Wednesday, June 23, 2010

Syuhada Marvi Marmara

My Room @ PBI 1852 11 Rajab 1431 H / 23 June 2010 Assalamualaikum w.b.t

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.

Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.

Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:

1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.

2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.

3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.

4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.

5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.

6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.

8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.

9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.'

-Harakahdaily-

khai. M

Monday, June 21, 2010

KE 17

My Room @ PBI 0954 09 Rajab 1431 H / 21 June 2010 Assalamualaikum w.b.t
Anak Pertama: Muhammad Redho
Alhamdullilah, hampir 24 jam berada di Kuantan Medical Center, akhirnya kak ku (CT Khatijah Hj Harun) berjaya melahirkan seorang lagi baby boy. Masuk yang ini, dah 2 orang anak beliau. Semuanya lelaki. Rezeki ALLAH kurniakan. Ini merupakan anak saudara ku yang ke 17. Wah besarnya famili. Semoga CT terus berbahagia bersama keluarga hingga akhir hayat.
khai. M

Friday, June 18, 2010

Hangat VS Tak Hangat

My Room @ PBI 0710 06 Rajab 1431 H / 18 June 2010 Assalamualaikum w.b.t.
Hangat..memang hangat. Ye la mana tidaknya, cuaca la ni memang panas. Dunia sudah tua. Sudah hampir mencapai masa. Dengan tindakan tangan manusia-manusia durjana. Menghakis hak milik bumi dan alam semester. Akhirnya, beginilah jadinya. Hangat..memang hangat. Pusingan akhir World Cup 2010 semakin hangat, bagi aku ada dua keputusan luar jangkaan aku (jangkaan ja.bukan judi ok.judi still haram). Swiss kalahkan Spain dan terbaru Mexico kalahkan France. Time Swiss kalahkan Spain memang aku tengok dari awal sampai akhir. Perlawanan memang best. Tapi nasib ja Swiss dapat gol tersebut. Aku bukan penyokong Swiss atau Spain. Semalam France vs Mexico aku tak larat mahu tonton, perjalanan 13 jam Kangar-KL-Kuantan memang memenatkan. Team yang aku sokong juga hebat. Go! Go! German. Yang tak hangat. SUKMA di Melaka langsung tak hangat. Tenggelaman dengan dua kehangatan yang aku dah bagi tahu tadi. Aku rasa korang pun tak follow sangat 'tragedi-tragedi' yang berlaku di Melaka. Bukan tak nak support, tapi aku rasa mereka silap buat time keadaan memang hangat ni. EPL pun habiskan awal daripada World Cup, mereka pulak buat time ni. Good Luck la bro! khai. M

Saturday, June 12, 2010

Dah Mula

My Room @ PBI 1.01 am 29 Jamadilakhir 1431 H / 12 June 2010 Assalamualaikum w.b.t
Wan: Dah mula hoi orang kampung. PL: Apa yang dah mula? Wan: World Cup la Pak Lebai. PL: Ish. Patut ler aku nengok ramey orang-orang duk bersakan d mamak tadi. Wan: Iye ler. Pak Lebai x nengok? PL : Tak pun. Esok dan hari seterusnya kompen ler subuh tinggal aku ngan Imam aja di Surau. khai. M

Friday, June 11, 2010

Try Cuba

My Room @ PBI 7.01 pm 28 Jamadilakhir 1431 H / 11 June 2010
Assalamualaikum w.b.t Ni sebab pengaruh daripada member-member blogers. Tiba-tiba rasa macam nak try. Sebab dah lama tak buat apa-apa pada layout laman aku ni. Sekian.
khai. M

Monday, June 7, 2010

Sepak Bola atau Bola Sepak ?

My Room @ PBI 5.25 pm 24 Jamadilakhir 1431 H / 7 June 2010
Assalamulaikum w.b.t Demam.demam.demam. Betul ni bukan demam cobaan. Sudah tiga minggu demam, Main dedar kejap, then panas semula. Korang ingat bola ja yang boleh di buat main-main. Demam pun main-mainkan aku. Aiseh! Demam bola bakal tiba 4 hari lagi (11 June 2010). Korang rasa team mana yang bakal winner tahun ni. Dalam banyak-banyak blog yang aku read, calon favorite (jangan ingat pilihanraya aja ada calon) is Spain. Agak-agak benar ke tidak. Atau brazil buat kali ke enam akan mengungguli world cup tahun ini. Aku boleh bagi jawapan siapa winner tahun ni. Tapi after perlawanan akhir. Mesti sudah ramai yang buat percaturan yang bakal jadi juara. Aku macam biasa, dan sejak dulu lagi sokong German. Ini pasukan yang tetap aku sokong. Korang macam mana pulak? khai. M

Saturday, June 5, 2010

Story Mory

My Room @ TTP 2.02 pm 22 Jamadilakhir 1431 H / 5 June 2010
Assalamualaikum w.b.t Susah pulak mahu mencari mood ni. Ntah mana-mana beliau pergi. Bila baca blog member-member, mood tiba-tiba datang melawat. Tapi bila dah log on dashboard sendiri, mood dah pulang tanpa maklumkan pun. Akhirnya ini lah jadinya. Apa-apa aja yang aku taipnya. Nak story mory berat-berat. Malas mahu pikir-pikiran. Adoi!!!. Tunggulah bila mood akan datang lagi. Tapi yang pasti mood yang hilang hanya mood tulis menulis, lain-lain modd masih stabil. Jap-jap. Mula minggu ni, edisi berpasang-pasangan dah mula. Erm, aktiviti majlis nikah dan kawin la. Adoi ramainya kawan-kawan yang bina masjid. Tak terkejar aku di buatnya. Nun, dari utara ke tengah dan dari timur ke tengah (tengah=KL ja. Sebab di Selatan dan Barat Tiada jemputan). Kepada rakan-rakan ku sekalian, aku akan cuba untuk datang dan raikan, tapi kalau aku tak datang, maaf lah. Erm, setakat aku tak datang, tak luak kan majlis korang. Tetap meriah. Kan, kan,kan?Tapi dah di jemput, aku wajib datang. La ni nak bina masjid bukan murah-murah. Mahal oi. Batu-batan kena pakai bertan-tan, simen lagi, konkrit dan sebagainya. Kalau nak bina masjid ni boleh cari sponser, aku dulu dah kuarkan surat minta sponsor. Eh. aku pulak macam nak kawen. Belum-belum. Insyaallah kalau dah sampai seru, adalah nanti. Oraitlah. Adios. khai. M
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...