Sunday, January 8, 2012

Adoi Tersasul Pulak!!

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.

Erm..mesti ada yang masih guling-guling atas katil kan. Hujung minggu macam ni memang best untuk rehatkan diri. 

Semalam hot pula story pasal pembaca berita tersasul sebut nama PM Malaysia. Mana tidaknya, orang yang bakal dijatuhkan hukuman pada 901 boleh jadi PM. Agak-agak ini doa die ke. Eh tak la, memang die tersasul ni. 

Tapi pada aku, jangan la blam dia. Kesian pula aku nampak. Kalau aku jadi pembaca berita a.k.a duduk di tempat dia, may be aku juga tersasul sasul. Mana tidaknya, duk cerita pasal Anwar je. Otak aku pun jam nak cerna benda lain.

Walaubagaimana pun, beliau dah minta maaf. Semua tu sebab tak disengajakan. Jadi, mari mari kita maafkan beliau. 


Mana-mana penyokong tegar parti politik, sila jangan emo k. Bertenang sahaja. Kesilapan mengajar erti kehidupan. Tidak ada orang yang sempurna. Ewah..macam back up Jay pula kan. Hahaha.

PEACE NO WAR!!!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...