Saturday, February 28, 2009

Lagi Rangkuman

PD Chapter 5 dan 6 PPD aku kira berada pada tahap sederhana. Namun sedikit tekanan kerana wajib menghantar 1st draft pada Rabu ini untuk full chapter. Ada 7 chapter semunya. Bayang kan student engineering yang hanya belajar PME satu semester sahaja terpaksa untuk melakukan economic analysis. Tunggang terbalik jadinya. Namun aku dan kumpulanku akan lakukan yang terbaik. Cayok-cayok groupku. Tahniah untuk group Chot kerana berpeluang untuk present hasil kerja group depan wakil-wakil industri. Do the Best. Aku doakan. Friendship Hujung minggu ini, 28 .2 dan 1.3 diadakan perlawanan persahabatan antara UMP dan UIAM kuantan dan UiTM Jengka. Dalam hati ingin benar untuk join mereka. Namun keadaan masa tidak mengizinkan. Mohon maaf daripada aku buat Masita kerana tidak dapat untuk membantu anda sekalian. Aku hanya mampu unutk doakan sahaja agar program berjalan lancar. Maaf Mas dan yang lain-lain. Jom Masuk U Kena jaga booth. Ini adalah sebab tidak boleh join friendship. Ramai benar orang yang datang untuk program kali ini. Sudah lah booth Dr. Mimi betul-betul depan pintu utama. Masuk sahaja pasti booth ini dahulu yang akan nampak. Biasa lah booth ini berkaitan dengan PSM aku. FTase, FOS, Coconut Sugar dan lain-lain. Walaupun penat mulut, (penat lagi daripada berdebat) namun aku gembira sebab dapat present benda yang benar-benar ada kaitan dengan acedemic aku di universiti. 1st time gembira bercakap depan orang ramai pasal academic aku. Kahwin Kak CT Tahniah untuk kak CT yang akan bergelar Raja Sehari pada 1. 3. 2009. Insyaallah akan sampai saya bersama rakan-rakan yang lain. Tahniah sekali lagi. Tapi tak tahu sempat untuk bawa hadiah atau tidak. Berlenggang sahaja boleh? Saya doakan semoga berbahagia hingga akhir hayat. BEST @ 13 Kedai perkongsian bersama rakan-rakan telah mula beroperasi pada 27 . 2. 2009. Bersyukur aku pada ALLAH yang sentiasa melancarkan perjalanan proses kami untuk memulakan perniagaan. Datanglah beramai-ramai ke kedai kami. Alamat adalah seperti disebelah. Bagi yang wanita, tunggulah kami buka cawangan di student mall UMP nanti untuk datang. LI SMS yang aku dapat "awk anta srt applctn pract training xde sign,kwn sy mrh tau,awk n kwn2 awk anta la proper skit kalo nk mintak trining,anta cincai2 malu sy,anta again wif sign". Walaupun terkejut menerima sms tersebut, namun aku coolkan diri sahaja. Cuma aku nak ucapkan terima kasih kerana sudi menolong dan mengambil berat pasal aku dan kawan-kawan yang lain.

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

Thursday, February 26, 2009

Tawaran Harga Berpatutan Penjilidan Thesis Hard Cover

Berjaya Strategi Enterprise (BEST) menawarkan harga yang berpatutan bagi penjilidan Thesis secara Hard Cover bagi mahasiswa tahun akhir. Tawaran ini terbuka untuk semua mahasiswa UMP. Kami mengalu-alukan mana-mana wakil fakulti sama ada yang mewakili society fakulti atau wakil kelas untuk mendapatkan tawaran harga yang menarik ini daripada pihak kami. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi nombor berikut :

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

PPSMI : Duri Dalam Daging atau Gunting Dalam Lipatan

Isu PPSMI menjadi semakin hangat sejak akhir-akhir ini. Walaupun aku mahasiswa engineering, namun aku memerhatikan secara dekat isu berkaitan dengan Bahasa Ibunda kita. Pelbagai komen dan cadangan beserta pandangan telah aku baca, sama ada daripada pihak pelaksana mahu pun yang menentangnya. Begitu juga dengan wakil guru-guru yang mewakili persatuan mereka seperti NUTP dan sebagainya.
Secara umumnya, PPSMI ini telah diputuskan oleh kerajaan Malaysia dalam mesyuarat khas Jemaah Menteri pada 22 Julai 2002. PPSMI ini merupakan satu dasar yang mana pelaksanaannya yang dibuat secara berperingkat bermula pada tahun 2003 dengan perintisnya ialah pelajar tahun 1, tingkatan 1 dan tingkatan 6. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada 2007 di sekolah rendah dan 2008 di sekolah menengah seluruh negara. Menurut kementerian pelajaran, PPSMI ini dilaksanakan atas dasar keprihatinan kerajaan untuk mengeluarkan modal insan yang bertaraf dunia disamping untuk melengkapkan diri rakyat Malaysia dalam menempuh era globalisasi dunia tanpa sempadan. Menurut kementerian tersebut lagi, PPSMI ini dilaksanakan adalah bagi meningkatkan kefahaman yang lebih baik dalam sains dan matematik dan juga disebabkan teknologi yang bergerak pantas berlaku dalam bahasa Inggeris.
Jika semasa di awal pelaksanaanya, isu PPSMI ini hanya di bantah oleh ahli politik pembangkang sahaja, kini, pejuang-pejuang bahasa telah turut sama turun padang untuk melakukan proses bantahan atau menunjukan mereka juga kurang bersetuju untuk menggunakan bahasa antarabangsa ini dalam pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik. Pejuang-pejuang bahasa serta sasterawan negara mula bertindak bagi mempertahankan bahasa ibunda ini. Prof Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Prof Awang Sarian, A. Samad Said dan beberapa tokoh lain kini mula bersuara. Pendapat dan pandangan mereka di ketengahkan bagi menegakan bahasa Melayu agar tidak hilang di dunia. Kini, mereka mengambil tindakan mahkamah bagi menghalang PPSMI ini terus dilaksanakan.

Secara dasarnya, aku sendiri masih sedang mengkaji apakah impaknya jika PPSMI ini diadakan. Bukan hanya kepada Bahasa Melayu, namun juga kepada bangsa Melayu (bandar dan luar bandar), pelajar, pendidik serta ibu bapa dan juga orang-orang yang terlibat dalam isu PPSMI ini. Walaupun dalam arena perdebatan, aku sentiasa dan pernah berdebat tentang isu ini. Namun itu hanyalah 'goreng' semata-mata.
Maka aku masih lagi diatas pagar sama ada untuk membantah atau menyokong isu ini. Sebagai seorang mahasiswa yang berintelektual, sebarang keputusan bukanlah mengikut kepada arus majoriti sahaja, namun kesan akhirnya itu yang lebih penting. Ayuh kawan-kawan, aku mohon pandangan daripada anda semua yang juga seorang mahasiswa untuk memberikan pandangan tentang isu nasional ini. Tinggalkan seketika isu-isu di UMP. Kita fikirkan tentang negara yang bakal kita pimpin suatu hari nanti. Jangan lupa, kesan akhirnya juga pada diri kita dan anak-anak kita di masa depan. Maka, tinggalkan komen-komen anda berkaitan isu ini. Bahasa Jiwa Bangsa. Hilang bahasa hilangkah bangsa?

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

Wednesday, February 25, 2009

Selesai Pusingan 1 & 2

Sukar, memang sukar. Pencarian latihan industri telah aku mulakan 3 minggu yang lalu. Hampir 25 syarikat telah aku menghantar resume serta bahan-bahan berkaitan yang perlu disertakan. Daripada 25 company tersebut, 3 telah pun menolak. .Bukan rezeki agaknya. Namun penolakan tersebut baharu sahaja di pusingan pertama. 2 yang memberikan respon agak positive.Pusingan pertama kerja aku ialah call dan bertanyakan ambil student LI atau tidak. Kalau ya, bagaimana untuk saya memohonnya. Lalu kebanyakan company lebih mudah untuk hanya menghantar email sahaja. Sukalah hati aku, kerana click sahaja sudah sampai ke seluruh dunia. Hari ini pusingan kedua bermula. Hantar resume beserta bahan-bahan yang lain melalui mail .Kategori bagi pusingan kedua ini ialah company yang tidak dapat aku call, atau call tapi tidak diangkat, atau tidak dapat mencari no telifonnya atau disuruhnya hantar hardcopy sahaja. Maka keluarlah aku ke post office bersama pjan untuk poskan semua surat-surat tersebut. Perasaan 1 : Erm, kelakar pulak. Dalam zaman teknologi masih perlu kita hantar by mail Perasaan 2 : Harap-harap dalam banyak company ini, adalah yang sudi menerima kami. I'ALLAH. Perasaan 3 : Leceh benar nak menampal setem. Malas pun ada. Perasaan 4 : Senang hati sebab pusingan kedua dah selesai Dalam seminggu lagi pusingan ketiga akan bermula. Apa agaknya pusingan ketiga yang aku buat. Nantikan entry seterusnya.

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

Khusyuk Dalam Solat

Solat sahabat-sahabat Nabi saw begitu khusyuk dan nikmat sehinggakan selemah-lemah sahabat pun diriwayatkan sekurang-kurangnya mereka solat 200 rakaat setiap hari. Kisah 1: Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. Telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit? Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit. Kisah 2: Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju. Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri.

Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian. Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. Firman Allah yang bermaksud: "an neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya." (Surah Al-Ma'un) Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita tahu dan dapat menyampaikannya di antara satu sama lain.

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

Tuesday, February 24, 2009

MU vs Inter Milan

PERTARUNGAN antara Inter Milan dengan Manchester United pasti menarik perhatian, terutama bagi peminat yang mengikuti perkembangan bola sepak di England.

Ini kerana ia menemukan semula dua pengurus yang berkarisma, Jose Mourinho dan Sir Alex Ferguson, yang mempunyai gaya dan cara tersendiri untuk menghangatkan pertarungan.

Bekas pengurus Chelsea, Mourinho, yakin dapat menyekat kemaraan United, yang bertandang ke San Siro menentang kelab terbarunya, Inter, dalam perlawanan pertama kalah mati 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah di Stadium San Siro hari ini (Rabu 3.45 pagi waktu Malaysia).

Keyakinan jurulatih dari Portugal itu berdasarkan statistik peribadinya dalam 12 pertemuan dengan United pimpinan Ferguson - menang enam, seri lima dan kalah sekali.

Semasa memimpin FC Porto, Mourinho menyingkirkan United dalam perjalanan menjulang mahkota Liga Juara-Juara pada 2004, di samping mengatasi United ketika merebut kejuaraan Liga Perdana England pada musim 2005 dan 2006 bersama Chelsea.

Malah, beliau tidak sedikit pun bimbang dengan reputasi United sebagai juara bertahan dan rekod kemenangannya dalam 10 perlawanan terakhir, yang mengukuhkan kedudukannya untuk menjuarai liga buat musim ketiga berturut-turut.

'Manchester United bukan pasukan yang lebih handal daripada kami,' tegas pengurus Inter itu. 'Saya menentang mereka 12 kali, jadi saya tahu kualiti mereka dan saya juga tahu pemain-pemainnya.'

Seperti United, Inter juga merupakan juara bertahan Serie A Italy dan berada pada kedudukan selesa di persada liga meskipun kebelakangan ini sedikit terkial-kial.

Bagaimanapun, aspek yang mungkin menguatkan keyakinan Mourinho ialah masalah bahagian pertahanan United menjelang perlawanan ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa keutuhan benteng United merupakan antara aspek keunggulan United pada musim ini - hanya dibolosi satu gol dalam 15 perlawanan terakhir liga ketika menewaskan Blackburn Rovers 2-1 Ahad lalu.

Gandingan bek tengah handalan, Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic, menjadi faktor utama, di samping kecemerlangan penjaga gawang veteran Belanda, Edwin van der Saar.

Tetapi Vidic tidak dapat diturunkan di San Siro kerana digantung akibat kad merah yang diterimanya dalam pertandingan Piala Kelab Dunia di Jepun Disember lalu.

Pemain gantian yang selalu mengisi kekosongan di bek tengah, Jonny Evans, mengalami kecederaan Ahad lalu dan United juga tanpa dua lagi pemain pertahanan, Gary Neville dan Wes Brown, kerana belum cergas.

John O'Shea kelihatan pasti digandingkan dengan Ferdinand, sementara pemain muda Brazil, Rafael, bermain sebagai bek kanan.

Inter mempunyai pengalaman penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic, dan Adriano dari Brazil untuk mengancam benteng United dan memenuhi keyakinan jurulatihnya itu.

Bagi mengimbangi 'kelemahan' pertahanannya ini, Ferguson perlu memikirkan barisan midfield, yang selain mampu menggerakkan serangan, dapat melakukan tugas defensif.

Tetapi antara falsafah bola sepak menyatakan 'cara terbaik untuk bertahan ialah dengan menyerang'.

Oleh itu, bintang-bintang seperti Wayne Rooney, Dimitar Berbatov dan Cristiano Ronaldo perlu terus menggugat dan membuat pertahanan Inter sentiasa sibuk membentengi gawangnya.

Dengan barisan pemain berpengalaman seperti Paul Scholes, Ryan Giggs, Michael Carrick, Nani, Darren Fletcher dan Park Ji-sung, United mempunyai banyak pilihan untuk membentuk jentera midfield yang ofensif untuk mengancam kubu Inter menerusi serangan-serangan balas yang pantas.

Oleh itu, kita tidak boleh menolak kemungkinan anak didik Ferguson membuat Mourinho menggigit jari selepas perlawanan ini kerana gagal memenuhi keyakinannya./Rauters

Monday, February 23, 2009

Magnitude, Cos, Sin .........

Test datang lagi. Nak bersunggut pun tak boleh, apatah lagi mahu menyalahkan orang lain. Tapi masalah nya kali ini subjek yang tidak perlu untuk aku ambil di tahun akhir ini. Sangat memeningkan kepala. Engineering Mechanic. Aku kira ramai engineering student yang tidak berminat untuk mengambil subjek ini untuk kali kedua. Namun apakah daya, segala usaha aku untuk membantu diri sendir dan rakan-rakan agar subjek ini tidak diambil pada semester akhir ini tidak berhasil. Fakulti tetap berkeras, katanya kami belum cukup credit hour nak grade. Aduh, lemah jiwa raga. Tapi mahu disalahkan fakulti 100% pun tidak boleh juga. Semua ini, EAC punya pasal. Pernah juga dibawa berbincang bersama bekas dekan kesayangan aku, kata beliau, ini semua kerja tangan-tangan yahudi. Ada sahaja yang nak diambil duit daripada kita. Aku anggukan sahaja walaupun tidak faham apa maksud sebenar beliau. Ada juga aku dengar khabar berita, junior tahun 1 keji kami. katanya kami repeat. So kami macam agak kurang pandai lah. Aku langsung tak kisah. Tapi aku ambil cabaran, aku bukan repeat tapi aku juga seperti mereka yang pertama kali mengambilnya. Suka untuk aku brief tentang subjek ini. Semester ini, EM di ajar oleh Prof Madya Mohtar. Memang otai gila. Sudah 30 tahun mengajar subjek ini. Umur aku pun belum sampai 30. Lama benar beliau terjerumus dalam bidang ini. Magnitude, Vector, Equalibrium, Sin, Cos, Tan, Cosinus, Tetha, Alfa, Beta dan macam-macam lagi terma-terma yang diguna pakai dalam EM ini. Namun bukan masalah terma, masalah nya ialah apabila orang seperti aku yang imaginasinya lemah, memang sukar untuk imagine lebih daripada yang sepatutnya. Aku hanya mohon pertolongan rakan-rakan seangkatan untuk membantu. Harap mereka tidak lah kedekut ilmu. Doakan kami berjaya melepasi test kali ini.

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

Sunday, February 22, 2009

Tips Menyempurnakan Kehidupan

Perkara-perkara berikut sememangnya di idamkan oleh kita sebagai manusia. Namun sebenarnya perkara tersebut tidak susah untuk mendapatkannya. Yang penting usaha daripada diri kita sendiri.
a) Wajah Yang Cantik/Kacak b) Duit Yang Banyak c) Kesihatan Yang Baik d) Anak-anak Yang Cerdik dan Berjaya e) Tidur Yang Nyenyak Tanpa Bantuan
Untuk dapatkan perkara tersebut, sekurang-kurang mesti wajib amalkan 15 minit sehari. Maka, RasulALLAH bersabda " Barangsiapa meninggalkan solat Subuh, tiadalah padanya Nur di Wajahnya, dan siapa yang meninggalkan solat Zohor, tiadalah padanya rezeki yang berkat, dan siapa yang meninggalkan solat Asar, tiadalah padanya kekuatan badan, dan siapa yang meninggalkan solat Maghrib, tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat, dan siapa yang meninggalkan solat Isyak, tiadalah padanya tidur yang nyenyak."
Jom kita sempurnakan solat kita 5 waktu sehari semalam. Hanya 15 minit sekurang-kurangnya. Besar manfaatnya.

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

Saturday, February 21, 2009

Pandainya

Dalam entry kali ini suka untuk aku berkongsi ilmu berkaitan pengucapan awam. Pengucapan awam termasuklah berdebat, berpidato, forum dan sebagainya. Apa yang diharapkan ialah, ilmu ini akan dapat sama-sama kita aplikasikan dalam prosess presentation PSM mahu pun Plant Design yang akan datang. InsyaALLAH. a) Bahasa Badan & Mimik Muka : Kita akan boring jika presenter berdiri kaku menyampaikan isi mereka. Tidak ada mimik muka dan gerak badan akan menyebabkan kita bertambah tension. Maka bahasa badan dan mimik muka penting untuk membuat audience hilang daripada kebosanan. Justeru ketika meyampaikan isi, cuba sentiasa tersenyum. Permainan emosi muka juga penting seperti berwajah marah, sedih, penting dan sebagainya. Lenggung badan seperti berjalan sedikit juga penting kepada kita sebagai presenter. Biasanya apabila ada dua kombinasi ini, audience akan lebih tertarik untuk mendengarnya dan dapat faham dengan lebih jelas. b) Menjawab secara spontan : Soalan yang dikemukakan oleh audience menyebabkan ramai presenter merasa takut, gementar dan kadang kala sengaja untuk melengah-lengahkan masa. Apa yang dicadangkan disini ialah, jawab sahaja apa kita rasa tahu. Yang penting kita yakin dan buat bersahaja seolah-olah jawapan tersebut betul walaupun kita tidak mengetahuinya. Sikap ini kadang-kadang boleh menyebabkan audience terpedaya dan kadang-kadang percaya dengan jawapan yang diberikan. Aku sambung lagi kemudian. InsyaALLAH.

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...