Sunday, March 22, 2009

Interview LI

Dua hari meninggalkan blog. Kemana aku pergi? Telah berangkat ke KL pada malam khamis yang lepas bagi menghadiri interview bagi latihan industri yang akan aku jalani pada bulan jun yang akan datang. Ini merupakan kali ketiga interview yang sebenar dalam hidup ini. Dua interview sebelum ini adalah ketika tamat diploma tiga tahun yang lepas. Pada interview kali ini kami di arahkan untuk membuat dua esie yang berkaitan dengan environment dan juga safety and health. Alhamdullilah, topiknya yang sentiasa aku baca. Lagi pun yang environment memang sentiasa aku berdebat. Siapa cakap berdebat tidak berguna. Aku gunakan 120% fakta debat aku untuk siapkan esie tersebut. Untuk sesi oral aku di interview oleh En. Reza - senior engineur, bertawadu', muda lagi, bekas SV seorang sahabat aku ketika LI di company tersebut - dan En. Shah - seorang engineur, lagi muda, penampilan sederhana - Hampir satu jam setengah aku di interview. Macam-macam soalan ditanya. Aku pun hampir lupa soalan mereka. Tapi apa yang aku nak ketawa sebab sesi oral ini speking London, aku pun tak tahu macam mana aku boleh bercakap London dengan begitu lancar. Tidak pun terpacul word melayu dari mulut aku. Sebab, speking London aku tidak power sangat selama ini. Namun tips berguna yang aku sentiasa pegang ialah : CONFIDENT SAHAJA (debaters mesti tahu macam mana nak bagi orang yakin kita kan) Antara soalan yang ditanya(yang ingat) : 1)Brief yourself 2)Part in chemical engineur is so huge, which part u chooce? 3)What you understand about process safety? 3)Briefly about Mechanical Integrity 4)Can you explain about your PSM? 5)How abaout your waste in your Plant Design? 6)As a chemical engineur, what can you do to reduce the affect of global warming 7)As chemical engineur, how to prevent form effect of green house? 8)How about safety aspect at during your last practical training? 9)What a chemical solution that company use to produce that product? Banyak lagi, cuma aku yang terlupa. Maka tips aku kali ini, yakinlah dengan diri sendiri selain amalkan membaca surah Al-Insyirah bagi memohon pertolongan daripada ALLAH.
Bukankah kami(Allah) telah melapangkan dadamu(ya Muhammad), Dan telah kami ringankan bebanmu yang berat, Yang memberati punggungmu, Dan Kami tinggikan(muliakan) namamu, Maka sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan, Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan, Apabila engkau telah selesai (mengerjakan satu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain), Dan kepada Tuhanmu, berharaplah.

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

3 comments:

eiyka said...

ganbatte kudasai....
(good luck!!!)

Dyat said...

salam,
aiyoo payah gak soalannya..
Mechanical Integrity pun kena tanya ye...

khai. M said...

to ieka : tqvm

to dayat : a'ah...nasib baik ade jg belajar dalam safety 2 sem lps..haha..apa lagi..hentam cromo habis-habis la..hahaha...yg penting..yakin ja..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...