Lima belas minit menunggu, Nadi Putra sampai. Perjalanan ke Putrajaya Sentral agak sunyi. Mungkin disebabkan hujung minggu. Hari orang ramai rehat. Terutamanya Putrajaya ini di duduki ramai oleh pekerja kerajaan.
Sampai di PS, RapidKL ke Pasar Seni sudah sedia untuk bergerak. Berlari-lari anak aku untuk menaiki E1. Bas hampir penuh. Ramai juga yang ingin turun ke KL hari ini. Mungkin masing-masing ada tujuan mereka sendiri. Aku terus mengambil tempat yang kosong kira-kira tiga kerusi dari belakang.
Bas meluncur laju. Pelbagai pemandangan indah di Putrajaya aku dapat menjamu mata sebelum sampai di persimpangan UPM.
Tiba-tiba aku menjadi sebak. Perasaan bercampur baur. Sedih, pilu dan rindu. Di sebelah RapidKl sebentar tadi baharu sahaja berlalu sebuah bus UPM. Rupa-rupanya...
Aku pilu, sedih dan rindu dengan universiti. Tempat aku mendewasa dan mematangkan diri. Bukan setahun dua aku disana, enam tahun. Satu jangka masa yang lama. Jika kanak-kanak sudah hampir baligh dan sudah boleh dipanggil mumaiyiz. Tapi masa yang pergi tetap berlalu. Aku akan jadikan apa yang telah aku pelajari di alam belajar tersebut untuk aku terus mematangkan diri dalam dunia sebenar. Insyallah.
Sambil melayan perasaan, tiba-tiba, rupanya aku telah terlelap. Sedar sahaja aku telah sampai di Terminal Sultan Mahmud(Pasar Seni).
No comments:
Post a Comment