Friday, April 10, 2009

Kemana Menghilang?

Kemana menghilang? Digabungkan kemana? Siapa yang menjaga kementerian ini? Bagaimana nasib pelbagai program yang dijalankan oleh MeCd sebelum ini? Tidak ada lagi TEKUN, PUNB dan skim bantuan perniagaan yang lain? Hampir tidak perasan dengan kementerian ini. Terima kasih kepada tanpa nama kerana mengingati kementerian ini. Kepada sesiapa yang mempunyai jawapan kepada persoalan diatas, mohon bagi pandangan segera.
Selaku sebuah kementerian yang banyak membantu masyarakat bumiputra khususnya, adalah molek kiranya kementerian ini terus dikekalkan. Memang tidak dapat dinafikan, pelbagai skim pinjaman yang dijalankan oleh kementerian ini, benar-benar membantu peniaga kecil dan sederhana di seluruh negara dalam melangsungkan perniagaan mereka. Tambahan pula dalam keadaan kelempabapan ekonomi begini. Dalam senarai kementerian yang dikeluarkan semalam, tidak pula terlihat atau terbaca mengenai kementerian ini yang digabungkan dengan lain-lain kementerian. Jadi apa cerita? Adakah peminjam yang meminjam dengan kementerian ini tidak lagi perlu membayar hutang mereka. Dengan alasan kementerian tersebut sudah tidak wujud. Akta mana yang mereka perlu patuhi untuk membayar hutang piutang mereka?
p/s: en red, siapa mahu bagi sumber kewangan untuk unit en kalau MeCD sudah tiada?
khai. M

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...