Showing posts with label Business BEST. Show all posts
Showing posts with label Business BEST. Show all posts

Saturday, January 29, 2011

NAK JADI KAYA

My Laptop @ TSMSA
1728
26 Safar 1432 H / 29 January 2011



Assalamualaikum w.b.t

Untuk jadi kaya, kita kena bergaul dengan orang kaya. Eh betul ke statement ni. 

Then, kalau bergaul dengan orang yang kurang kaya, kita akan jadi kurang kaya juga ke.

Tak tepat la statement ni. Tak boleh pakai. 

Nak kaya & berjaya kita wajib berusaha. Tak kira la sesiapa yang kita bergaul. Kita ambil la salah seorang yang berjaya untuk fijadikan contoh.


khai. M

Tuesday, December 29, 2009

Happy Birthday BEST

Kelas Instrument, Measurement & Control Technology 12.46 pm 29 Disember 2009 / 12 Muharram 1431H
Assalamualaikum w.b.t BEST singkatan bagi Berjaya Strategi Enterprise telah berjaya menjalankan operasinya selama lebih kurang 1 tahun yang lepas. Alhamdullilah. Itulah pujian yang termampu untuk aku ucapkan kepada yang Maha ESA. Pelbagai rintangan dan dugaan aku dan rakan-rakan lalui untuk menjadi seorang usahawan. Bermula dengan KAKS di Hotel Sri Malaysia Genting Highlands tercetusnya idea gila-gila dari Pjan, Iman & Hare. Maka aku, Atiq dan Pja tercebur juga dengan hal ini. Maka panjanglah perjalanan untuk setup sebuah kedai printing yang lengkap. Memakan masa hampir 3 bulan. Aku dan yang lain-lain bergerak hampir satu Malaysia untuk server apa yang patut. Buat pinjaman sana-sini. Mohon nasihat dari si dia dan si dia. Akhirnya faham lah bagaimana untuk menjadi seorang usahawan. Tapi modal masih belum ada. Kedai sudah dapat. Bagaimana. Takdir ALLAH memurahkan rezeki aku dan rakan-rakan. Aku berjumpa dengan junior yang juga meminati busines. Syukur rezeki beliau lebih. Maka beliau dahulukan apa-apa yang patut untuk memulakan kedai tersebut. Kalau mahu cerita memang panjang sangat. Letih pula mahu menaip. Aku sekadar mahu merakakamkan penghargaan kepada rakan-rakan yang sama-sama bersusah payah untuk bersama aku selama ini. 1) Mohd Faizan bin Jamaluddin 2) Muhammad Daniel bin Mazelan 3) Nor Hafiza bt Hamidon 4) Ahmad Atiqurrahman bin Hasan 5) Noriman Hamizan bin Hamdan Tidak lupa untuk staf JHEPA 1) En. Reduan Yusoff 2) Pn. Kamalia 3) Dekan JHEPA Mereka sangat banyak membantu dalam menjayakan rancangan perniagaan ini. Untuk famili yang banyak memberi dorongan, aku ucapkan beribu terima kasih. Doa kalian sangat bermakna. Akhirnya, Selamat Hari Lahir Pertama untuk Berjaya Strategi Enterprise pada 31 December 2009. Seoga hayatmu panjang melebihi usia kami semua. khai. M

Monday, August 3, 2009

Aku mahu cerita

Aku jarang sekali ingin berkongsi business yang aku jalankan bersama rakan-rakan. Tapi kali ini aku mahu mengajak rakan-rakan sekalin yang asyik 'merempat' depan internet untuk mencuba program business yang amat mudah dijanlankan. Business ini hanya dijalankan secara internet sahaja. Kuasa internet yang selama ini kita pakai untuk FB, blog san sebagainya kita tukar menjadi slah satu part yang menguntungkan kita. Kalau rakan-rakan mahu mencuba kuasa program business ini daftar sahaja di sini dan di sana. khai. M
duit masuk melimpah-limpah rahsia menjana duit daripada rumah

Friday, April 10, 2009

Kemana Menghilang?

Kemana menghilang? Digabungkan kemana? Siapa yang menjaga kementerian ini? Bagaimana nasib pelbagai program yang dijalankan oleh MeCd sebelum ini? Tidak ada lagi TEKUN, PUNB dan skim bantuan perniagaan yang lain? Hampir tidak perasan dengan kementerian ini. Terima kasih kepada tanpa nama kerana mengingati kementerian ini. Kepada sesiapa yang mempunyai jawapan kepada persoalan diatas, mohon bagi pandangan segera.
Selaku sebuah kementerian yang banyak membantu masyarakat bumiputra khususnya, adalah molek kiranya kementerian ini terus dikekalkan. Memang tidak dapat dinafikan, pelbagai skim pinjaman yang dijalankan oleh kementerian ini, benar-benar membantu peniaga kecil dan sederhana di seluruh negara dalam melangsungkan perniagaan mereka. Tambahan pula dalam keadaan kelempabapan ekonomi begini. Dalam senarai kementerian yang dikeluarkan semalam, tidak pula terlihat atau terbaca mengenai kementerian ini yang digabungkan dengan lain-lain kementerian. Jadi apa cerita? Adakah peminjam yang meminjam dengan kementerian ini tidak lagi perlu membayar hutang mereka. Dengan alasan kementerian tersebut sudah tidak wujud. Akta mana yang mereka perlu patuhi untuk membayar hutang piutang mereka?
p/s: en red, siapa mahu bagi sumber kewangan untuk unit en kalau MeCD sudah tiada?
khai. M

Friday, March 27, 2009

Penjilidan Report PD

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

BEST menawarkan harga terbaik kepada anda bagi menyiapkan penjilidan report Process & Plant Design untuk mahasiswa tahun akhir FKKSA.

Tawaran harga ini tertakluk untuk report Precess & Plant Design ini sahaja.

Jadi apa tunggu lagi. Jom pakat datang ramai-ramai.

Perkara

Jenis

Harga

Kertas

Printing

(Laser)

Black & White

30 sen/copy

A4 80 g

Colour

RM 1.00/copy

A4 80 g

Photostat

Black & White

0.06 sen/copy

A4 80 g

Binding

Comb

ikut ketebalan report

-

CD Kosong

RM 1.50/CD

-

Bagi fakulti lain, anda bolehlah datang ke kedai kami di A13, Pusat Siswa Niaga KK2 untuk berbincang mengenai harga bagi report masing-masing.

khai 0132003951

skype:krul.engineur

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

Saturday, February 28, 2009

Lagi Rangkuman

PD Chapter 5 dan 6 PPD aku kira berada pada tahap sederhana. Namun sedikit tekanan kerana wajib menghantar 1st draft pada Rabu ini untuk full chapter. Ada 7 chapter semunya. Bayang kan student engineering yang hanya belajar PME satu semester sahaja terpaksa untuk melakukan economic analysis. Tunggang terbalik jadinya. Namun aku dan kumpulanku akan lakukan yang terbaik. Cayok-cayok groupku. Tahniah untuk group Chot kerana berpeluang untuk present hasil kerja group depan wakil-wakil industri. Do the Best. Aku doakan. Friendship Hujung minggu ini, 28 .2 dan 1.3 diadakan perlawanan persahabatan antara UMP dan UIAM kuantan dan UiTM Jengka. Dalam hati ingin benar untuk join mereka. Namun keadaan masa tidak mengizinkan. Mohon maaf daripada aku buat Masita kerana tidak dapat untuk membantu anda sekalian. Aku hanya mampu unutk doakan sahaja agar program berjalan lancar. Maaf Mas dan yang lain-lain. Jom Masuk U Kena jaga booth. Ini adalah sebab tidak boleh join friendship. Ramai benar orang yang datang untuk program kali ini. Sudah lah booth Dr. Mimi betul-betul depan pintu utama. Masuk sahaja pasti booth ini dahulu yang akan nampak. Biasa lah booth ini berkaitan dengan PSM aku. FTase, FOS, Coconut Sugar dan lain-lain. Walaupun penat mulut, (penat lagi daripada berdebat) namun aku gembira sebab dapat present benda yang benar-benar ada kaitan dengan acedemic aku di universiti. 1st time gembira bercakap depan orang ramai pasal academic aku. Kahwin Kak CT Tahniah untuk kak CT yang akan bergelar Raja Sehari pada 1. 3. 2009. Insyaallah akan sampai saya bersama rakan-rakan yang lain. Tahniah sekali lagi. Tapi tak tahu sempat untuk bawa hadiah atau tidak. Berlenggang sahaja boleh? Saya doakan semoga berbahagia hingga akhir hayat. BEST @ 13 Kedai perkongsian bersama rakan-rakan telah mula beroperasi pada 27 . 2. 2009. Bersyukur aku pada ALLAH yang sentiasa melancarkan perjalanan proses kami untuk memulakan perniagaan. Datanglah beramai-ramai ke kedai kami. Alamat adalah seperti disebelah. Bagi yang wanita, tunggulah kami buka cawangan di student mall UMP nanti untuk datang. LI SMS yang aku dapat "awk anta srt applctn pract training xde sign,kwn sy mrh tau,awk n kwn2 awk anta la proper skit kalo nk mintak trining,anta cincai2 malu sy,anta again wif sign". Walaupun terkejut menerima sms tersebut, namun aku coolkan diri sahaja. Cuma aku nak ucapkan terima kasih kerana sudi menolong dan mengambil berat pasal aku dan kawan-kawan yang lain.

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

Thursday, February 26, 2009

Tawaran Harga Berpatutan Penjilidan Thesis Hard Cover

Berjaya Strategi Enterprise (BEST) menawarkan harga yang berpatutan bagi penjilidan Thesis secara Hard Cover bagi mahasiswa tahun akhir. Tawaran ini terbuka untuk semua mahasiswa UMP. Kami mengalu-alukan mana-mana wakil fakulti sama ada yang mewakili society fakulti atau wakil kelas untuk mendapatkan tawaran harga yang menarik ini daripada pihak kami. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi nombor berikut :

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...