Monday, June 22, 2009

Selsema Babi @ Influenza A H1N1

Kes H1N1 di Malaysia semakin meningkat. Hari ini sahaja jumlah penyebaran atau penularan telah mengjangkiti seramai 58 orang iaitu 7 penularan tempatan dan 51 lagi adalah kes import. Apa yang ingin aku tegaskan di sini ialah agar kita semua menjaga tahap kesihatan kita agar wabak ini tidak terus menggila di bumi Malaysia. Berita atau informasi terkini mengenai wabak ini boleh dikatahui melalui laman web Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebagai warga negara Malaysia yang beragama Islam, aku menyeru semua muslimin dan muslimat untuk bersama-sama kita melakukan solat sunat hajat dan juga menolak bala' yang sedang melanda negara. Pada ALLAH juga lah tempat kita memohon pertolongan agar diri kita yang sihat ini tidak dijangkit wabak yang sedang mncari mangsa di serata dunia.
Kami berlindung dengan Mu Ya ALLAH! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan, kami berpaut pada Mu Ya ALLAH tuhan pemilik sekian alam yang ghaib dan kami bertawakkal kepada Mu Ya ALLAH Tuhan yang hidup lagi tidak mati. Wahai tuhan kami! jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada segala penyakit yang berjangkit, taun dan bala bencana dengan ihsan MU wahai tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui sesungguhnya Mu Ya ALLAH Maha berkuasa ke atas segala sesuatu . Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya. segala puji bagu Mu Ya ALAH tuhan pemilik sekalian alam.
Semoga berkat usaha ikhlas kita, ALLAH memudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat. InsyaALLAH. khai. M

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...