Wednesday, August 18, 2010

Diari Sepi

8 Ramadhan 1431 H/18 August 2010 2200 My Room @ PASA26
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Daniel berdiri di balkoni tingkat 17 apartment mewahnya. Matanya tajam memerhati limpah lampu neon yang menerangi gelap malam Kota Metropolis Kuala Lumpur. Tajam matanya seolah-olah dapat meneroboh ke setiap lapisan bangunan pencakar langit berhampiran apartmentnya. Nafasnya berdengus kencang. Dada berdentum-dentum. Bagai guruh dan petir saling sambung menyambung. Berita pagi tadi benar-benar mencabar ego lelakinya. Egonya dipermainkan. Egonya dibola-bolakan. Egonya dibulu tangkiskan. Egonya dilayak habis-habisan.
"AAAAAAAArrrrrrrrrrrrrrrggggggggggggg", Daniel menjerit sekuat hatinya melepaskan geram sambil dinding balkoni ditumbuk berkali-kali dengan sekuat hati. Nasib baik rakan serumahnya masih belum pulang daripada pejabat. Tumbukan seperti orang hilang akal sebentar tadi barulah terasa sakitnya. Buku limanya tangan kirinya terasa pejar dan panas. Darah merah pekat mengalir laju. Daniel terkejut. Darah terus menjijis di balkoni tersebut. Namun kerana masih dengan egonya, dia biarkan sahaja. "Astagfirullahalazim". Tiba-tiba Daniel seperti tersedar. Tidak. Dia bukan bermimpi. Tapi dia tersedar daripada hasutan amuk dan amarah. Dia diamuk perasaan cemas, lekas dia dia berlari ke bilik air. Membasuh kesan luka dan membalutnya dengan tuala basah. Daniel berlari ke dapur dan menyolongkar first aid yang ditempatkan bersebelahan sinki. Dituang Iodin keatas lukanya. "ffffuuhhh, ppppeedihh". Jarinya kuning. Dibanlutnya pula dengan bandage. Daniel mengambil mop di dalam stor untuk membersihkan titisan darah mudanya di balkoni dan dinding luar. Sambil mengemop, fikirannya ligat berputar dan berpusing. Mencari jawapan kenapa semua ini terjadi. Namun fikiranya buntu. Tumpul seperti belakang parang. Dia pening. Selesai membersihkan ruangan luar, Daniel menghempaskan badan tegapnya di sofa, sambil menghemburkan sebuah keluhan berat. Nafas kasar seorang lelaki dari lubuk jiwa paling dalam. "Aku mesti tetapkan keputusan", Suara hatinya memberi arahan. Tanganya berdenyut-denyut. Matanya semakin kuyup. Penat dan mengantuk seharian memikirkan untuk membuat keputusan. ~~~bersambung~~~
-khai.M-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...