Thursday, March 5, 2009

Jauh Berjalan Dalam Solat

Solat tiang agama. Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan. Kata-kata tersebut sering kita dengar apabila kita bercakap mengenai solat. Namun adakah kita terfikir. Syaitan yang ada disekeliling kita seringkali menggangu solat sehingga solat kita entah ke mana. Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar tentang perilaku kita dalam solat. Aku kira, ramai manusia akhir zaman ini tidak kusyuk dalam solat. Jadi kita perlu mencari bagaimana cara terbaik bagi kita tumpukan perhatian dalam solat atau kita kenali sebagai Kusyuk Dalam Solat. Suka aku untuk berkongsi pemcbacaan berkaitan tips Kusyuk Dalam Solat.

1. Sentiasa menghadirkan hati meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah.

2. Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah.

3. Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.

4. Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada luputnya beberapa perkara penting untuk khusyuk.

5. Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah.

6. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.

7. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.

8. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.

9. Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.

10. Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. ini kerana orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh kekhusyukan.

11. Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan. Begitu juga dengan orang yang terlalu kenyang berada dalam keadaan tidak selesa dalam setiap pergerakannya.

12. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.

13. Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.

14. Memahami makna bacaan dalam solat.

RM250 click disini

mulakan bisness dengan RM20 sahaja

1 comment:

Miss Bieb said...

Entri yg sangat bermanfaat..Semoga kita semua mampu melakukan solat yang sempurna..

*ehem..menepati ciri yg matun nak..haha..opss..~juz kidding~jgn mrh..hehe~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...