Ramai, memang ramai. Baharu sahaja aku pulang dari UMP malam semalam. Buat pertama kali aku berniaga di Karnival Minggu Induksi Siswa (MINDS).
Alhamdullilah sambutan begitu menggalakan daripada para pelajar dan ibu bapa yang datang hadir pada hari tersebut.
Apa yang menarik di MINDS pada aku ialah kepelbagaian posisi aku setiap kali MINDS berlangsung.
2003 - Aku tidak sempat untuk mengikuti MINDS kali pertama pada sidang satu. Aku telah dibawa oleh HEPA untuk MINDS di Tamu Kami Resort Balok untuk sidang 2. Memang seronok. Posisi aku kali pertama ini ialah sebagai mahasiswa yang baharu pertama kali menjejakan kaki di menara gading.
2004 - MINDS ke dua. Nama UMP masih lagi sebagai KUKTEM. Kali ini aku sebagai pelajar dan aku tidak pun melakukan apa-apa kerja. Posisi aku kali ini ialah mahasiswa yang berehat sahaja di rumah.
2005 - MINDS ketiga. MINDS paling seronok dalam sejarah di KUKTEM aka UMP. Tidak dapat dinafikan oleh staf atau fasi yang mengikuti MINDS kali ini. Para fasi telah dilatih di PUPUK, Kemaman. Aku ketika ini berada di tahun 3 pengajian Diploma Kejuruteraan Kimia. Posisi aku ketika ini menjadi Ketua Unit Penempatan bagi menyelaraskan penempatan bagi pelajar yang baharu mendaftar ketika itu.
2006 - Kali ini memang tidak seronok bagi aku. Sekali lagi aku di MINDS setelah aku meMINDSkan junior sebelumnya. Aku menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia. Junior pulak yang jadi fasi kepada aku. Mereka pulak yang segan-segan.
2007 - Aku sekali lagi menjadi fasi MINDS. Kali ini aku tidak mengikuti Pro MINDS disebabkan oleh beberapa masalah teknikal keluarga. Walaupun MINDS ini tidak beberapa seronok bagi aku, namun jawatan sebagai fasi disiplin memang mencabar untuk melakunkan watak garang, menjerit, memberi denda dan sebagainya. Tapi aku kira, lakunan aku menjadi dek kerana sehingga hari ini masih ada junior yang menyimpan dendam pada aku kerana kejadian-kejadian yang berlaku pada minggu MINDS tersebut. Posisi aku sebagai fasi garang dan jahat.
2008 - Kali ini aku tidak sebagai fasi. Aku merubah posisi kepada Skim Pelajar Bekerja. Kurang sibuk daripada biasa. Cuma aku menyiapakan kerja-kerja di HEP seperti design dan sebagainya. Jadi posisi aku ialah Skim Pelajar Bekerja.
2009 - 28 Jun 2009, seperti yang storykan diatas, kali ini aku berjaya menjadi seorang usahawan pula. Maknanya aku sudah membuat anjakan-anjakan bagi menimba pelabagai pengalaman dalam menceriakan resume aku. Posisi aku sebagai usahawan photostat dan barangan runcit.
Buat rakan-rakan yang bersama aku dalam semua posisi tersebut. Aku ucapkan terima kasih daun keladi. Untuk Board BEST, kita usahakan sehingga kita berjaya menjadi usahawan suatu hari nanti. InsyaALLAH.
khai. M
No comments:
Post a Comment