Mungkin ini minggu-minggu sukar terakhir sebagai undergraduate student. May be lepas ini mungkinkah aku akan terus bergelar pelajar atau aku mendapat posisi sebagai engineur?(ejaan German).Mungkin juga tiba-tiba aku ter'sohor'.Kenapa? Nantikan sahaja. Mungkin juga sebagai usahawan.
Dek kerana ekonomi yang berubah, aku juga terpaksa me'mungkin'kan masa depan. Jika sebelum ini tersemat di hati untuk bergelar junior engineur, tapi kini aku tanamkan sedikit bagi memberi laluan pada masa yang akan datang.
Bukan itu semua yang aku ingin bagi tahu kalian, cuma ingin melepaskan sedikit tekanan dek bebanan kerja sebagai final year student yang agak berat.
Esok 2nd test EE. Mampukah aku mengekalkan reputasi aku sendiri yang agak bagus dalam test 1? Petang tadi dalam jam 6 petang, Dr. Mimi minta untuk aku present report PSM depan beliau terlebih dahulu. Present jam 10 pagi this thursday.
Mampukah aku untuk menganalisa satu persatu semua graf yang keluar daripada TOC. Sedangkan aku sendiri masih ke'kelabu'an untuk menilai setakat mana berjayanya aku untuk menjalankan eksperimen PSM ini.
Tapi jika aku hanya bercerita bagaimana aku mahu tahu konklusinya. Tuntas amat wajar untuk aku menyelesaikan segalanya secepat yang mampu supaya aku juga yang senang.
No comments:
Post a Comment