Detik- demi detik terus berlalu. Meninggalkan masa yang tidak mungkin kita mencapai apa yang telah pergi.
Alhamdullilah. Bulan Rejab kembali lagi. Ini bermakna tinggal dua bulan sahaja lagi bulan yang amat barakah iaitu bulan Ramadhan akan menemui kita.
Aku menyeru rakan-rakan sekalian untuk kita menambah amal ibadat kita dalam untuk menuju ke bulan Ramadhan yang mulia ini. Kita melatih diri untuk kurangkan segala perbuatan dan 'amalan kosong' yang selalu kita lakukan.
Bulan Ramadhan yang mulia ini banyak kelebihannya. Antaranya bulan Rejab adanya peristiwa Isra' Mikraj.
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.
Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
REJAB bulan menabur benih. SYA'ABAN bulan menyiram tanaman. RAMADHAN bulan menuai. REJAB menyucikan badannya. SYA'ABAN menyucikan hatinya. RAMADHAN menyucikan rohnya. REJAB bulan taubat. SYA'ABAN bulan muhibbah. RAMADHAN dilimpahi pahala amalan
1 comment:
jom tambah amal..jgn tmbah berat badan plak..
eh..rsenyer cube rujuk semula hadis mengenai rejab bulan ALLAH tuh..ada khilaf tuh..yela..hadis qudsi ni btol2 kene rujuk..FIRMAN ALLAH TAala..
fikir2kan dan selamat beramal..
Post a Comment