Monday, February 16, 2009

Komentar Ringkas Piala NC 09

Debat Piala Naib Canselor 2009 telah melabuhkan tirainya. Untuk kali kedua aku naik ke pentas akhir. Tapi kali ini bukan sebagai pendebat tapi sebagai Yang Dipertua Dewan.

Sedikit komen tentang usul ‘UMP Perlukan Perubahan’. Honestly aku sebagai YDP pada malam tersebut sangat pening kepala memikirkan pembawaan kedua-dua pasukan. Aku pun tidak tahu kenapa. Performance masing-masing di bawah paras sebenar.

Pembawaan konsep oleh PM sukar untuk aku paham. Aku pun naik geram. Tapi still cool on the stage. Kenapa boleh jadi begini? Pembukaan oleh ketua pembangkang tiba-tiba aku nak pitam. Apa yang korang ‘mencarut’ ini. Beranalog aku sendirian. Premis yang dibuka hanya pindaan semata-mata. Jadi sudah pasti begitu sukar untuk diberikan kemenangan.

Bila orang kedua bangun aku jadi lupa. Aku dah tak tahu kemana. Maka aku pun tak tahu nak cakap apa-apa..

Masuk orang ketiga. Apa jenis bidasan yang korang lakukan ini. Ambil perkara yang sama tidak menjadi kesalahan walaupun telah dibidas oleh rakan yang lain, namun view bidasan tersebut perlu lah diubah. Baru kena pada tempatnya.

Aku tidak mahu komen panjang-panjang. Aku bukan lah sehebat mana.

Tapi tanhiah juga aku ucapkan pada kalian semua, tanpa kalian Debat NC 09 tidak akan sempurna. Namun jangan lupa, perjuangan kalian semua masih panjang dan berbeza. Maka janganlah malas untuk datang latihan seterusnya.

Tapi yang ruginya, mana gambar aku yang berpakaian segak bergaya. Nasib baiklah ada adik-adik CHEST yang sudi bergambar bersama. Maka aku ini sahajalah yang ada.

Untuk Dany, Haidar dan Ana, terima kasih kerana sudi menyahut cabaran Orator. You all the best. I miss you all.

Imbasan Debat Piala Rektor 2004

Wah, jauhnya perjalanan perjalanan kembali ke belakang. Banyak cerita bagaimana aku boleh terjerumus ke kancah perdebatan ini.

Sebenarnya aku memang seorang debaters sejak di bangku sekolah. Namun tidak pula terbuka pintu hati untuk berdebat di arena setinggi ini.

Maka datanglah mimi, dayat dan deq wan. Siapa mereka. Inilah orang yang memaksa aku untuk masuk Piala Rektor 2004. Wakil CHEST katanya. Maka dengan egonya (time tersebut ego tinggi gila) aku menolak. Lagi ditolak lagi mereka datang tidak berputus asa. Akhirnya aku yang tewas dengan pujukan mereka. Maka dengan paksa hati aku memasuki pertandingan Debat Piala Rektor 2004.

Namun mereka tidak tinggalkan aku begitu sahaja. Team aku disempurnakan lagi dengan Dewi Haryani, Kak Farha dan Azlan Hj Mat Ali.

Perjalanan peringkat saringan sesempurnanya. Tidak pernah tewas kepada mana-mana pasukan. Hebatkan. Sehinggalah akhirnya pada perlawanan kalah mati juga, CHEST tidak pernah tewas dan memasuki acara final.

Dengan usul Bahasa Melayu Kian Dipinggirkan, kami ditetapkan sebagai pembangkang. Maka ini lah permulaan paling menarik. Apa tidaknya. 3 orang guru tadi habisan-habisan mencurahkan ilmu di dada. Tempat kami ‘melalak’ di belakang C8 ketika itu. Terguling, melompat dan sebagainya. Semua aksi keluar bagi menerangkan agar perjalanan debat pada malam itu menjadi lebih bagus.

Nak tahu lawan siapa? EEES. Maknanya, azwan, raja dan faiz memang musuh ketat pada malam tersebut. Malam menjelma, Mimi, Dayat dan Deq Wan sudah bersedia di bawah bertentangan kami. Faiz dn Raja bertentangan dengan EEES. Azwan YDP.

Bila mula sahaja, mereka yang dibawah ini lebih bersemangat. Bantuan tangan, mulut aksi dan gaya semuanya ada. Sehingga kami di atas pentas. “Dewi, diaorang buat apa tu?’

Akhirnya. CHEST merangkul juara. ALhamdullilah.

Moral of the story : Aku rindukan saat ini kembali. Saat gembira makan di PIZZA bersama hasil kemenangan tersebut. Aku harap team ini dapat berkumpul semula keran mereka lah aku lahir kea lam perdebatan dunia varsity. Dayat, Deq Wan, Mimi, Dewi, Kak Farha dan Azlan aku mennatikan jika saat itu boleh berulang.

p/s : dupey dan fendi aku doakan korang cepat sembuh. Banyakan bersabar. Inilah dugaan dariNya..

Anda mahu meringankan beban ibu bapa / suami anda menyara keluarga tercinta? Rahsia PercumaBagaimana Membuat RM250 Sehari Dari Rumahmembongkar taktik dan strategi mendapatkan pendapatan lumayan dari rumah CARA TERMUDAH. Dapatkan Laporan PERCUMA ini dengan menghantarkan nama dan alamat anda kepada no berikut : 0132003951

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

2 comments:

Dyat said...

kenangan yang manis lagi dikenang...

banyak juga orang yang bernama dayat kat ump ye...

kuikui...

khai. M said...

memang ramai orang nama dyat...hehehe..tapi dyat yg dlm story ni dah grade dari UMP..Wan Hidayat namanya..hehehe...ade sinonim ka dyat dgn wan hidayat?hahahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...