Semoga ALLAH membalas segala mehnah yang dilemparkan.
ALLAH itu maha berkuasa.
ALLAH akan membantu hambanya yang dalam kesusahan.
ALLAH lebih mengetahui segalanya.
Itu sahaja yang dapat aku ungkap dari hatiku selepas solat Asar tadi. Sungguh besar ujian kali ini. Bukan aku tidak mahu menegakan kebenaran untuk diri sendiri, tetapi aku membuat keputusan lebih baik untuk berdiam dan menjauhkan diri daripada segala-galanya.
Tidak guna aku menegakan kebenaran jika fitnah menjadi zikir di mulut mereka.
Tidak guna aku memberi amaran jika fitnah itu menjadi santapan rohani mereka.
Tidak guna aku memberi nasihat jika fitnah itu seperti perbualan enak bagi mereka.
Biarkan terus fitnah itu berlegar ke segenap pelusuk telinga mereka.
Biarlah mereka bercakap terus bercakap, kerna ALLAH maha mengetahui dan membalasnya.
Aku ucapkan terima kasih kepada 'orang' yang sudi mengambil berat terhadap diri ku.
Walaupun mereka mengambil berat berkenaan perkara yang tidak menyenangkan.
Tidak mengapa, aku akan memaafkan mereka. Tapi datang lah secara bersemuka.
Aku doakan hati mereka terbuka untuk berubah.
Ameen.
No comments:
Post a Comment