Hangat..memang hangat. Ye la mana tidaknya, cuaca la ni memang panas. Dunia sudah tua. Sudah hampir mencapai masa. Dengan tindakan tangan manusia-manusia durjana. Menghakis hak milik bumi dan alam semester. Akhirnya, beginilah jadinya.
Hangat..memang hangat. Pusingan akhir World Cup 2010 semakin hangat, bagi aku ada dua keputusan luar jangkaan aku (jangkaan ja.bukan judi ok.judi still haram). Swiss kalahkan Spain dan terbaru Mexico kalahkan France. Time Swiss kalahkan Spain memang aku tengok dari awal sampai akhir. Perlawanan memang best. Tapi nasib ja Swiss dapat gol tersebut. Aku bukan penyokong Swiss atau Spain. Semalam France vs Mexico aku tak larat mahu tonton, perjalanan 13 jam Kangar-KL-Kuantan memang memenatkan. Team yang aku sokong juga hebat. Go! Go! German.
Yang tak hangat. SUKMA di Melaka langsung tak hangat. Tenggelaman dengan dua kehangatan yang aku dah bagi tahu tadi. Aku rasa korang pun tak follow sangat 'tragedi-tragedi' yang berlaku di Melaka. Bukan tak nak support, tapi aku rasa mereka silap buat time keadaan memang hangat ni. EPL pun habiskan awal daripada World Cup, mereka pulak buat time ni. Good Luck la bro!
khai. M
No comments:
Post a Comment