Kita merancang, ALLAH juga yang menentukan segala-galanya. Kalau dulu, dalam Kursus Asas Keusahawanan Siswa di Genting, Pak Long dan Mak Long sentiasa ingatkan aku supaya berdoa'. Kata mereka, Doa' itu besar rahsianya.
Tuntas daripada itu, aku cuba, jika sebelum ini aku berdoa hanya dalam Arab (sebab hafalkan), aku panjangkan pula doa' aku dalam BM. Setiap lepas solat, aku mencuba.
ALLAH itu Maha Mengetahui, ALLAH buka jalan aku seluas-luasnya hasil doa-doa aku. Walaupun doa yang aku minta, boleh dikira baru sahaja beberapa kali, Namun ALLAH makbulkan juga. Aku sujud syukur padaMU Yang ESA. Walaupun masih ada doa' yang belum dimakbulkan, aku buat kesimpulan, yang mana aku yang perlu berubah dahulu sebelum doa' tersebut dimakbulkan. InsaALLAH jika kita ikhlas, ALLAH akan makbulkan juga.
Aku dan rakan-rakan (pijan, dany, pja, atiq & iman) akan mulakan menceburkan diri dalam bidang usahawan dalam masa terdekat. Moga nama yang kami pilih mendapat keberkatanNya - Berjaya Strategi- dan selari dengan makna perkataan tersebut.
Ada cerita disebalik aku dan rakan-rakan berusaha untuk menjalankan perniagaan ini. Susah payah kami bermula untuk kami mendapatkan segala-galanya. Aku pasti akan kongsi bersama bila tiba masanya.
Maka perakhirannya, aku mengajak rakan-rakan sekalian untuk berdoa' memohon kepada yang Esa. Mengadulah padaNYA. Tapi kalau solat pun tidak dijalankan, adakah ALLAh akan memakbulkan doa' kita dengan segera. JOM kita sola dan berdoa'. Barulah mendapat keberkatannya.
2 comments:
perniagaan apa tu bang?
mlm ke?
oo..mlm setakat ni abg stop dl.yang ni bisness printing dan computer agent....sume kelengkapan untuk student i'allah kami sediakan...i'allah kalau tidak ada aral dalam 2 minggu lagi buka la kedai tersebut. datang lah kedai kami ya...hehehehehe..
Post a Comment