Assalamualaikum w.b.t
Jam 10.51 pagi, dalam sibuk menyiapkan urusan dunia, pehaku terasa geli dek vibrate hp sendiri. One new message masuk ke dalam inbox hp ku.
From: Mamat.
Selepas membaca semua ayat yang di garabkan. Aku terkejut dan terkedu. Aku menjadi kelam kabut.
Niatku ketika itu hanya satu, aku mesti menziarahi beliau. Sudahlah aku tidak memenuhi undangan perkahwinan beliau beberapa bulan yang lepas, ini kan pula untuk kali terakhir. Aku mesti pergi.
Ligat tangan ku memutar punat SE 810i. Mencari rakan kenalan yang mahu pergi bersama. Alhamdullilah, niat suci ku ALLAH makbulkan. Terima kasih Aizat Faiz.
Allahyarham Syafiq seorang yang baik. Baik beliau tidak dapat aku gambarkan. Sebagai senior ketika itu, seringkali juga aku merujuk perkara yang aku kurang arif kepada beliau.
Perkara yang paling aku tidak lupa, kegigihan beliau berniaga. Berniaga kerepek. Setiap kali bawa balik ke UMP, sebiji Unser penuh dengan kerepek.
Kini aku masih terkejut, ALLAH sayangkan beliau lebih daripada kita semua. Semga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Kepada kak Syakira, aku melihat engkau begitu tabah menghadapi ujian ALLAH. Begitu kuat untuk menghadapi dugaan yang maha besar. Aku percaya, selagi ada Iman di dalam hati kita, kepada ALLAH juga kita berserah.
Takziah aku ucapkan kepada kak Syakira, keluarga Tuan Haji Msduki dan Keluarga Mertua nya.
Al-Fatihah!
khai. M
1 comment:
al-fatihah...
akak pun sgt merasai kebaikan arwah..
masa tuh dia as SPB kat opis bersama dn aisyah mustafa dan hakim rahmat.
semoga dia tenang disana...
Post a Comment