Isnin, 1 March 2010.
Jam 8.05 minit pagi. Agak lewat sampai hari ini. Biasanya sebelum jam 8 pagi aku sudah berada di sekitar kawasan ini. Tapi kalau ikutkan waktu masuk, itu masa paling awal dek kerana waktu masuk ialah jam 8.30 pagi.
Aku berjalan laju masuk ke office untuk ambil punch kad yang baharu. Selesai punch aku pun seperti biasa ke file LI untuk cek kalau ada jawapan daripada company yang berkaitan.
Selak punya selak, ternampak nama rakan-rakan sekelas. Satu persatu aku baca, namun semuanya not agree. Kecewa dengan jawapan daripada compant tersebut. Tapi tangan masih gatal untuk menyelak, ternampak nama aku pada helaian ke 10, AGREE.
Perasaan gembira dan segar menyelinap ke dalam sanubari. Aku ucapkan Alhamdullilah. Selak ke belakang terdapat seorang lagi rakan sekelas yang berjaya di ber LI di tempat yang sama.
Aku berjalan girang. Namun dalam girang ada kesedihan yang mengundang. Namun aku tidak bercadang untuk berkongsi bersama rakan. Mungkin biarlah ia menjadi simpanan.
khai. M
No comments:
Post a Comment