Wednesday, January 4, 2012

Suratan atau Kebetulan

Bismillahirahmanirahim.

Bercerita pasal hidup sendiri memang panjang berjela-jela. Mungin tak habis dalam satu atau dua hari. Itu pun kalau skip skip. Kalau yang full house punya story seminggu baru habis agaknya.

Suratan. 

Dalam hidup kita memang sudah Allah suratkan apa yang berlaku. Dalam kata lain qada' dan qadar. Erm..aku pun bukan arif sangat bab bab macam ni. tapi sebab kita beriman dengan qada' dan qadar maka aku yakin setiap suratan daripada Maha Pencipta.

Aku percaya semua kita melalui pengalaman hidup yang berbeza. Bak kata lain, itulah suratan nya. Namun boleh kah kita menukar suratan tersebut. 

Tidak pernah aku terfikir untuk menukar suratan. Yang selalu ligat di fikiran adalah mahu menukar taraf kehidupan aku dan keluarga. Macam mana. Berusaha cari duit lah. As anak lelaki kini aku mula rasa bebanan setelah bertahun-tahun bebanan tersebut di tanggung oleh kakak-kakak yang berhati mulia dan cantik-cantik belaka. Terima kasih Along, Kak Dah, Kak Ya, Kak Neck n CT. Dan macam biasalah perkara kedua yang duduk dalam otak ini ialah menukar kerajaan..opppp..terlebih sudah.

Suratan nya dah aku kesana. Maka aku berusalah untuk buat yang terbaik. Jika suratannya aku terus di sini, berada di sisi kalian, aku tetap akan beruasaha menjadi yang terbaik.

Kebetulan.

Bagi aku kebetulan ni macam tuah la. Kalau dalam Bahasa Melayu panggil LUCK. Tapi aku tak pernah pula kena LUCK LUCK ni. Mana tidaknya, kalau ada cabutan bertuah aku tak pernah kena pun. Sedih kan.

Kalau korang faham baca entry ni bagus la. Kalau tak faham baca lagi sampai faham.

Ok lah. Aku tak wish lagi kan.

SELAMAT TAHUN BARU MASIHI.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...