Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tenaga Nasional Bhd. (TNB) semalam berkata ia menerima kenyataan bahawa kempen ‘Earth Hour’ bertujuan baik walaupun penggunaan tenaga elektrik jatuh sebanyak 550 megawatt (mw), bersamaan dengan 14 juta mentol kalimantang yang berkuasa 40watt setiap satu.
Menarik fakta tersebut. Ini persoalan yang aku kemukan pada rakan malam tersebut. Walaupun malam itu aku tidak terasa kemeriahan bergelap di UMP, namun fakta ini cukup untuk menunjukan masih ada perpaduan dikalangan penghuni dunia.
Jika menurut fakta, ini menunjukan ramainya warga Malaysia khususnya yang bergelap pada malam tersebut. TAHNIAH. Harapnya perkara seumpama ini diusahakan oleh kita bersama untuk memanjangkan usia bumi yang semakin uzur ditelan pencemaran.
Pencemaran alam sekitar adalah berkait langsung dengan pelepasa gas Carbon dDoksida ke udara. Sama ada disebabkan oleh rumah hijau mahupun pelepasan daripada pihak industri.
Jika anda pernah mengadakan lawatan ke kawasan perindustrian di Malaysia, kawasan seumpama ini lebih besar lagi di negara-negara barat terutamanya US. Dari kawasan inilah gas tercemar tersebut keluar sehingga berlaku pemanasan global.
Jika bercerita mengenai Carbon Dioksida, setiap pencinta alam tidak akan terlepas bercerita meneganai Protokol Kyoto. Tentu anda semua pun pernah mendengarnya. Malaysia juga telah menandatangani protokol ini. Tujuan utama protokol ini adalah perjanjian bersama antara negara-negara terlibat untuk mengurang setiap tahun pengeluaran Carbon Dioksida di negara masing-masing.
Namun apa yang berlaku, US adalah satu-satunya negara di dunia yang masih berdegil untuk tidak mahu menandatangani perjanjian tersebut. Lihat bongkaknya mereka. Kerana mereka tahu pengurangan junlah C02 tersebut boleh membawa pengurangan jumlah pendapatan negara mereka. Sugguh pentingkan diri sendiri.
Jom kita sama-sama hargai alam sekitar kita. Kurangkan pemanasan global.
2 comments:
salam.
besok 9pg-5ptg...
Earth Hour kat UMP...
hehe...
salam.
besok 9pg-5ptg...
Earth Hour kat UMP...
hehe...
Post a Comment