Saturday, June 4, 2011

REJAB

4 Jun 2011
2 Rejab 1432 H

Assalamualaikum w.b.t

Tinggal lebih kurang dua bulan sahaja lagi kita bakal bertemu kembali dengan penghulu/ketua segala bulan, iaitu tak lain dan tak bukan ialah Ramadhan Al-Mubarak. Jika kita benar-benar menghayati bulan Ramadhan yang barakah ini, sebenarnya ia sangat mendidik dan mendisiplinkan diri kita semua. JOM kita membuat kebaikan atau dengan ayat mudahnya, kita melatih diri dengan perkara kebaikan dengan menambah amalan ibadah seperti berpuasa sunat, bertahajjud dan amala-amalan sunat yang lain. Kira bulan Rejab ni as a Pre-Ramdhan la.

Pra-Ramadhan ini akan dapat membantu diri kita agar benar-benar bersedia dalam mengharungi sebulan mendatang dalam bulan yang ALLAH buat untuk hambanya beramal soleh. Analoginya macam kita semua nak duduki SPM la. Kita pasti akan duduki trial dulu. Daripada result trial kita akan tahu damana kelemahan subject tertentu dan kita baiki untuk dapat markah yang lebih tinggi. Jadi Pra-Ramdhan pun begitulah. Kita melatih dan meperbaiki diri agar dapat menjalankan tanggungjawag nanti dengan lebih sempurna. 

Jom aku kongsi dengan korang semua.



REJAB bulan menabur benih. 
SYAABAN bulan menyiram tanaman. 
RAMADAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya. 
SYAABAN menyucikan hatinya. 
RAMADAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat. 
SYAABAN bulan muhibbah. 
RAMADAN dilimpahi pahala amalan.

1. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

2.Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

3. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
4. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah. 

5. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

6. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

7. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

8 Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)

9. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL


-khai. M-


 

2 comments:

muhamad hanif said...

tak lama dah kan..cepat betull

khai. M said...

itulah..harap ramadhan kali ini labih baik drp thn3 sebelumnya..selamat beramal anep..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...