PD
Chapter 5 dan 6 PPD aku kira berada pada tahap sederhana. Namun sedikit tekanan kerana wajib menghantar 1st draft pada Rabu ini untuk full chapter. Ada 7 chapter semunya. Bayang kan student engineering yang hanya belajar PME satu semester sahaja terpaksa untuk melakukan economic analysis. Tunggang terbalik jadinya. Namun aku dan kumpulanku akan lakukan yang terbaik. Cayok-cayok groupku. Tahniah untuk group Chot kerana berpeluang untuk present hasil kerja group depan wakil-wakil industri. Do the Best. Aku doakan.
Friendship
Hujung minggu ini, 28 .2 dan 1.3 diadakan perlawanan persahabatan antara UMP dan UIAM kuantan dan UiTM Jengka. Dalam hati ingin benar untuk join mereka. Namun keadaan masa tidak mengizinkan. Mohon maaf daripada aku buat Masita kerana tidak dapat untuk membantu anda sekalian. Aku hanya mampu unutk doakan sahaja agar program berjalan lancar. Maaf Mas dan yang lain-lain.
Jom Masuk U
Kena jaga booth. Ini adalah sebab tidak boleh join friendship. Ramai benar orang yang datang untuk program kali ini. Sudah lah booth Dr. Mimi betul-betul depan pintu utama. Masuk sahaja pasti booth ini dahulu yang akan nampak. Biasa lah booth ini berkaitan dengan PSM aku. FTase, FOS, Coconut Sugar dan lain-lain. Walaupun penat mulut, (penat lagi daripada berdebat) namun aku gembira sebab dapat present benda yang benar-benar ada kaitan dengan acedemic aku di universiti. 1st time gembira bercakap depan orang ramai pasal academic aku.
Kahwin Kak CT
Tahniah untuk kak CT yang akan bergelar Raja Sehari pada 1. 3. 2009. Insyaallah akan sampai saya bersama rakan-rakan yang lain. Tahniah sekali lagi. Tapi tak tahu sempat untuk bawa hadiah atau tidak. Berlenggang sahaja boleh? Saya doakan semoga berbahagia hingga akhir hayat.
BEST @ 13
Kedai perkongsian bersama rakan-rakan telah mula beroperasi pada 27 . 2. 2009. Bersyukur aku pada ALLAH yang sentiasa melancarkan perjalanan proses kami untuk memulakan perniagaan. Datanglah beramai-ramai ke kedai kami. Alamat adalah seperti disebelah. Bagi yang wanita, tunggulah kami buka cawangan di student mall UMP nanti untuk datang.
LI
SMS yang aku dapat "awk anta srt applctn pract training xde sign,kwn sy mrh tau,awk n kwn2 awk anta la proper skit kalo nk mintak trining,anta cincai2 malu sy,anta again wif sign".
Walaupun terkejut menerima sms tersebut, namun aku coolkan diri sahaja. Cuma aku nak ucapkan terima kasih kerana sudi menolong dan mengambil berat pasal aku dan kawan-kawan yang lain.
1 comment:
aiyoo... tertinggal sign...
minta training kat mana?
Post a Comment