Assalamualaikum w.b.t
Susah benar untuk aku coretkan dan conteng di laman ini. Bukan aku tidak mahu, bukan idea tidak ada. Semua cukup belaka. Namun ada sesuatu yang mengatasi semua itu. Tapi biarkan rahsia.
Berbicara dengan Ramadhan yang mulia. Tidak ada kenangan yang kelakar dan lawak boleh aku sot-set sot-set kan dengan kawan-kawan semua. Tapi aku tidak lupa, kenangan 6 tahun aku bergelar mahasiswa. Cukup indah untuk di kenang.
Aku kini rindukan ramadhan bersama rakan-rakan di universiti. Kenapa? Hanya jauhari yang mengenal manikam. Masalahnya manikam puasa ka.? Ha3.
Kawan-kawan ku sekalian, walau aku tidak menghubungi kamu semua, saat manis di bulan ramadhan tetap aku ingat sampai bila-bila.
Untuk sahabat-sahabat baik ku, Yaya, Pja & Fariz, adakah tahun ini sempat untuk kita berbuka bersama & buat aktiviti gila-gila? Aku rindukan saat itu.
-khai. M-
No comments:
Post a Comment