Mohon maaf daripada saya kerana tidak sempat untuk datang menghadiri majlis tersebut. Banyak juga email yang miss hantar jemput datang, tapi dek kerana terpaksa menghadiri interview, maka tidak sempat untuk saya pulang ke Kuantan pada hari Sabtu tersebut.
Tapi saya tetap mendoakan kebahagian dunia dan akhirat miss bersama pasangan yang dicintai.
Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup
Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu
Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu
Hijjaz
No comments:
Post a Comment