Thursday, February 26, 2009

PPSMI : Duri Dalam Daging atau Gunting Dalam Lipatan

Isu PPSMI menjadi semakin hangat sejak akhir-akhir ini. Walaupun aku mahasiswa engineering, namun aku memerhatikan secara dekat isu berkaitan dengan Bahasa Ibunda kita. Pelbagai komen dan cadangan beserta pandangan telah aku baca, sama ada daripada pihak pelaksana mahu pun yang menentangnya. Begitu juga dengan wakil guru-guru yang mewakili persatuan mereka seperti NUTP dan sebagainya.
Secara umumnya, PPSMI ini telah diputuskan oleh kerajaan Malaysia dalam mesyuarat khas Jemaah Menteri pada 22 Julai 2002. PPSMI ini merupakan satu dasar yang mana pelaksanaannya yang dibuat secara berperingkat bermula pada tahun 2003 dengan perintisnya ialah pelajar tahun 1, tingkatan 1 dan tingkatan 6. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada 2007 di sekolah rendah dan 2008 di sekolah menengah seluruh negara. Menurut kementerian pelajaran, PPSMI ini dilaksanakan atas dasar keprihatinan kerajaan untuk mengeluarkan modal insan yang bertaraf dunia disamping untuk melengkapkan diri rakyat Malaysia dalam menempuh era globalisasi dunia tanpa sempadan. Menurut kementerian tersebut lagi, PPSMI ini dilaksanakan adalah bagi meningkatkan kefahaman yang lebih baik dalam sains dan matematik dan juga disebabkan teknologi yang bergerak pantas berlaku dalam bahasa Inggeris.
Jika semasa di awal pelaksanaanya, isu PPSMI ini hanya di bantah oleh ahli politik pembangkang sahaja, kini, pejuang-pejuang bahasa telah turut sama turun padang untuk melakukan proses bantahan atau menunjukan mereka juga kurang bersetuju untuk menggunakan bahasa antarabangsa ini dalam pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik. Pejuang-pejuang bahasa serta sasterawan negara mula bertindak bagi mempertahankan bahasa ibunda ini. Prof Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Prof Awang Sarian, A. Samad Said dan beberapa tokoh lain kini mula bersuara. Pendapat dan pandangan mereka di ketengahkan bagi menegakan bahasa Melayu agar tidak hilang di dunia. Kini, mereka mengambil tindakan mahkamah bagi menghalang PPSMI ini terus dilaksanakan.

Secara dasarnya, aku sendiri masih sedang mengkaji apakah impaknya jika PPSMI ini diadakan. Bukan hanya kepada Bahasa Melayu, namun juga kepada bangsa Melayu (bandar dan luar bandar), pelajar, pendidik serta ibu bapa dan juga orang-orang yang terlibat dalam isu PPSMI ini. Walaupun dalam arena perdebatan, aku sentiasa dan pernah berdebat tentang isu ini. Namun itu hanyalah 'goreng' semata-mata.
Maka aku masih lagi diatas pagar sama ada untuk membantah atau menyokong isu ini. Sebagai seorang mahasiswa yang berintelektual, sebarang keputusan bukanlah mengikut kepada arus majoriti sahaja, namun kesan akhirnya itu yang lebih penting. Ayuh kawan-kawan, aku mohon pandangan daripada anda semua yang juga seorang mahasiswa untuk memberikan pandangan tentang isu nasional ini. Tinggalkan seketika isu-isu di UMP. Kita fikirkan tentang negara yang bakal kita pimpin suatu hari nanti. Jangan lupa, kesan akhirnya juga pada diri kita dan anak-anak kita di masa depan. Maka, tinggalkan komen-komen anda berkaitan isu ini. Bahasa Jiwa Bangsa. Hilang bahasa hilangkah bangsa?

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

3 comments:

Dyat said...

Salam abang Kerul...
Bagi saya polisi PPSMI di sekolah adalah satu langkah ke belakang.

Sepatutnya bahasa kita dimajukan dalam dunia ilmu dan diusahakan supaya menjadi medium di IPT.

Artikel Prof Awang Sariyan 'Bahasa Sumber Ilmu bukan masalah besar' amat perlu diteliti.

Di tanahnya sendiri bahasa Melayu berhak penuh bernafas dalam bidang keilmuan dan bukannya dipenjara dalam bahasa perhubungan atau percakapan yang juga semakin tenat.

Wallahua'lam.

hujan said...

assalamualaikum....
nme sye dyan...
pendapat saya ppsmi harus diteruskan....
kerana amat penting dalam kehidupan......

Rowan said...

They should continue teaching in English. I'm suffering at UMP coz of lecturers who can't explain the subject adequately...

I don't want my children to be left behind in the rat race.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...