Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Perdana Penteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam
Timbalan-timbalan menteri:
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah
Menteri Kewangan I
Datuk Seri Najib Razak
Menteri Kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)
Menteri Pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)
Menteri Pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)
Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)
Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)
Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)
Menteri Pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)
Menteri Mertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)
Menteri Kerja Raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)
Menteri Kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)
Menteri Belia dan Sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)
Menteri Sumber Manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)
Menteri Muar
Datuk Anifah Aman
A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)
Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)
Respon:
Tahniah diucapkan kepada semua muka-muka baharu yang diberi peluang oleh YAB Perdana Menteri untuk berkhidmat kepada negara Malaysia.
Maka selaku penjawat awam, tugas utama adalah untuk berkhidmat kepada semua masyarakat di Malaysia tidak kira apa bangsa dan agama dan yang paling penting tidak kira fahaman politik yang 'dianuti'.
Sedikit kecewa apabila Ketua Pemuda UMNO Malaysia tidak disenaraikan sebagai Menteri mahu pun timbalan menteri.
Selaku ketua kepada semua pemuda UMNO (parti yang memerintah negara),Khairi Jamaluddin sudah dikira seperti ketua kepada pemuda/i Malaysia. Tempat yang paling sesuai untuk Khairi Jamaluddin (KJ) ialah di Kementerian Belia & Sukan.
Karisma beliau yang agresif dan tegar, bersuara lantang, berani dan berjiwa muda sangat menarik untuk dimanipulasikan oleh kepimpinan kini untuk menarik ramaja-remaja Malaysia dalam melakukan aktiviti yang lebih bermanfaat untuk kebaikan negara pada masa hadapan.
Kalau dikira pandangan ramai tentu ada yang pro dan kontra. Namun sebagai seorang pemimpin tidak wajar untuk menyisihkan beliau.
Walaupun ketika kempen merebut jawatan Ketua Pemuda beliau ada melakukan kesalahan, namun kita perlu untuk bersangka baik terhadap diri KJ. Mungkin beliau telah insaf dan akan menjalankan tugas dengan lebih sempurna.
Baik, tinggalkan KJ. Pada pandangan peribadi, Kementerian baharu yang dibentuk ia itu kementerian Tenaga, Tenaga Hijau & Air seperti dan seolah-olah mempunyai bidang tugas yang bersamaan dengan kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar dan kementerian Sains, Teknologi & Inovasi.
Mungkin pada pandangan PM, ada kerja khusus untuk kementerian tersebut.Namun baik kira dimaklumkan apakah sebenarnya potfolio sebenar kementerian tersebut agar tidak berlaku pertindihan bidang kerja.
Bukan untuk menentang atau tunjuk hebat, tapi implikasi kepada rakyat apabila terpaksa berulang-alik dari satu kementerian ke kementerian yang lain untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Masalah ini disebabkan oleh pegawai yang bertugas tidak faham potfolio kementerian masing-masing. Kesian rakyat. Nanti lagi hangin
Satu lagi kementerian yang digabungkan ialah kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan & Kesenian yang sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Penerangan, Kementerian Kebudayaan, Keseniaan & Warisan dan Kementerian Air, Tenaga & Komunikasi.
Apabila tiga kementerian ini digabungkan ia diharapkan dapat memberi satu demensi baharu kepada negara.
Jika dihalusi dengan lebih mendalam, ketiga-tiga kementerian ini mempunyai satu asas yang sama iaitu promosi. Kebudayaan & Kesenian perlukan penerangan dan komunikasi untuk dihebahkan kepada masyarakat seluruhnya dan yang paling penting apabila digabungkan, semua stesen TV di negara kita telah diletakan di bawah satu bumbung kementerian yang sama. Tidak lagi stesen TV kerajaan berdengki dengan kebebasan stesen TV swasta disebabkan ada akta-akta yang tidak sama diguna pakai disebabkan oleh kementerian yang berbeza.
Sebenarnya kementerian yang paling penting ialah kementerian kewangan. Adalah diharapkan menteri yang menerajui kementerian tersebut dapat memberi ransangan yang lebih hebat pada negara untuk mempercepatkan proses pemulihan ekonomi negara. Tapi kementerian lain wajib menolong kementerian ini untuk mendapatkan hasil mahsul yang dapat menampung kos pembinaan negara
Pada kali ini, kabinet mempunyai hampir 40 orang timbalan menteri. Satu angka yang sangat besar. Tapi tidak mengapa kalau semuanya menjalankan tugas dengan sempurna. Gunakan sebaik mungkin duit yang rakyat laburkan. Jangan ada pulak mana-mana timbalan menteri yang goyang kaki tidak menolong bos mereka.
Dalam kepimpinan kali ini, adalah sangat diharapkan DS Najib dapat meneruskan beberapa projek yang terbatal atau tertangguh pada zaman Pak Lah seperti jambatan bengkok ke Singapura, Isu Air, Isu Persempadanan Negara, Ruang Angkasa dan beberapa isu luar negara yang perlu dipandang serius sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka.
Persoalan:
Eh panjang betul respon aku kali ini?
Mungkin sebab gian lama tidak bercakap isu politik
Khai. M penyokong tegar KJ ka? Nampak bersungguh benar pertahankan KJ.
Ish mana ada. Itu pandangan peribadi sahaja.
Tulisan khai. M ini nampak macam sokong benar kepimpinan baharu negara?
Memanglah. Sebab dalam PRU 12 rakyat pilih yang ini. Jadi sokonglah yang ini sehingga 4 tahun lagi. Nanti PRU 13 kita sama-sama nilai semula.
Khai M. sudah siap thesis? Cepat update blog.
Soalan sensitif. Sebab tidak siap lagi. Tiba-tiba mood hilang. Baru nak sambung semula lepas ini.
khai. M
4 comments:
KJ dah pegang FAM maa..
bagi kementerian belia n sukan kat orang lain la haha
selaku ketua pemuda beliau telah menunjukkan contoh yang tidak baik untuk pada pemuda-pemudi seperti kita. Tak kira la dia dah insaf ka blom
sekadar pandangan peribadi aku
huhu..betul jg pandangan ko 2 yopiscky. tapi aku bukannya apa, menteri belia & suka hari ini tak gaya belia dan sukan sangat la..tapi kt mn buleh menilai orang dari luat ja kan..
tapi kalau KJ dh pgg FAM x sesuai pgg menteri, pttnya dulu shahidn kassim pgg presiden KOAM pttnya xperlu bagi die MB Perlis. nasib baik die dh x jadi MB lagi..heheh.
khai M. x sokong KJ n Shahidan Kassim.heheheh
khairul...
adakah anda penyokong KJ..
"Selaku ketua kepada semua pemuda UMNO (parti yang memerintah negara),Khairi Jamaluddin sudah dikira seperti ketua kepada pemuda/i Malaysia. Tempat yang paling sesuai untuk Khairi Jamaluddin (KJ) ialah di Kementerian Belia & Sukan.
Karisma beliau yang agresif dan tegar, bersuara lantang, berani dan berjiwa muda sangat menarik untuk dimanipulasikan oleh kepimpinan kini untuk menarik ramaja-remaja Malaysia dalam melakukan aktiviti yang lebih bermanfaat untuk kebaikan negara pada masa hadapan"
cube selami kembali ayat2 anda itu... saya rase banyak yang tidak sesuai..
walau bagaimanapun..itu pendapat anda.....so, nothing wrong with opinion kan..bukannya fakta..tul tak...
satu lagi kementerian yang tiada...
pembangunan usahawan & koperasi..
dimanakah kementerian ini digabungkan..
salam kepada tanpa nama. selamat datang ke blog khai. M
mcm kenal ja penulis ini.mesti bukan kwn sy dr UMP. sbb kwn d UMP x panggil dgn sebutan demikian nama khai.M
statement ini..
"Selaku ketua kepada semua pemuda UMNO (parti yang memerintah negara),Khairi Jamaluddin sudah dikira seperti ketua kepada pemuda/i Malaysia. Tempat yang paling sesuai untuk Khairi Jamaluddin (KJ) ialah di Kementerian Belia & Sukan.
dan ini..
Karisma beliau yang agresif dan tegar, bersuara lantang, berani dan berjiwa muda sangat menarik untuk dimanipulasikan oleh kepimpinan kini untuk menarik ramaja-remaja Malaysia dalam melakukan aktiviti yang lebih bermanfaat untuk kebaikan negara pada masa hadapan"
perlu untuk dibaca bersama dengan statement ini..
Sebab dalam PRU 12 rakyat pilih yang ini. Jadi sokonglah yang ini sehingga 4 tahun lagi. Nanti PRU 13 kita sama-sama nilai semula.
dan ini..
khai M. x sokong KJ n Shahidan Kassim
tmbhn pl ..
semua statment dlm artikel tersebut melihat daripada aspek kerajaan. bukan aspek parti UMNO.
sebenarnya kita yang terkeliru, UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu mesti UMNO. Itu sebenarnya pandangan yang tidak tepat.
Tapi..
saya bersetuju dengan pandangan tanpa nama tentang MeCD.Kemana menghilang? Terima kasih bagi pandangan.
Post a Comment