Erm..baru dua hari puasa dah cerita pasal makan. Mesti ramai yang time ni sudah berkira-kira juadah berbuka pada petang ini.
Aku nak bagi resepi? Tidak, aku cuma mahu story pasal makan-makan yang di anjurkan oleh Engineering Department. Dua hari sebelum Ramdhan Al-Mubarak, kami semua makan bagai nak gila. Katonyo orang nogori panggil mantai. Apa, bantai? Ha itu yang aku tak tahu lagi. Kena tanya Abg Zul, Design Engineer Actuator yang berjanggut panjang.
9 Ogos 2010 kami makan besar di Seksyen 7, Cafe Nasi Arab. Memang masyuk habis. 18 orang termasuk boss aku Mr. Philip & Vice President Engineering pun join sekali. Memang mantai habis. Masing-masing order nasi beriani + kambing, kebab kambing dan semua menu-menu yang berkaitan kambing. Tapi aku. sebab tak makan kambing, ayam juga lah jadi pilihan. Terlupa nak ambil gambar dek selera sangat. So semua sekali RM 141.00. Macam biasa senior-senior aku la yang membayar. Aku goyang kaki n kenyang perut.
10 Ogos 2010. Makan-makan kali ini patutnya di buat pada 11 Ogos 2010. Tapi sebab bermulanya 1 Ramadhan jadi dianjakan awal sehari. Sebenarnya 11hb birthday office mate, KL Chuah. Macam biasa la, Engineering department, birthday boy kena belanja rakan rakan yang lain. Hari ni kami pergi jauh sikit. R & R Awan Biru di tepi Highway Kesas. 3 kali tol. Restoran Ayam Kampung Awan Biru. Macam biasa seronok sangat makan, aku terlupa ambil gambar lagi. Memang masyuk habis tengok member aku makan. Aku kenyang sangat. Sampai Mr. Philip ask me, Khai, are you ok? Beliau nampak aku kekenyangan agaknya atau beliau takut aku dah tak larat nak buat kerja. Kah3. Hari ni RM 142.00. Lebih RM 1 daripada semalam. Macam biasa KL Chuah dan senior aku la yang bayar makan.
Habis dua hari makan bosar. 11 Ogos 2010 mula kita berpuasa. Terima kasih senior-senior office ku. Selamat berpuasa.
-khai. M-
No comments:
Post a Comment