Esok perjuangan akan bermula. Semua gerak gempur dan latihan yang selama ini telah dijalankan akan diguna pakai sepenuhnya, bagi menangkis serangan yang bakal datang bertubi-tubi sama ada dengan lembing yang bewarna atau sekadar parang biasa. Masih dialam tradisionalkah kita?
Namun dalam keadaan semua sedang bersiap seraga, hakikat dan realiti yang nyata, kem ini tiba-tiba telah di sajbotaj. Mungkin dek kerana ketua strategi yang terlupa atau para angkatan yang tidak faham tentang bala bencana.
Kini walaupun sudah sedia, namun semangat hilang jua. Batang yang kering sudah masuk hari keempat menyeksakan semua. Boleh dikatakan yang tidak patut dilihat dengan mata kasar ada di merata-rata. Bergelimpangan. Hidung terpaksa di tutup agar semua yang bergelimpangan tidak menusuk sanubari bau yang ada.
Bukan itu sahaja, semua pakaian tidak buleh diguna. Takut kalau-kalau ibadah tidak sempurna. Maka salah siapa?
Katanya lubang utama telah dibaiki. Namun hakikat tetap nyata, negeri ku yang tercinta miskin untuk membela. Untuk memberi lubang itu dipenuhi air dengan banyaknya. Aduh aku naik pening kepala.
Aku doakan kepada semua bala tentera, kuatkan semangat, bulatkan tekad. Jangan jadikan perkara ini menyebabkan kita kalah.
Oh batang, aku terus menanti kau dipenugi agar tentera di kem ini dapat dapat menikmati kehidupan kembali.
Batang = batang paip
Lubang = kepala pam
khai. M
1 comment:
Satu paradoks rutin yang berlaku di Universiti di sebuah negeri yang terkaya airnya di Semenanjung.
Post a Comment