5 Jamadil Akhir 1423 H
319pm
Assalamualaikum w.b.t
Salam sayang untuk semua.
24 tahun lalu.
Aku tidak mengerti apa-apa. Siapa kah itu? Kenapa pakaian nya pelik daripada yang lain. Berbungkus dan berbalut. Lalu aku melihat dan meneliti wajahnya. Ya. Benar. Ini emak. Aku mengoncang mak. Bangun-bangun. Tidak ada tindak balas daripada beliau.
Sekarang.
Ketika itu usia ku baru mencecah 2 tahun. Aku langsung tidak ingat dan tidak mengerti kenapa emak berpakaian demikian. Yang aku ingat sekadar apa yang aku ceritakan diatas.
ALLAH lebih mengetahui. Kenapa aku langsung tidak ada memori bersama emak. Bagaimana rupa emak, gambar tinggalan sahaja yang mengenalkan aku kepada emak. Bagaimana kasih sayang emak, hanya cerita daripada kakak-kakak ku sahaja yang menjadi simpanan dalam memori ini. Selebihnya aku tidak tahu apa yang berlaku.
Kini tiap tahun aku akan menziarahi pusara emak bersama adik beradik yang lain. Membacakan yassin dan mendoakan beliau ditempat kan dikalangan hamba-hamba ALLAH yang beriman. Tiap-tiap pagi aku akan mensedekahkan al-fatihah kepada Allahyarhamah emak ku.
SELAMAT HARI IBU. KASIH IBU SAMPAI KE SYURGA.
1 comment:
selamat ari ibu walaupon sy anak yatim piatu.
Post a Comment