Monday, February 9, 2009

Hentikanlah..Hentikanlah..Hentikanlah

Salam.

Bukan niat untuk memandai, apatah lagi untuk menunjuk-nunjuk diri ini pandai, aku sarankan perkara ini dihentikan. Perkara ini adalah soal 2 individu tersebut. Janganlah kita terlalu untuk campur tangan dalam perkara mereka. Tidak kiralah siapa jua anda, kawan rapat, kawan tidak rapat, berpangkat, berjawatan dan sebagainya. Tidak perlu untuk kita terlalu mengkonteversikan isu ini. Tidak perlu juga untuk kita membawa mulut ke sana dan ke sini menceritakan perihal mereka. Pelbagai buruk dan baiknya akan timbul dek kerana cerita ini. Namun apa yang pasti buruknya lebih menyerlah daripada baiknya. Sebab itulah sifat kita sebagai manusia. Sekali kita buat selama-lamanya kita ingat. Walaupun sebenarnya dalam buruk ada baiknya.

Sama-sama kita menghayati firman ALLAH :

“Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah al-Hujurat: ayat 6)

Bukan tidak perlu untuk kita sebagai sahabat untuk memberi nasihat. Nasihat menasihati itu merupakan galankan Rasulallah, namun bukan nasihat itu atas dasar dan niat untuk menjadi batu api di antara 2 individu terlibat.

Perkara paling penting dan utama sekarang ialah MUHASABAH. Engkau, engkau, engkau, engkau dan engkau termasuk aku, kamu dan kita wajib untuk bermuhasabah. Kembali lah kepada ALLAH untuk tempat kita mengadu. Insyaallah, ALLAh akan tunjukan dan permudahkan jalan hidup kita untuk seterusnya.

Tidak berniat untuk berpihak, namun saya ingatkan untuk diri aku dan rakan-rakan yang lain, pemberi , penyebar, pencerita, penglipur lara dan sewaktu dengannya. Mulut anda akan dibicara diakhlak kelak. Maka ketika melafazkan kata-kata, fikir dahulu, berlapik lah sebaik-baiknya agar tidak kita memakan daging rakan kita sendiri di akhirat kelak.

Prinsip dasar yang diletakkan oleh al-Quran bagi penerima maklumat antara lain ialah seruan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Surah al-Isra: ayat 36)

Maksud ayat di atas ialah apa yang kita dengar, lihat, terlintas di fikiran, yang kita tidak tahu kedudukan sebenar, lalu kita berprasangka mengenai hal-hal itu, maka kita akan diminta untuk mempertanggungjawabkannya.

Jika demikian, berhati-hatilah! Ayat di atas mengecam mereka yang mengambil sikap keliru, membenarkan atau menyalahkan apa yang tidak diketahui kedudukan persoalan sebenar. Jika yang demikian sudah dikecam, apalagi jika silap membenarkan sesuatu yang telah diketahui kekeliruannya, atau menyalahkan apa yang telah diketahui kebenarannya.

Aku kira wajar lah kita untuk sama-sama untuk menghayati firman ALLAH tersebut. Aku cadangkan biarlah isu ini reda dengan baik dan redhalah dengan ketentuan ilahi. Jangan ada yang diburukan atau kita sebagai manusia menjatuh hukum seperti kita ini adalah sesempurna manusia.

Waallahuaman.

Anda mahu meringankan beban ibu bapa / suami anda menyara keluarga tercinta? Rahsia PercumaBagaimana Membuat RM250 Sehari Dari Rumahmembongkar taktik dan strategi mendapatkan pendapatan lumayan dari rumah CARA TERMUDAH. Dapatkan Laporan PERCUMA ini dengan menghantarkan nama dan alamat anda kepada no berikut : 0132003951

RM250 click disini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...