Monday, March 16, 2009

Mumtaz

Entry kali ini memang khas untuk adik aku yang bongsu. Noor Bashirah bt Harun(shirah). Tahniah untuk beliau kerana berjaya dengan cemerlang dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang diduduki tahun lepas. Beliau telah mendapat semua A dalam subjek yang diambil dan telah mendapat mumtaz(cemerlang). Beliau merupakan antara 58 pelajar cemerlang Mumtaz di negeri Pahang yang keseluruhannya hampir 600 orang. Aku nak ucapkan tahniah sekali lagi pada beliau pada SPM dua tahun lalu yang mana beliau mendapat 6A. Insyaallah, lampu hijau daripada parents sudah diterima untuk ke Mesir. Tajaan Yayasan Pahang sudah menanti. Cuma tunggu keputusan beliau mahu atau tidak sahaja. Namun daripada borak-borak, beliau hanya mahu meneruskan pelajaran dalam negara sahaja. Itulah anak bongsu. Lama sangat berada di rumah, takut agaknya mahu pergi jauh. Shirah ini kalau dulu, ketika sekolah menengah memang malas. Malas lagi dia daripada aku. Biasanya anak perempuan labih rajin daripada lelaki. Lebih-lebih lagi time suruh stduy. Masuk bilik dan tidur. Then kena membebel dengan aku dan mama. Paling dia suka tonton TV. Tapi bila semua kakak dan abang dia dah keluar sambung belajar, agaknya dia terasa sunyi. Maka dia kuatkan diri dengan study. Bagus-bagus. Orait, tahniah sekali lagi untuk adik bongsuku ini. Noor Bashirah bt. Harun. May ALLAH bless you.

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

2 comments:

Dyat said...

tahniah2 untuk adik abg kerul..

lain citer adik bongsu sy... brsemangat nak fly..

khai. M said...

tahniah gak utk adik dayat. xpa kalau itu yang beliau mahukan, galakn sahaja. mesti beliau yakin dengan diri sendiri..heheheh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...