5 Jamadil Akhir 1423 H
550pm
Assalamualaikum w.b.t
Ahad ku tidak ketat sangat minggu ini. Jadi aku ringan-ringankan tangan untuk update laman kesayangan aku ini.
Entry kali ini masih berkisar tentang kehidupan ku kebelakangan ini. Bukan mudah untuk aku coretkan sesuatu di sini jika ikut kan mata aku yang asyik kuyu sahaja sejak akhir-akhir ini. Entah apa yang aku mengantuk sangat.
Baiklah. Kali ini aku dengan rasminya mengumumkan di laman ini yang aku telah dengan izinhNYA selamat bertukar. Bertukar? Tukar apa?
Selamat bertukat tempat kerja.
MIR Valve Sdn. Bhd.
Setinggi penghargaan aku ucapkan kepada my Boss, Philip Wong. Banyak sangat tolong meng'build up' my career. Dengan kepercayaan yang diberikan, akhirnya aku dapat menjiwai segala gerak kerja as Technical Costing Engineer.
Bukan mudah untuk aku menyaluti kepada otak ini berkenaan dengan pelbagai material yang ada di atas muka bumi ALLAH ni. Daripada basic material as Carbon Steel until Duplex SS dan lain-lain. Daripada forging material aku mengenali casting material. Daripada yield strength aku dapat tahu kelebihan setiapa material yang digunakan.
Ada juga entry-entry sebelum ini yang aku bercerita mengenai ball valve kan. Semua nya kerana pembacaan demi pembacaan yang aku buat selama aku di posisi TC Eng.
Jika sebelum ini aku hanya tahu ASME B16.34 itu hanya surface sahaja, kini aku tahu pentingnya standard ASME B16.34 dalam dunia material.
Sebelum ini aku tidak pernah dengar mengenai API 6D, kini aku sudah tahu bukan sahaja API 6D, tapi aku juga mengetahui berkenaan API6D SS dan API 6A.
Banyak standard yang aku pelajari sepanjang aku di MIR. Terima kasih kepada Chuah KL and Siti Aishah.
Banyak rupanya yang aku pelajari sepanjang di MIR. Tapi jodoh kami tak panjang, cuma sepuluh bulan sahaja aku bersama Engineering Department. Namun sepanjang disana, element kekeluargaan yang terbina menyebabkan aku senang untuk disamaping mereka.
Transwater API Sdn. Bhd.
Kini aku sudah bertukar syarikat. Masih lagi dalam dunia Valve. Jika di MIR aku bergelumang dengan ball valve. Kali ini aku bergelumang pula dengan Pressure Safety Valve and Pressure Relief Valve.
Bermula semula episod pembacaan aku dengan standard yang dipakai. Contohnya API 520, API 526 and API 527. Jadi aku tidak lah boleh berceloteh panjang sangat kerana aku masih mencari rentak untuk memulakan dunia baharu.
Di TW aku diletakan di Valve Division-Project.
Chhoooowww.
4 comments:
waahh ! ada job baru laa ;)
biasa la nep....nk hidup..ko per cer..
dah hbs study kan..?
further ke keje dl.?
khai..
aku ade dapat offer dr MV..
igt nak mintak pandangan ko.. bleh sms aku no phone? nanti aku call..
ni no phone aku..
0126224094
thanks
hoho..
bro, call je no aku k..he3.
Post a Comment