Showing posts with label Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label Shah Alam. Show all posts

Sunday, June 26, 2016

PROJECT LAST 3 MONTHS


Salam Ramadhan Hari 21, maka ramai lah daripada kita yang mula membuat pecutan terakhir bagi meningkatkan amalan sunat yang pahala nya seperti kita melakukan amalan-amalan wajib. Lebih lebih lagi satu malam antara malam terakhir ini akan adanya satu malam yang di namakan Lailatul Qadar. Maka beruntunglah bagi meraka yang dapat beramal pada malam tersebut.

Memetik kata-kata terakhir dalam tweet Almarhum Prof Izzi Haji Ali.
'Walau Ramadhan di tempuhi, tapi belum tentu melalui"

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Orite, back to the main topic. Al-kisah kami yang kerja dalam oil and gas dah tak stabil seperti tahun-tahun sebelumnya. Tiap bulan ada je whatsapp dari group sebelah bercerita kena retrench. Yang ramai kena retrench bukan daripada small company, tapi daripada pemain-pemain utama dalam sektor oil and gas. 

Siapa sangka dalam sektor yang berpuluh tahun keadaan nya stabil, even dalam keadaan ekonomi di landa masalah, oil and gas masih terus stabil. Namun, hari ini dalam sejarah, carigali emas hitam ini akhirnya menemui jalan keluar. 

Wow, panjang pula muqaddimah kat atas tu. Sebab muqaddimah tu aku tercebur dan mencebur kan diri dalam bidang ni. Perkara yang berlaku spontan ni memang tak pun dijangka. Tapi alhamdullilah sekarang perjalanan di permudahkan Allah.

Di office, aku jarang keluar untuk lunch, sebab area office tu tak de tempat menarik sangat nak menjamu (sorry bukan diet k). Tapi ntah macam mana, ada sorang budak kedah ni (die memang hari-hari ajak aku lunch, walau die tahu setakat level 5, aku memang tak turun) ajak aku pergi makan kat intermark. Katanya nasi ayam kat sana pun sedap juga (walau die pun tahu, aku nak makan selain nasi). Ambik hati sebab hari-hari ajak aku lunch, maka aku pun follow.

On the same time, rupanya ada dua orang senior dan seniro Ir nak follow kami makan kat intermark. Set, bejalan lah kami dengan gaya lelaki melayu macho terakhir ke Intermark di bawah panas mentari yang boleh membasahkan ketik jantan.

Tengah makan kami pun story mory berkenaan muqaddimah yang kat atas tu. Masing-masing agak goyang habis sebab end of April 1st VSS will apply to selected staff. Harap-harap bukan kami. Suddenly, one of my partner ni bagi tahu wife die pernah buat bisness shawl. Memang masyuk sebab ramai wanita yang dah mula follow trend tudung. 

OMG, TUDUNG!!!

ko rasa lelaki mampu ke jual barang-barang wanita?
ko rasa wanita ni nak ker berjual beli dengan lelaki?
ko rasa lelaki ni tahu ke trend tudung-tudung shawl?
ko rasa lelaki ni tahu ke jenis-jenis jahitan shawl?
ko rasa lelaki ni blh design something different ke?
ko rasa banyak sangat ke idea nak buat shawl?
ko rasa ada lagi ke market jual shawl ni?
ko rase lah berapa jenis shawl yg wanita ni duk pakai?
dan dan dan

ko rase ko rasa yang lain. 
Banyakkan? 

Mampu ke nk tacke semua persoalan-persoalan tu? Ni lah cabarannye. Chit sana chat sini, kami ber empat pun agreed untuk cer try test market shawl ni. 

Bermula la, kami memperbanyakan sola jawab dengan pakcik google, kak ipar dia, youtube, anak manakan dia, FB dan saudara mara terdekat google. 

Sambil-sambil duk tanya wife masing-masing pasal shawl. Nasib la wife aku #cikguchantek ada two loop shawl kat rumah.

Bukan sebarang company kami set up ni, kami adakan beberapa pertemuan dengan pemain-pemain tudung dalam Malaysia ni. Rasa wanita ke lelaki? Lelaki baq hang. Yang brand wanita-wanita ni, belakang tabir dia lelaki. Kami sendiri pun adakan meeting company, seat together buat brainstorming di Library Tun Raja Uda. 

Kemuncak kami confirm dan terus shopping kain di (tempat masih rahsia). Aku yang tak tahu pasal kain-kain tetiba je jadi expert. Alhamdullilah tailor pun kami dapat out source. Metal label kami booking daripada China, dalam 3 minggu juga nak siap.

Tugas aku ialah bab marketing ni. Bukan aku pandai sangat pun. Tapi sebab ada ilmu sikit dengan FB ads, shopping web dan beberapa social network yang lain, maka pun set up yang mana boleh kami jalankan bissness mengikut peredaran semasa.

Cukup 9 bulan 10 hari 3 bulan maka keluarlah Sofhiaa Couture.

Kami ade 
FB sofhiaa couture
IG sofhiaacouture

Alhamdullilah, syukur sangat. Akhirnya berjalan dengan lancar bisness kecil-kecilan kami ni.

So apa lagi, takan baca je. Click la kat www.sofhiaa.com dan dapatkan promosi daripada kami. Cepat sebelum terlambat.

Nanti kita sambung lagi. 
Tapi kalu nk chat tanya pasal bissness blh la menemuai aku di
FB khai harun
IG engineur007
tweeter khaiharun

whatsapp? nnt aku bagi kedian. banyak masuk msg now. kot tak sempat rep.










Saturday, January 31, 2015

Selepas Setahun....AWAK DI MANA?



Assalamualaikum geng ....

Last date aku tulis kat wall ni setahun yg lepas. Tu pun sebab nak bg tahu yg aku dah 2 tahun d PG and MMHE. Bagi aku dh lama tu sebab 1st company yg aku dapat bertahan selama tu.

Now aku nak bagi tahu aku masih lagi di MMHE...#whattheH kan...

Tak sangka esok genap 3 tahun aku di MMHE. Cuma aku tak lagi di PG, tapi dah transfer ke Feed and Design Verification, Menara Daya Bumi KL. 

Nape boleh stay lama ek? Sebabnya, for the 1st 2 yrs aku sangat2 happy and satisfied dgn keje2 aku di MMHE. Aku boleh buat my own decision w/o any objection from boss. Boleh plan my work and bla bla. Tp yg penting sebab kawan2 yg sekepala. Tu lagi menyenangkan hidup gua.

Oppsss..satu lagi kalu korang nak tahu, kat yard aku focus on piping je, sebab piping engineer kan. Now aku dah terjerumus ke lembah Mechanical pulak, So jadi lah mechanical/piping engineer. Merangkak aku nak kejar apa benda la mechanical ni kan. Banyak package mechanical nak kena handle. Mudah lagi piping sebenarnya. 

Apa2 pun, selama aku di MMHE ni, aku dh ade experience onshore and offshore. Baru lah betul rasa OnG. 

Ade vacancy tak? Kalu ade roger2 aku k. Hahahaha.

Lepas ni plan nak story psl new department aku plk la. Adiosssss.......


Monday, February 6, 2012

Makan Last Day



Assalamualaikum.

Jarang aku nak story mory pasal makan-makan ni. Sebab aku bukan kaki makan sangat.

Tapi makan ni agak special sebab makan last day untuk aku menetap di Shah Alam. 








Aku makan ni before aku gerak ke Psir Gudang on 30 January 2012 yang lalu. Aku makan di Dataran Glomac Kelana Jaya.

Itu je yang aku nak story. Pasal hidup di Pasir Gudang aku story laen entry.


Friday, February 3, 2012

Tamat Khidmat di Transwater


Assalamualaikum

Sorry kawan-kawan. Lambat sikit entry ni. Sepatutnya a week ago dah kena la tulis, tapi masa tidak mengizinkan.

Kini tamat lah perkhidmatan aku di Transwater API Sdn. Bhd. Aku memberi khidmat di company yang berumur 31 tahun ini hanyalah selama 9 bulan 2 hari dan tamat pada 27 January 2012.

Tidak dapat aku sangkal, kali ini lebih banyak kenangan terindah tercipta di TW. Walaupun kerja lebih bz daripada tempat sebelumnya, namun hubungan dengan kawa-kawan dan bosses lebih mesra dan rapat. Banyak juga aktiviti yang kami jalankan bersama.

Memang aku pun confius untuk buat decision pada mulanya. Sebab boss minta sangat-sangat untuk aku pertimbangkan. Aku pun fikir. Fikir punya fikir punya fikir. Eh sebenarnya tak sempat nak fikir pun, sebab memang benar-benar bz. Last aku decide untuk resign di TW. 

Ada dua sebab untuk aku resign. Satu of course la pendapatan kan. Kedua sebab aku nak cari experience secara hands on pula. Selama ni hanya teori yang aku dapat applied.
So jangan lah kata aku tak suka TW. Aku sayangkan kawan-kawan n bosses di sana. BTW, aku ucapkan semoga terus berjaya untuk kawan-kawan TW. Banyak kenangan bersama yang tidak akan aku lupakan bersama kalian. 9 bulan 2 hari, sudah cukup untuk kita menjadi mesra.

Alright, kalau ada kawan-kawan yang baca entry ni, jangalah lupa nak roger aku via fb, twitter atau email. Kan aku dah bagi to everyone on my last day. 

Akhirnya, terima kasih daun keladi dengan hadiah yang diberi. Halalkan segala ilmu dan juga makan minum selama di TW.

Daaaa~~~~.


Thursday, January 12, 2012

Sehari Sebelum

Assalamualaikum.

Sehari sebelum.

Banyak maknanya pada aku dengan sehari sebelum.

Tapi aku tak nak elaborate panjang-panjang sebab semuanya belum berlaku. Atas perancangan ALLAH semuanya. Ya ALLAH berikanlah ku kekuatan untuk menempuhi hidup ini. Aku merancang, Engkau juga yang berkuasa menentukan segalanya.

Pertemuan dan perpisahan adat manusia biasa. 
Menang dan kalah adat pertandingan.

ALLAH, kuatkan diriku.

Ameen.



Monday, January 9, 2012

Dah.....

Assalamualaikum.


Alo-alo. Erm. Macam-macam berlaku dalam dua hari ni kan.

Bukan pasal diri aku. Tapi pasal politik kita la. Kadang-kadang bosan pun ada juga. Tapi itulah sebagai rakyat dah menjadi tanggungjawab kita ambil tahu serba sedikit pasal politik ni.

Hassan Ali.

Exco Agama Negeri Selangor kena pecat.

Kesian juga pada beliau ni. Tapi apakan daya, bukan aku buat keputusan untuk beliau. Bagi aku, ikut hati mati. Ikut rasa binasa. Dalam kes HA ni, konklusi aku macam tu la. Yang aku follow statement beliau selama ni lebih kurang macam ikut hati kan. 

Try korang cari video beliau di You Tube pada 8 Januari 2012. Aku kurang gemarlah statement beliau yang "saya pandai...saya pandai..saya pandai". Kalau aku berada sekitar beliau time tu, malu gila. Bukan apa, bagi aku macam dah meninggi diri pula. Aku faham beliau ada doktor falsafah. Tapi jangan lah macam tu kan. Korang tengok la.

Anwar Ibrahim.

Tahniah untuk beliau sekeluarga, Harap-harap adalah kebaikan yang beliau dapat dikemudian hari. Honestly, aku memang tak mengikuti pun perkembangan perbicaraan liwat ni. Just terdengar kawan-kawan bercerita. Berapa lama perbicaraan, siapa saksi, semua aku tak tahu. Sibuk mencari rezeki katanya.

Kepada pasukan yang kalah, jangan berputus asa. Buat la rayuan ye. Kalau betul keputusan ni bukan drama la may be keputusan dikekalkan. Itu pendapat aku je.

Alright la.. Nanti update lagi. Penat lak. Baru sampai rumah. Selamat berehat ye kawan-kawan.

Chowww.



Saturday, January 7, 2012

Transwater Got Talent

Assalamualaikum.

Hey korang. Selamat berhujung minggu. Apa la aktiviti weekend macam ni kan.

Macam biasa la. Aku masuk office. Kerja dah timbun-timbun. Mana nak siapkan dulu pun aku jadi pening.

13 Januari 2012 akan datang TW akan adakan Annual Dinner. Ala yang macam time kita study dulu kan. Tapi kali ini tak yah la aku nak cari sponsor bagai kan. 

Tema tahun ni., TW Got Talent. Aku pun cabar diri sendiri. Masuk la competition ni. Korang mampu. Hahaha. Aku try je buat apa yang boleh. Kami buat ala-ala teater muzikal. Ada la part yang aku kena nyanyi. Tapi suara tak sedap pun. Hahaha.

Tunngu kan performance nanti. Aku team dengan si yapau and nurul. Hope kami dapat buat yang terbaik. 

Ok. Jom sambung buat kerja sambil hafal-hafal skrip.



Maafkan ku Kawan

Assalamualaikum semua.

Semalam tak sempat nak coret-coret kat wall ni kan. Tak pa, hari aku sambung lagi la. Pasal apa ek? Pasal apa - apa aje. Kan ikut suka aku.

Aku nak mintak maaf dulu untuk kawan aku sorang ni. Aku masih belum sampai seru untuk sebutkan nama dia. Sebab keputusan ni bukan untuk diri aku sendiri, tapi disebabkan faktor luaran yang tak dapat dielakan.

Next next punya next punya next entry nanti baru aku sebutkan nama beliau. 

Ngantuknya rasa. Jom sleeping beauty dulu. Esok kena masuk office lagi. Kerja amal.

Choww.






Wednesday, January 4, 2012

Boss & Syibah

Assalamualaikum.

Scandal baru ke di opis ni. Lain macam je dengar kan..


TIDAKKKKKKK..



Aku just nak upload pic time sambut birthday mereka berdua minggu lepas.


HAPPY BIRTHDAY TO AHMAD RIDZUAN & NUR NASYIBAH.
MAY ALLAH BLESS BOTH OF YOU. AMEEN.











Night....zzzzzzz

Cinta Muka Buku

Assalamualaikum.

Apa ke jadah subject post kali ni.

Hahahaha. Ta de kaitan dengan sape sape pun. Cuma tak puas hati dengan diri sendiri. Sebab apa. Sebab nya kurang menulis dalam laman aku yang aku comel ni.

Konon-konon lah ada muka buku. Semua pun dah jatuh hati dengan muka buku. Asyik bercinta dengan muka buku. Tidur, makan, minum, borak, meluah perasaan, ayat-ayat ganaz, lucah, cinta, semua dengan muka buka. Sampai sedang berak pun masih dengan muka buku kan. Manusia manusia.

2011, aku hanya mampu buat 36 entry - pemalas benar
2010, 49 entry, kira rajin sikit lah time ni .
2009, 129 entry. Wow meriahnya. Sebab time ni aku masih student kan. Muka buku aku tak berapa nak kenal.

Aku harap tahun ni aku nak sambung cinta yang hampir terputus dengan si comel ni la. Tapi muka da juga. Tapi tak nak hangatkan sangat la.

Alright la bro. Chow dulu.

Da be da be duu...


Suratan atau Kebetulan

Bismillahirahmanirahim.

Bercerita pasal hidup sendiri memang panjang berjela-jela. Mungin tak habis dalam satu atau dua hari. Itu pun kalau skip skip. Kalau yang full house punya story seminggu baru habis agaknya.

Suratan. 

Dalam hidup kita memang sudah Allah suratkan apa yang berlaku. Dalam kata lain qada' dan qadar. Erm..aku pun bukan arif sangat bab bab macam ni. tapi sebab kita beriman dengan qada' dan qadar maka aku yakin setiap suratan daripada Maha Pencipta.

Aku percaya semua kita melalui pengalaman hidup yang berbeza. Bak kata lain, itulah suratan nya. Namun boleh kah kita menukar suratan tersebut. 

Tidak pernah aku terfikir untuk menukar suratan. Yang selalu ligat di fikiran adalah mahu menukar taraf kehidupan aku dan keluarga. Macam mana. Berusaha cari duit lah. As anak lelaki kini aku mula rasa bebanan setelah bertahun-tahun bebanan tersebut di tanggung oleh kakak-kakak yang berhati mulia dan cantik-cantik belaka. Terima kasih Along, Kak Dah, Kak Ya, Kak Neck n CT. Dan macam biasalah perkara kedua yang duduk dalam otak ini ialah menukar kerajaan..opppp..terlebih sudah.

Suratan nya dah aku kesana. Maka aku berusalah untuk buat yang terbaik. Jika suratannya aku terus di sini, berada di sisi kalian, aku tetap akan beruasaha menjadi yang terbaik.

Kebetulan.

Bagi aku kebetulan ni macam tuah la. Kalau dalam Bahasa Melayu panggil LUCK. Tapi aku tak pernah pula kena LUCK LUCK ni. Mana tidaknya, kalau ada cabutan bertuah aku tak pernah kena pun. Sedih kan.

Kalau korang faham baca entry ni bagus la. Kalau tak faham baca lagi sampai faham.

Ok lah. Aku tak wish lagi kan.

SELAMAT TAHUN BARU MASIHI.


Wednesday, November 16, 2011

Stick With You

I don't wanna go another day,
So I'm telling you exactly what is on my mind.
Seems like everybody's breaking up
Throwing their love away,
But I know I got a good thing right here
That's why I say (Hey)

Nobody gonna love me better
I must stick with you forever.
Nobody gonna take me higher
I must stick with you.
You know how to appreciate me
I must stick with you, my baby.
Nobody ever made me feel this way
I must stick with you.

I don't wanna go another day
So I'm telling you exactly what is on my mind.
See the way we ride in our private lives,
Ain't nobody getting in between.
I want you to know that you're the only one for me (one for me)
And I say

And now
Ain't nothing else I can need (nothing else I can need)
And now
I'm singing 'cause you're so, so into me.
I got you,
We'll be making love endlessly.
I'm with you (baby, I'm with you)
Baby, you're with me (Baby, you're with me)

So don't you worry about
People hanging around,
They ain't bringing us down.
I know you and you know me
And that's all that counts.
So don't you worry about
People hanging around,
They ain't bringing us down.
I know you and you know me
And that's why I say

Milik MU



Semuanya pinjaman semata.
Tidak lebih seperti aku menggunakan hak orang lain.


Bayarannya hanyalah lengkapkan amalan wajib dan perbanyakan amalan sunat.
Mudah?

Dengarnya memang mudah.
Namun adakah aku sudah berjaya mencapai nya?

Jawapannya BELUM.
Atas kesihatan yang DIA berikan, aku nasihatkan diri ku dan kawan-kawan yang lain untuk terus melakukan amalan kepadaNYA.


YA ALLAH kuatkan diri ku untuk terus membuat amal yang terbaik untuk MU.

HATI INI HANYA MILIK MU.

Saturday, October 22, 2011

TGIS

Assalamualaikum.

Sabtu.

TGIS. Korang tahu tak maksud dia apa?
Nak tahu pandai-pandai la cari. Tapi tak de kaitan dengan cinema tu.

Bangun-bangun.
Senam-senam
Solat Subuh
Pejam Mata Semula

Oh dah jam 8am.
Bangun-bangun
Salin pakaian.
Basuh Pakaian
Basuh Kereta
Basuh Motor
Sidai Pakaian
Siap-siap
Masuk Office.

APA?Masuk Office. Apa barang masuk office hari sabtu der.
Lantak korang la nak cakap apa.
Yang penting kerja aku siap.La.la.la.la

p/s: tak tahu nak tulis apa. Kan bagi komen politik, kena gantung kerja. Eh, kerja gomen ke?He.he.he.


Daaa~~~~

khai.M

Monday, July 25, 2011

Garapan Akhir



25 July 2011
24 Syaaban 1432 H

Assalamualaikum w.b.t

Ini merupakan design terakhir untuk tindakan MT.


 Pelekat Belakang Kenderaan, saiz 3" x 13"


Pelekat Hadapan Kenderaan, saiz 3" x 3" 


Terima Kasih.

-khai-

Sunday, July 17, 2011

Student ber'CIUM'


17 July 2011
16 Syaaban 1432 H


Assalamualaikum w.b.t

Korang rasa student sedang buat apa?
1- Tolong kawan lelaki yang nak jatuh tingkap.
2- Buat assignment sains bab pertama tingkatan 3.
3- Tak tersengaja, sebab kaki tersadung



Lu pikir la sendiri.

Credit : OH

Khai. M

Sunday, July 10, 2011

Jeng Jeng Jeng

10 July 2011
9 Syaaban 1423 H

Assalamualaikum w.b.t

Jeng3..lamanya aku tak menulis.

Owh..sudah lebih daripada sebulan. Tak pa lah nak buat macam mana. Tak ada mood. Bukan setakat aku tak menulis. Laman ikut suka aku pun aku tak jenguk. Punya la malas. Tetiba ada mood, lalu aku pun menulis.

1) Pra - Ramadhan.

Ye.ye.ye. Ramadhan dah nak datang. Barang di ingat bagi kengkawan wanita or ladys.cepat-cepat gantikan puasa last Ramadhan yang belum sempurna. Bagi aku dan kengkawan yang lelaki ni. harap puasa tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. 

Tahun lepas ketika Ramdhan, aku masih dalam probition, Ramadhan tahun ini pun sama, aku dalam probition kembali. Faham-faham lah kalau dalam probition, cuti susah sikit la. Kecewa kejap.

2) 6 July

Tanggal 6 July lepas ialah birthday boy. Birthday siapa? Birthday aku la. Thanks kepada semua kengkawan yang wish either via hp atau di muka buku. Aku doakan kalian sentiasa dirahmati ALLAH selalu. Ameen.

BTW, ada 3 lagi my sis yang birthday dalam bulan July. 
1 July : CT
2 July : Along
19 July: Kak Dah.

Happy birthday to all of you. Luve you so much. Muahhh.

3) 1 July

Date lagi. Date apa pula ni. Ha. kalau kengkawang nak tahu, 1 July lepas genaplah setahun aku bekerja d Shah Alam. Dalam masa setahun ni dah 2 company aku bekerja. Alhamdullilah, aku dapat bekerja dalam industri oil & gas. 10 bulan pertama aku berkerja buat Ball Valve. Sekarang aku buat Safety Valve pula. 
Safety Valve ni ngam sikit la dengan aku. Sebab final presentation time aku ambil sijil instrumentation di Pasir Gudang dulu memang aku buat PSV dan dapat best group presentation. 

4) Lagi.lagi

Tak dah yang lagi-lagi. Cuma aku nak wish Tahniah kepada kengkawan yang turun untuk walk for democracy -BERSIH 2.0- 

Chow...

Khai. M


Saturday, June 4, 2011

REJAB

4 Jun 2011
2 Rejab 1432 H

Assalamualaikum w.b.t

Tinggal lebih kurang dua bulan sahaja lagi kita bakal bertemu kembali dengan penghulu/ketua segala bulan, iaitu tak lain dan tak bukan ialah Ramadhan Al-Mubarak. Jika kita benar-benar menghayati bulan Ramadhan yang barakah ini, sebenarnya ia sangat mendidik dan mendisiplinkan diri kita semua. JOM kita membuat kebaikan atau dengan ayat mudahnya, kita melatih diri dengan perkara kebaikan dengan menambah amalan ibadah seperti berpuasa sunat, bertahajjud dan amala-amalan sunat yang lain. Kira bulan Rejab ni as a Pre-Ramdhan la.

Pra-Ramadhan ini akan dapat membantu diri kita agar benar-benar bersedia dalam mengharungi sebulan mendatang dalam bulan yang ALLAH buat untuk hambanya beramal soleh. Analoginya macam kita semua nak duduki SPM la. Kita pasti akan duduki trial dulu. Daripada result trial kita akan tahu damana kelemahan subject tertentu dan kita baiki untuk dapat markah yang lebih tinggi. Jadi Pra-Ramdhan pun begitulah. Kita melatih dan meperbaiki diri agar dapat menjalankan tanggungjawag nanti dengan lebih sempurna. 

Jom aku kongsi dengan korang semua.



REJAB bulan menabur benih. 
SYAABAN bulan menyiram tanaman. 
RAMADAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya. 
SYAABAN menyucikan hatinya. 
RAMADAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat. 
SYAABAN bulan muhibbah. 
RAMADAN dilimpahi pahala amalan.

1. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

2.Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

3. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
4. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah. 

5. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

6. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

7. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

8 Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)

9. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL


-khai. M-


 

Wednesday, May 25, 2011

Sebulan di TW

25 May 2011
22 Jamadil Akhir 1432 H


Assalamualaikum w.b.t

Sebulan.

Pejam celik sudah sebulan aku bertukar ke new company. 

Banyak juga yang aku belajar disini. Dulu buat ball valve, sekarang belajar pula pasal safety valve.

Best di sini sebab banyak training yang di providekan. Pilih sahaja apa training yang aku nak pergi.

Boss,

Erm, aku pun jarang-jarang jumpa boss. Boss memang bz bangat. Apa pun aku decide sendiri. Tapi buat masa sekarang aku selaju berbincang dengan senior-senior di sini. 

Oraitlah. Itu sahaja nak bagi tahu. Chowww..


-khai. M-

Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU

5 Jamadil Akhir 1423 H
319pm

Assalamualaikum w.b.t
Salam sayang untuk semua.
24 tahun lalu.

Aku tidak mengerti apa-apa. Siapa kah itu? Kenapa pakaian nya pelik daripada yang lain. Berbungkus dan berbalut. Lalu aku melihat dan meneliti wajahnya. Ya. Benar. Ini emak. Aku mengoncang mak. Bangun-bangun. Tidak ada tindak balas daripada beliau. 

Sekarang.

Ketika itu usia ku baru mencecah 2 tahun. Aku langsung tidak ingat dan tidak mengerti kenapa emak berpakaian demikian. Yang aku ingat sekadar apa yang aku ceritakan diatas. 

ALLAH lebih mengetahui. Kenapa aku langsung tidak ada memori bersama emak. Bagaimana rupa emak, gambar tinggalan sahaja yang mengenalkan aku kepada emak. Bagaimana kasih sayang emak, hanya cerita daripada kakak-kakak ku sahaja yang menjadi simpanan dalam memori ini. Selebihnya aku tidak tahu apa yang berlaku. 
Kini tiap tahun aku akan menziarahi pusara emak bersama adik beradik yang lain. Membacakan yassin dan mendoakan beliau ditempat kan dikalangan hamba-hamba ALLAH yang beriman. Tiap-tiap pagi aku akan mensedekahkan al-fatihah kepada Allahyarhamah emak ku.

SELAMAT HARI IBU. KASIH IBU SAMPAI KE SYURGA.

 -khai. M-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...