Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Sunday, July 10, 2011

Jeng Jeng Jeng

10 July 2011
9 Syaaban 1423 H

Assalamualaikum w.b.t

Jeng3..lamanya aku tak menulis.

Owh..sudah lebih daripada sebulan. Tak pa lah nak buat macam mana. Tak ada mood. Bukan setakat aku tak menulis. Laman ikut suka aku pun aku tak jenguk. Punya la malas. Tetiba ada mood, lalu aku pun menulis.

1) Pra - Ramadhan.

Ye.ye.ye. Ramadhan dah nak datang. Barang di ingat bagi kengkawan wanita or ladys.cepat-cepat gantikan puasa last Ramadhan yang belum sempurna. Bagi aku dan kengkawan yang lelaki ni. harap puasa tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. 

Tahun lepas ketika Ramdhan, aku masih dalam probition, Ramadhan tahun ini pun sama, aku dalam probition kembali. Faham-faham lah kalau dalam probition, cuti susah sikit la. Kecewa kejap.

2) 6 July

Tanggal 6 July lepas ialah birthday boy. Birthday siapa? Birthday aku la. Thanks kepada semua kengkawan yang wish either via hp atau di muka buku. Aku doakan kalian sentiasa dirahmati ALLAH selalu. Ameen.

BTW, ada 3 lagi my sis yang birthday dalam bulan July. 
1 July : CT
2 July : Along
19 July: Kak Dah.

Happy birthday to all of you. Luve you so much. Muahhh.

3) 1 July

Date lagi. Date apa pula ni. Ha. kalau kengkawang nak tahu, 1 July lepas genaplah setahun aku bekerja d Shah Alam. Dalam masa setahun ni dah 2 company aku bekerja. Alhamdullilah, aku dapat bekerja dalam industri oil & gas. 10 bulan pertama aku berkerja buat Ball Valve. Sekarang aku buat Safety Valve pula. 
Safety Valve ni ngam sikit la dengan aku. Sebab final presentation time aku ambil sijil instrumentation di Pasir Gudang dulu memang aku buat PSV dan dapat best group presentation. 

4) Lagi.lagi

Tak dah yang lagi-lagi. Cuma aku nak wish Tahniah kepada kengkawan yang turun untuk walk for democracy -BERSIH 2.0- 

Chow...

Khai. M


Thursday, August 12, 2010

Makan Bosar

My Room @ PASA26 0645 2 Ramadhan 2431H/ 12 Ogos 2010 Assalamualaikum w.b.t
Erm..baru dua hari puasa dah cerita pasal makan. Mesti ramai yang time ni sudah berkira-kira juadah berbuka pada petang ini. Aku nak bagi resepi? Tidak, aku cuma mahu story pasal makan-makan yang di anjurkan oleh Engineering Department. Dua hari sebelum Ramdhan Al-Mubarak, kami semua makan bagai nak gila. Katonyo orang nogori panggil mantai. Apa, bantai? Ha itu yang aku tak tahu lagi. Kena tanya Abg Zul, Design Engineer Actuator yang berjanggut panjang. 9 Ogos 2010 kami makan besar di Seksyen 7, Cafe Nasi Arab. Memang masyuk habis. 18 orang termasuk boss aku Mr. Philip & Vice President Engineering pun join sekali. Memang mantai habis. Masing-masing order nasi beriani + kambing, kebab kambing dan semua menu-menu yang berkaitan kambing. Tapi aku. sebab tak makan kambing, ayam juga lah jadi pilihan. Terlupa nak ambil gambar dek selera sangat. So semua sekali RM 141.00. Macam biasa senior-senior aku la yang membayar. Aku goyang kaki n kenyang perut. 10 Ogos 2010. Makan-makan kali ini patutnya di buat pada 11 Ogos 2010. Tapi sebab bermulanya 1 Ramadhan jadi dianjakan awal sehari. Sebenarnya 11hb birthday office mate, KL Chuah. Macam biasa la, Engineering department, birthday boy kena belanja rakan rakan yang lain. Hari ni kami pergi jauh sikit. R & R Awan Biru di tepi Highway Kesas. 3 kali tol. Restoran Ayam Kampung Awan Biru. Macam biasa seronok sangat makan, aku terlupa ambil gambar lagi. Memang masyuk habis tengok member aku makan. Aku kenyang sangat. Sampai Mr. Philip ask me, Khai, are you ok? Beliau nampak aku kekenyangan agaknya atau beliau takut aku dah tak larat nak buat kerja. Kah3. Hari ni RM 142.00. Lebih RM 1 daripada semalam. Macam biasa KL Chuah dan senior aku la yang bayar makan. Habis dua hari makan bosar. 11 Ogos 2010 mula kita berpuasa. Terima kasih senior-senior office ku. Selamat berpuasa.
-khai. M-

Sunday, July 25, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak

My Room @ PASA26 0822 13 Syaaban 1431 H / 25 July 2010
Assalamualaikum w.b.t Ramadhan penghulu segala bulan bakal kunjungi kita lagi, InsyaALLAH. Aku menadah sepuluh jari mengucapkan syukur pada NYA kerana memberi sekali lagi peluang untuk berjumpa dengan bulan yang penuh limpah rezeki daripadaNYA. Tidak sabar untuk mendapat segala ganjaran-ganjaran yang cukup besar yang di hadiahkan oleh ALLAH kepada hamba NYA ini dalam bulan tersebut. Ya ALLAH, aku bersyukur padaMU. Aku coretkan sedikit amalan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan.
  1. Berniat Sebelum Terbit Fajar
  2. Bersahur (sunat mengahirkannya)
  3. Solat Sunat Sebelum Subuh
  4. Solat Subuh (berjamaah bagi lelaki)
  5. Solat Sunat Dhuha
  6. Solat Sunat Sebelum Zuhur
  7. Solat Zuhur (berjamaah bagi lelaki)
  8. Solat Sunat Selepas Zuhur
  9. Solat Sunat Sebelum Asar
  10. Solat Asar (berjamaah bagi lelaki)
  11. Doa Sebelum Berbuka
  12. Menjamu Orang Berbuka Puasa
  13. Berbuka (sunat menyegerakannya)
  14. Solat Sunat Sebelum Maghrib
  15. Solat Maghrib (berjamaah bagi lelaki)
  16. Solat Sunat Selepas Maghrib
  17. Solat Sunat Sebelum Isyak
  18. Solat Isyak (berjamaah bagi lelaki)
  19. Solat Sunat Selepas Isyak
  20. Solat Sunat Taraweh
  21. Solat Sunat Witir
  22. Solat Sunat Tahajjud
  23. Majlis Ilmu / Tazkirah
  24. Sedekah dan Infaq
  25. Tadarus Al-Qur'an
  26. Iktikaf di Masjid (khususnya 10 terakhir)
  27. Istighfar (100 kali)
credit : Ust Hazmi bin Dibok Al-Hafiz (www.hazmidibok.blogspot.com) -khai.M-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...