Title | MAKLUMAN TERKINI GANGGUAN BEKALAN AIR |
Message | Assalamualaikum, Dimaklumkan bahawa bekalan air sehingga kini masih lagi terputus. Pihak JPPH turut menjalankan siasatan bersama dengan JBA di Loji Air Lepar Hilir. Hasil siasatan mendapati bahawa paip air dari loji ke UMP tiada masalah. Pihak JBA baru sahaja mengenalpasti punca masalah di loji iaitu pada 'outlet' tangki di Lepar Hilir. Buat masa ini JBA sedang berusaha mengatasi masalah ini dan dijangka siap pada keesokan harinya. Diharap semua pihak dapat bersabar dan BERJIMAT dalam menggunakan air yang dibekalkan melalui lori tangki. Sama-samalah kita BERDOA agar masalah daripada JBA ini dapat diselesaikan dengan segera. Dalam kita menangani masalah air ini JANGAN kita lupa kepadaNya. INSYAALLAHmudah-mudahan semuanya selesai. KESULITAN AMAT DIKESALI Sekian. |
Tuesday, April 21, 2009
7 Hari Berlalu
Hari ini, genap 7 hari UMP dilanda krisis air. Jika krisis ini tidak melangkau ke angka 2 minggu, maka krisis kali ini adalah yang kedua teruk selepas krisis pada semester 2 tahun 2006.
Krisis ketika itu menjangkau masa selama 2 minggu lebih. Dalam situasi yang sama, iaitu musim peeriksaan akhir. Betapa gigihnya mahasiswa UMP ketika itu untuk mencari air bagi membersihkan badan dan membuang hajat. Memang perit untuk ditelan. Mungkin bagi rakan-rakan yang sudah grade, kenangan itu tinggalkan memori yang tidak dapat dilupakan.
Ketika itu aku dan paker(roomate ketika itu, dah grade), yang tinggal di aras C1 201, terpaksa untuk mengangkut air dari puncanya yang hanya 'cukup-cukup makan' sahaja. Penat memang terasa, tapi bagi meneruskan kelangsungan hidup di UMP, segalanya akan dilakukan.
Tapi kadang-kadang seronok juga, sebab macam pesta, kesana-sini, mesti ada yang membawa baldi. Tidak kira masa dan ketika. Lelaki dan wanita. Mandi beramai-ramai seperti di asrama sekolah dulu kala (lelaki di asrama lelaki, bukan campur).
Malas juga untuk aku bercerita. Tapi yang pasti, esok 1st paper untuk aku yang di tahun akhir ini. Mood tiada. Tapi aku kuatkan semangat juga. Dengan berita si dia. Tersentap juga. Ya ALLAH, kekalkan semangat khai untuk terus belajar dan berusaha. Amenn.
khai. M
Tag:
Academition,
Pasal Aku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment