAH membalas segala mehnah yang dilemparkan.
ALLAH itu maha berkuasa.
ALLAH akan membantu hambanya yang dalam kesusahan.
ALLAH lebih mengetahui segalanya.

Itu sahaja yang dapat aku ungkap dari hatiku selepas solat Asar tadi. Sungguh besar ujian kali ini. Bukan aku tidak mahu menegakan kebenaran untuk diri sendiri, tetapi aku membuat keputusan lebih baik untuk berdiam dan menjauhkan diri daripada segala-galanya.

Tidak guna aku menegakan kebenaran jika fitnah menjadi zikir di mulut mereka.
Tidak guna aku memberi amaran jika fitnah itu menjadi santapan rohani mereka.
Tidak guna aku memberi nasihat jika fitnah itu seperti perbualan enak bagi mereka.

Biarkan terus fitnah itu berlegar ke segenap pelusuk telinga mereka.
Biarlah mereka bercakap terus bercakap, kerna ALLAH maha mengetahui dan membalasnya.

Aku ucapkan terima kasih kepada 'orang' yang sudi mengambil berat terhadap diri ku.
Walaupun mereka mengambil berat berkenaan perkara yang tidak menyenangkan.

Tidak mengapa, aku akan memaafkan mereka. Tapi datang lah secara bersemuka.
Aku doakan hati mereka terbuka untuk berubah.
Ameen.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...