Saturday, August 18, 2012

Raya Dah Tiba

Assalamualaikum.


Subhanallah. Cepat benar masa meninggalkan kita. Aku selalu teringat kata-kata ni. Benda yang kita akan terlepas dan tidak akan dapat dikembalikan ialah MASA. Itu lah dalam Melayu ada peribahasa cakap Masa Itu Emas.

Sebulan berpuasa aku memang tak rasa langsung. Macam keadaan tak puasa je. Tapi alhamdullilah aku berjaya mencapai target amalan dalam penghulu segala bulan ni. 

Dalam bulan puasa ni, minggu terakhir memang banyak mendapat jemputan untuk Iftar bersama sub-contractor. Tapi terima kasih la, aku tak dapat memenuhi jemputan korang selagi project kita lum habis. Aku tak nak ada nak terhutang budi, nanti tergadai body pula. Hahaha.

Walaupun sebelum ni aku pernah tinggal di Pasir Gudang, tapi inilah Ramadhan pertama aku di sini. Mula nya aku macam tak yakin dengan diri sendiri untuk bulan Ramadhan ni. Bukan tak yakin nk puasa. Tapi tak yakin akau boleh bekerja. Kenapa? Sebab first time aku bekerja di Yard. Kalu bulan tak biasa, penatnya tak boleh bla. Itu sebab aku kureng ckit. Tapi alhamdullilah. Semua ALLAH mudahkan. 

Kalu nak mengingati Ramadhan selepas habis study ni, tiap-tiap tahun aku beraya di lain-lain company. Jom terjah jap:-

2009- PLC Group, KL.
2010- MIR Valve, Shah Alam.
2011- Transwater API Sdn. Bhd. Shah Alam
2012- MMHE, Pasir Gudang.
2013- Tak tahu lagi rezeki ku dimana.

Habis cerita Ramadhan, kita masuk cerita raya pulak. Aku tak nak cerita panjang cuma nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN, HALALKAN ILMU DAN MAKAN MINUM.


1 comment:

DeCaDe said...

Ganti Dzul dulu baru belah nooh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...