Dalam entry kali ini suka untuk aku berkongsi ilmu berkaitan pengucapan awam. Pengucapan awam termasuklah berdebat, berpidato, forum dan sebagainya. Apa yang diharapkan ialah, ilmu ini akan dapat sama-sama kita aplikasikan dalam prosess presentation PSM mahu pun Plant Design yang akan datang. InsyaALLAH.
a) Bahasa Badan & Mimik Muka : Kita akan boring jika presenter berdiri kaku menyampaikan isi mereka. Tidak ada mimik muka dan gerak badan akan menyebabkan kita bertambah tension. Maka bahasa badan dan mimik muka penting untuk membuat audience hilang daripada kebosanan. Justeru ketika meyampaikan isi, cuba sentiasa tersenyum. Permainan emosi muka juga penting seperti berwajah marah, sedih, penting dan sebagainya. Lenggung badan seperti berjalan sedikit juga penting kepada kita sebagai presenter. Biasanya apabila ada dua kombinasi ini, audience akan lebih tertarik untuk mendengarnya dan dapat faham dengan lebih jelas.
b) Menjawab secara spontan : Soalan yang dikemukakan oleh audience menyebabkan ramai presenter merasa takut, gementar dan kadang kala sengaja untuk melengah-lengahkan masa. Apa yang dicadangkan disini ialah, jawab sahaja apa kita rasa tahu. Yang penting kita yakin dan buat bersahaja seolah-olah jawapan tersebut betul walaupun kita tidak mengetahuinya. Sikap ini kadang-kadang boleh menyebabkan audience terpedaya dan kadang-kadang percaya dengan jawapan yang diberikan.
Aku sambung lagi kemudian. InsyaALLAH.
mulakan bisness dengan RM20 sahaja
No comments:
Post a Comment